11 November 2014

RM452,000 untuk pembangunan belia & sukan, RM300,000 bantu aktiviti persatuan belia

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Hampir 138 belia direkodkan menghadiri program bersama Projek Titian Saksama Rakyat (PTSR), dengan 20 peratus memohon pinjaman mikro kredit itu daripada Kerajaan Negeri untuk memulakan aktiviti keusahawanan masing-masing.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata, Kerajaan Negeri turut memperuntukkan sebanyak RM452,000 untuk membantu pemuda-pemudi negeri.

"Selain itu, Kerajaan Negeri juga menyalurkan peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Majlis Belia Negeri Pulau Pinang untuk membantu persatuan-persatuan belia melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan belia," ujar Chong Eng dalam jawapan bertulisnya sebagai mewakili Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Chong Eng yang juga ADUN Padang Lalang berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Ong Kok Fooi.

Dalam perkembangan sama, Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd. Rashid Hasnon dalam jawapan bertulisnya Kerajaan Negeri mengeluarkan sebanyak RM9 juta sejak PTSR dilancarkan pada 6 Oktober lepas.

"Sehingga 30 September 2014, sejumlah 1,964 peniaga kecil telah mendapat manfaat dan menerima pinjaman berjumlah RM8,236,630.40," ujar Mohd. Rashid yang juga ADUN Pantai Jerejak.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus