09 November 2014

Mengapa PERDA bina rumah mewah RM1.85 juta atas tanah rancangan perumahan awam, tanya Guan Eng

KETUA Menteri (dua dari kiri) pada sidang media di sini, pagi tadi.
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PENANTI - Agensi Persekutuan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) digesa memberi penjelasan mengenai amalan membina rumah mewah semahal RM1.85 juta di atas tanah rancangan perumahan awam seperti dekat Teluk Kumbar kini.

Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membuat geasaan itu turut menasihat Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman supaya tidak lagi beralih kononnya Kerajaan Negeri sukar meluluskan pelan kebenaran merancang yang dimohon oleh PERDA.

"Apabila dia (PERDA) memohon pembinaan perumahan awam daripada Kerajaan Negeri, dia pandai masukkan bersama permohonan bina rumah mewah.

"Kalau angkat tanah rakyat yang kononnya untuk membina rumah awam, tetapi bina rumah mewah, takkanlah Kerajaan Negeri tidak boleh persoalkan," ujar Guan Eng kepada wartawan di sini pada pagi tadi, sebelum berlangsungnya Majlis Perasmian Naik Taraf Jalan Madrasah An-Nahdhoh & Projek Tebatan Banjir Parlimen Permatang Pauh.

Majlis perasmian itu disempurnakan oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim,

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Datuk Mansor Othman (Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, YIPP) dan Datuk Mohd. Salleh Man (Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang merangkap ADUN Permatang Pasir) turut sertai sidang media itu.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Othman, Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan), Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan & Utiliti), Datuk Mansor Othman (Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang, YIPP) dan Tuan Guru Haji Mutalib Maarof (Mudir merangkap Yayasan Islam & Madrasah An-Nahdhoh).

Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam berkata, Kerajaan Negeri akan membina 22,575 unit rumah awam di atas tanah yang sedia ada di negeri ini.

"Harga maksimum rumah mampu milik yang kita bina ikut garis panduan Kerajaan Pusat (Kementerian Kerajaan Pusat), di Pulau RM400,000 seunit (manakala) di Seberang Perai RM250,000 (seunit).

"PERDA boleh untung sampai RM150 juta untuk 15 projek kerana bina rumah mewah sampai RM1.85 juta...PERDA cakap nak bina rumah untuk orang Melayu, adakah ini cara bantu Melayu dengan bina rumah (semahal) RM1.85 juta," jelas Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus