01 September 2014

Tubuh COMBI P.Pinang cegah wabak zoonotik

PEGAWAI Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sedang membuat persiapan sebelum menggunakan alat fogging pada Program Kempen Kesedaran Penyakit Zoonotik Babi di sini baru-baru ini.  | Foto: Arkib Buletin Mutiara. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Satu seminar kesedaran pri bahaya wabak Zoonotik Babi diadakan di Kampung Selamat di sini, selepas terdapat kes Japanese Encephalitis (JE) pada manusia yang dipercayai berjangkit dari kawasan tersebut baru-baru ini. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, pihaknya akan menubuhkan Communication for Behavioural Impact (COMBI) di sini demi mencegah wabak berjangkit yang berpunca oleh pembiakan babi di sini.

"Walaupun keputusan ujian darah yang diambil pada penternak babi adalah negatif, aspek pengawalan penyakit tetap perlu diambil tindakan memandangkan penyakit JE adalah penyakit zoonotik jangkitan haiwan kepada manusia yang dibawa oleh nyamuk.

"Babi dan burung liar adalah perumah pengganda bagi virus JE ini," ujar Dr. Lailanor kepada wartawan, selepas selesai seminar sepetang d sini.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pinang Tunggal, Ustaz Muhasdey Muhammad turut hadir, mewakili Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Dr. Johari A. Bakar.

Menurut Dr. Lailanor, COMBI akan membantu dalam aspek kebersihan dan pengurusan ladang perlu diambil perhatian oleh semua pihak berwajib demi mengelak pembiakan nyamuk pembawa virus tersebut.

"Aspek Peladangan yang baik atau Good Animal Husbandary Practices (GAHP) perlu dipraktikkan oleh penternak untuk mengelak penyakit haiwan , terutama untuk mengelak virus Nipah datang kembali," jelas Dr. Lailanor lagi, sebelum demontrasi alat fogging di sini. 

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang pada 1 Julai lepas melakukan kajian persempelan demi mengesan pengakit JE membabitkan 20 penternak babi di Tingkat 5, Tingkat 6, Tingkat 7 dan Tingkat 8 di sini.

Kajian terbabit adalah berdekatan dengan anggaran 1 kilometer radisu dari Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Selamat, di sini.

Difahamkan, sebanyak 191 sampel darah diambil untuk kajian pensampelan tersebut.

Perkembangan terbaru itu, sekaligus menyerlahkan insiatif Kerajaan Negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri dalam mencegah penyakit haiwan berjangkit dari terus menular di negeri ini. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus