01 October 2014

ADUN Paya Terubong gesa segera tangani banjir lumpur

SEBUAH jentolak kelihatan sedang giat menolak lumpur di bahagian belakang pangsapuri Taman Terubong Jaya di sini baru-baru ini.
Sebuah kereta di tapak parkir belakang pangsapuri Taman Terubong Jaya berhampiran kawasan lereng bukit turut rosak akibat banjir lumpur di sini baru-baru ini.
SEPASUKAN pekerja am MPPP sedang giat melakukan kerja-kerja pembersihan sejurus reda bencana banjir lumpur di sini baru-baru ini.
YEOH Soon Hin (kiri) menerima maklum balas daripada dua mangsa banjir lumpur di sini baru-baru ini. | Foto: Arkib Buletin Mutiara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


PAYA TERUBONG - Ahli Dewan Undanga Negeri (ADUN) Paya Terubong, Yeoh Soon Hin berkata, banjir lumpur yang melanda Taman Terubung Jaya baru-baru ini sebenarnya adalah bencana alam, bukanlah berpunca oleh tiada sistem perparitan baik di kawasan projek perumahan lereng bukit terbengkalai Majestic Height seperti digambarkan oleh pihak tertentu.di sini. 

Pun begitu, beliau semasa melawat kawasan kejadian meminta suatu jawatankuasa penyelesaian membabitkan semua pihak berwajib ditubuhkan, selain, meminta Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) segera melakukan kerja-kerja pembersihan di sini.

“Ini adalah bencana alam, bukan berpunca oleh projek terbengkalai di Majestic Height atau disebabkan cadangan Kerajaan Negeri untuk membina jalan berkembar Jalan Paya Terubung (dari Lebuhraya Thean Tek dekat Bandar Baru Ayer Itam) ke Lebuh Bukit Jambul (dekat Relau).

“Saya telah meminta MPPP menjalankan kerja-kerja pembersihan dan memikirkan cadangan supaya banjir lumpur seumpama ini tidak berulang lagi,” ujar Soon Hin kepada wartawan di sini baru-baru ini.

Menurut Soon Hin, “Datuk Ong” selaku wakil PLB Land Sdn. Bhd. turut hadir, sambil menyatakan komitmen untuk bersama-sama membantu Kerajaan Negeri mendepani masalah bencana alam di sini.

Difahamkan, PLB Land merupakan kontraktor yang dipilih oleh Kerajaan Negeri untuk menyiapkan projek perumahan Majestic Height, yang terbengkalai sejak era pentabdiran Barisan Nasional dulu.

PLB juga merupakan pemaju yang bertanggungjawab membina jalan raya berkembar, yang bernilai RM300 juta, demi menangani masalah kesesakan trafik di sini.

Dalam perkembangan berkaitan, Penolong Pegawai Kesihatan Awam MPPP, Ismail Osman dilaporkan berkata, tanah runtuh kali ini merupakan bencana alam kali ketiga sejak tahun lepas.

“Kemungkinan ia berlaku lagi adalah tinggi,” respons beliau, dipetik dari satu akhbar arus perdana.

Seorang penduduk, Datuk T. Sabapathee, dalam lingkungan 70-an, dilaporkan berkata, tanah runtuh itu berlaku pada kira-kira 4.00 petang hari kejadian, selepas hujan berpanjangan  menimpa cerun bukit Bukit Kukus di belakang tiga blok pangsapuri di sini.

"Nasib baik, tidak ada orang yang cedera dalam kejadian itu," katanya kepada sumber sama di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus