15 December 2014

PAS akan bertemu Geng Ustaz selepas 'larang' PasMa, kata sumber parti

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Jawatankuasa Kerja Pusat (JKP) PAS akan mengatur pertemuan dengan anggotanya yang menyertai NGO "Geng Ustaz" pula, selepas memutuskan pendirian berhubung pergerakan PasMa, semalam.

Sumber dalaman parti memberitahu, JKP akhirnya menerima nasihat Majlis Syura Ulamak (MSU) supaya pemimpin parti semua peringkat tidak melibatkan diri dengan aktiviti Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), selain terus memantau pergerakan badan bukan kerajaan (NGO) politik tersebut.

"Dah bincang isu Pasma tadi...menerima nasihat MSU.

"Pas Pusat akan menemui Geng Ustaz seperti mana ia bertemu Pasma," ujar sumber parti berkenaan, awal pagi tadi.

Terdahulu, beberapa pemimpin PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya Salahudin Ayub mengadakan pertemuan rasmi secara tertutup dengan pemimpin utama PasMa Yang diketuai oleh Presiden Datuk Ir. Phahrolrazi  Mohd. Zawawi.

Pertemuan pada 24 November lepas adalah susulan ketetapan Retreat PAS yang mahu pemimpin parti di peringkat pusat serta negeri meneruskan dialog dengan PasMa, bukan memberi layanan dingin seperti sebelum ini.

Salahudin diminta mendapatkan respons langsung berhubung beberapa perkara berbangkit daripada kepemimpinan PasMa untuk dibentangkan kepada JKP. 

Manakala, Phahrolrazi sendiri semasa itu memberitahu bahawa PasMa berharap MSU bersedia untuk bermuzakarah dengan NGO tersebut, sebagaimana ketetapan retreat parti.

Namun, JKP sendiri seakan membuat ketepatan yang bertentangan dengan keputusan retreat sebelum ini.

Difahamkan, NGO PasMa ditubuhkan untuk mengukuhkan suara hampir empat juta pengundi PRU13 (5 Mei 2013) kepada PAS serta Pakatan Rakyat pada PRU14 nanti.

Geng Ustaz pula adalah yang NGO ditubuhkan untuk mempopularkan kepemimpinan tertentu PAS sempena mendepani saingan Muktamar pada pertengahan tahun depan melalui program wacana agama terpilih sahaja.

Perkembangan terbaru ini sekaligus memberikan gambaran kepada rakyat Malaysia terbanyak bahawa PAS seakan bukanlah sebuah parti yang menghargai peranan tersendiri satu-satu NGO di tanah air ini, jika menguasai pemerintahan Putrajaya nanti.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus