30 December 2014

Sertai misi bantuan banjir 31 Dis. hingga 10 Jan., kata KeADILan P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - KeADILan turut menggerakkan jenteranya untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang yang kini masih dilanda bencana banjir yang teruk pada 31 Disember ini, serta 4 dan 10 Januari tahun depan.

MANSOR Othman.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Datuk Mansor Othman dalam kenyataannya berkata pasukannya masih mengalu-alukan sumbangan barang keperluan untuk mangsa, serta dana sumbangan tunai atau cek bolehlah disalurkan melalui Hong Leong Islamic Bank atas nama Parti Keadilan Rakyat bernombor akaun 024-01-000-315.

"Misi bantuan pada 31 Disember akan mengagihkan bantuan kecemasan berupa makanan asas, air mineral, biskut, sardin dan mee segera (cawan)," ujar Mansor yang juga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP) dipetik daripada kenyataan bertulis beliau pada petang tadi.

Selain bantuan makanan, katanya lagi, orang ramai dialu-alukan menyumbang pakaian baru, diapers, dapur portable, toto, selimut, lampu suluh dan barangan keperluan wanita.

Katanya lagi, sumbangan untuk bantuan keperluan pasca banjir berupa water jets, hose, portable LED lamps dan peralatan mencuci turut diperlukan dalam konvoi berperingkat tersebut.

Tambah Mansor, pihaknya turut melancarkan Tabung Bantuan Banjir membabitkan kepemimpinan semua wakil parti dalam Kerajaan Negeri, meliputi Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Majlis bagi kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pemimpin peringkat cabang.

"Para sukarelawan dialu-alukan dan boleh mendaftar diri di pusat-pusat pengumpulan yang dinyatakan," jelas Mansor yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal.

Hubungi jentera parti seperti di bawah untuk menyalurkan sumbangan, barangan keperluan dan sebagainya:

1. Pejabat Ranting PKR Tanjong, di 181 Jalan Arglly, Georgetown. (Depan Sek. Men. Perempuan Al-Mashoor, ( Fauzi – 019-4742408 )

2. Pejabat PKR Balik Pulau di Pejabat Penyelaras KADUN Pulau Betong, 149 C, Mukim E, Titi Teras Balik Pulau. (04-8660214), (Hj Mohd Tuah – 019-4708811), (Hj. Bakhtiar-019-
5709500).

3. Pusat Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal, YB Dato’ Dr Mansor Othman di 35 Lorong Keramat Permai 1, Taman Keramat Permai, Nibong Tebal ( 04-5394703)

4. PKR Bukit Mertajam di Galeri Pejuang Cherok Tokkun, (Zulkifli Saad - 013-4362846)

5. Yayasan Aman Penanti, Bukit Mertajam.( Rodzi Hamid – 019-5252552)

No comments:

Post a Comment

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus