31 December 2014

Sekat perarakan Maulidur Rasul di P.Pinang fitnah, kata Exco Agama

ABDUL Malik Abul Kassim menunjukkan satu keratan akhbar arus perdana yang menggambarkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kononnya menyekat perarakan Maulidurrasul kali ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri tidak pernah menyekat perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1436H/2015 Masihi sebagaimana digambarkan oleh penyokong Pembangkang Pulau Pinang sejak beberapa tahun lepas hingga kini.

Dalam nada kesal, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, sambutan majlis mengingati keputeraan Rasulullah S.A.W tersebut dianjurkan seperti biasa pada 3 Januari ini, lengkap dengan perarakan 50 kontinjen dari Taman Vision dekat Bertam ke Masjid Abdul Fahim Kepala Batas, seawal jam 8.00 pagi.

"Saya melahirkan rasa kesal apabila ada media dan pihak tertentu sengaja melemparkan tohmahan, kononnya kerajaan negeri menyekat acara perarakan...Bahkan, ada yang mengaitkan dengan politik perkauman sempit.

"Perlu ditegaskan, pergerakan kontinjen adalah sebahagian acara sambutan, bukannya intipati dan matlamat utama majlis Himpunan Ummah Pulau Pinang, sepertimana amalan oleh beberapa negeri lain selama ini," ujar Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung kepada wartawan di sini, tadi.

Menurut Abdul Malik, Ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang, Ustaz Rosli Othman akan menyampaikan Tazkirah Dhuha, diikuti solat sunat Dhuha secara berjamaah yang akan dipimpin oleh Mufti Pulau Pinang, Sohibus Samahah Dr. Wan Salim Mohd. Noor.

Tambahnya, Personaliti Dakwah, Dr. Zahazan Mohamed turut akan menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Quwwatu Ar-Rasul Sirat Ahli Sunnah wa Al-Jamaah.

Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, 10 agamawan terpilih turut diatur mengupas mengenai Fiqh As-Sirah, yang akan ke udara radio Mutiara.fm, selain, bacaaan kitab Shamail Muhammadiah di kesemua 212 masjid di negeri ini.

Pada majlis sama, katanya, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dijadualkan menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan, penghargaan dan wang tunai kepada Tokoh Maulidur Rasul  1436H serta anugerah-anugerah lain, sebagaimana acara tahunan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus