13 November 2014

Pantau kafe siber, kedai snuker tanpa lesen - Exco

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) senantiasa memantau premis komersial dalam operasi bersepadu dengan polis demi mencegah aktiviti perjudian.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, premis komersial seperti kafe siber serta kedai snuker yang beroperasi tanpa lesen turut akan berdepan risiko kompaun, penyitaan premis hatta tindakan pendakwaan di mahkamah.

"Operasi bersepadu dijalankan di antara PBT (pihak berkuasa tempatan) dan PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi mencegah masalah sosial seperti perjudian," ujar Kon Yeow pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, malam ini.

Jawapan Kon Yeow itu sebagai menjawab isu penguatkuasaan ke atas kedai-kedai haram, yang dibangkitkan oleh ADUN Sungai Acheh, Mahmud Zakaria. 

1 comment:

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus