13 November 2014

Naik taraf surau DUN P.Pinang siap sebelum persidangan depan - Exco Agama

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Surau Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang akan siap dinaik taraf sebelum persidangan akan datang, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.

Abdul Malik berkata demikian sebagai mengulas perkara yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid dan Sr. Mohamad Farid Saad (Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong).

"Selepas lima penggal YB Jahara menjadi ADUN Air Tawar (Jahara), masalah surau tidak pernah dibangkitkan, semalam dia bangkit dan hari ini kita (Kerajaan Negeri) buat keputusan," ujar Abdul Malik pada sesi penggulungan di DUN Pulau Pinang di sini, petang tadi. 

Abdul Malik dalam kenyataannya kepada wartawan berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telahpun dipanggil melakarkan pelan naik taraf surau yang baru, dan kerja-kerja menaik taraf surau sedia ada dijangka bermula pada bulan Februari tahun depan.

Terdahulu, Muhamad Farid dan Jahara mempertikai keadaan surau yang sedia ada, dikatakan sesak bercampur antara muslimin dan muslimat, terutama pada waktu puncak solat.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus