21 November 2014

Nik Zawawi gelar ahli PAS sertai PasMa 'munafik haraki'?

(Dari kiri) DATUK Mustafa Ali (Setiausaha Agung PAS), Datuk Seri Shahidan Kassim (Menteri Umno di Jabatan Perdana Menteri), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (SetPol Presiden PAS), Nik Muhammad Zawawi Salleh dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) merakamkan gambar kenang-kenangan di luar negara.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Setiausaha Majlis Syura Ulamak (MSU) Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh didedah menggelarkan ahli PAS yang menyertai NGO Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) sebagai 'munafik haraki' pula.

Sumber daripada WhatsApp dipetik, Nik Muhammad Zawawi yang disebut-sebut antara pemimpin mesra idea Kerajaan Perpaduan (UG) dengan Umno sejak tahun 2009 berkenaan berkata demikian dalam majlis liqa' tertutup peringkat parti di kawasan Putatan, Sabah pada 20 November lepas.

Mesej mikro itu antara lain mendedahkan Nik Muhammad Zawawi menyebut:

"MSU memberi nasihat dan bagi kenyataan kepada ahli PAS agar tidak terlibat dengan PasMa yang jelas digerakkan oleh ahli-ahli PAS yang 'munafik haraki'."

Pendedahan infomer itu semasa retreat PAS baru-baru ini telahpun membuat ketetapan supaya anggota pemimpin atasan parti masa depan tersebut mengalu-alukan program dialog dengan pemimpin PasMa kelak.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden PasMa, Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd. Zawawi sebelum ini pernah mengakui  mengakui respons yang diterima lebih baik selepas retreat PAS. 

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus