09 January 2014

Melancong ke Jepun tanpa visa mulai 1 Julai - Guan Eng



WARGANEGARA yang mahu melancong ke Jepun tidak perlu lagi memohon visa mulai 1 Julai, sebaliknya cukup membawa kad pengenalan MyKad sempena menyambut ulang tahun ke-40 penubuhan ASEAN yang menjalinkan hubungan harmoni Malaysia dengan negara matahari terbit itu.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang menyertai Hari Ulang Tahun Ke-80 Maharaja Jepun, Akihoto pada 23 Disember lepas berkata, beliau berharap hubungan Malaysia dengan negara matahari terbit itu kian akrab sebagaimana suburnya pokok yang pernah ditanam oleh maharaja berkenaan semasa melawat Padang Kota Lama pada tahun 1970, sekarang.

“Pokok itu telah berkembang dengan baik dan telah menjadi simbol hubungan antara Pulau Pinang dan Jepun," katanya didepan hampir 300 diplomat yang menjadi tetamu Maharaja Jepun itu.

Sebelum itu, Konsul Besar Jepun, Ryuji Noda berkata, rakyat Malaysia direkodkan ramai melawat ke Jepun pada tahun 2013, hatta, mendorong kerajaan negara itu menyediakan surau untuk warganegara yang rata-rata beragama Islam.

Beliau berkata, sehingga Disember 2013, katanya, seramai 12,000 warganegara direkodkan melawat negara itu.

Jumlah itu, katanya lagi, menunjukkan pertambahan 30 peratus berbanding rekod kemasukan warganegara Malaysia ke Jepun pada tahun 2012.

Tambah beliau, Hokkaido merupakan antara destinasi pelancongan tumpuan pelancong Malaysia, terutama mereka yang mahu menikmati pengalaman bermain ski.

"Peningkatan pelawat Malaysia telah mendorong kerajaan Jepun untuk menubuhkan surau di lapangan terbang dan menggalakkan restoran untuk menghidangkan makanan halal.

“Langkah sedemikian juga akan baik untuk pelawat Indonesia dan Timur Tengah ke Jepun, " katanya.

KN, WWF anjur Earth Hour 29 Mac - Chow Kon Yeow

KEMPEN kesedaran Earth Hour 2014 di Pulau Pinang pada 29 Mac depan dijangka lebih meriah dengan aktiviti berjalan kaki sejauh 3.5 kilometer di sekitar George Town Tapak Warisan Dunia UNESCO serta ikrar menanam 60 lagi pokok daripada empat spesis terancam mulai sekarang.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengerusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, ilham penganjur, World Wide Fund for Nature (WWF) Malaysia itu disambut baik kerana Kerajaan Negeri komited dengan kempen memulihara alam sekitar sejak tahun 2008 lagi.

"Titik permulaan di Jalan Padang Kota Lama, melalui Lebuh Light, Lebuh Farquhar, Lebuh Leith, Lebuh Chulia dan Lebuh Pantai, sebelum kembali sekali lagi ke Lebuh Light dan berakhir di Jalan Padang Kota Lama," ujar Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Padang Kota di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri melalui Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) akan menanam 60 pokok daripada empat jenis spesies terancam, iaitu scaphula Anisoptera, Cratoxylum cochinchinense, Firmiana malayana dan Fagrea auriculata di Queensbay dekat Pantai Jerejak sebagai menyokong kempen Earth Hour 2014.

Justeru, katanya lagi, diharap 60 bangunan komersial sekitar pulau dapat menyokong kempen nilai tersebut dengan memadamkan lampu yang tidak diperlukan selama sejam bermula 8.30 malam pada 29 Mac depan.

Sebelum itu, Pengarah Pemuliharaan WWF Malaysia, Dr. Sundari Ramakrishna melahirkan penghargaan atas partisipasi yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri.

"Ini adalah kali pertama kami bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mengajak beribu-ribu orang di negeri ini untuk mengambil bahagian dalam Earth Hour 2014," katanya.

Earth Hour adalah satu inisiatif global alam sekitar yang bermula pada 2007 di Sydney, Australia dengan penyertaan 2.2 juta individu serta lebih 2000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam dari jam 8.30 malam, sebagai mengambil bahagian terhadap perubahan iklim global.

Bentang kajian JPS tangani banjir Jan. - ADUN Jawi

LAPORAN Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan mengemukakan kajian serta cadangan menangani masalah banjir kilat di Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Jawi kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan (MKK) paling awal hujung Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, Kerajaan Negeri pada Disember tahun lepas memperuntukkan RM7,000 kepada JPS untuk tujuan itu.

"Saya sedang mendapatkan maklum balas susulan, laporan JPS akan dibentangkan dalam MKK Januari ini," ujar Lip Chee semasa meninjau kawasan terbabit baru-baru ini.

Beliau berkata, laporan itu turut akan menyebut kos pemajuan projek cadangan itu untuk dipertimbang oleh Kerajaan Negeri.

Difahamkan, Kerajaan Negeri melalui MPSP memperuntukan RM2.7 juta untuk tujuan penyelenggara rumah pam, parit monsoon, kolam takungan dengan peruntukan wang caruman yang dipohon daripada Jawatankuasa Tebatan Banjir Kerajaan Negeri.

Kapsyen: SOON Lip Chee (tengah) mendengar penjelasan daripada seorang pegawai JPS sambil diperhati oleh seorang penduduk setempat di sini baru-baru ini.

Amal 3S, gugur Ahli Majlis tak sukses - Guan Eng

KETUA Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata, semua Ahli Majlis bagi Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang dilantik bagi tahun 2014 akan dinilai sepanjang masa serta akan digugurkan jika tidak sukses demi meningkatkan mutu pelanggan.

"Saya telah meminta dibuat satu penilaian kepada semua Ahli Majlis kerana kita (Kerajaan Negeri) serius untuk meningkatkan mutu pelanggan...ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) kita.

"Kita tidak akan tangguh-tangguh untuk membetulkan mutu yang silap, kita tidak akan tunggu sampai habis tempoh perjawatan (seseorang Ahli Majlis yang tidak sukses)" ujar Guan Eng pagi tadi pada majlis istiadat pelantikan Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun 2014 di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda.

Timbalan Ketua Menteri I  Datuk Mohd.Rashid Hasnon, Prof. P.Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II), Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Farizan Darus (Setiausaha Kerajaan Negeri) dan Maimunah Mohd.Sharif (Yang di-Petua MPSP) turut hadir pada majlis itu.

Hadir sama, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen lain.

Guan Eng mencadangkan Sikap Kerja Baik, Sikap Positif dan Semangat Berpasukan (3S) dijadikan budaya kerja Ahli Majlis bagi tempoh perjawatan tahun ini.

Tambah beliau, MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) diharap mampu mengambil alih 100 peratus kerja-kerja pembersihan sebagaimana disasarkan oleh Kerajaan Negeri demi menjimatkan sumber PBT.

"Saya rasa ini bukan satu tugas yang mudah, tetapi, peluang pekerjaan perlu kembali diberi kepada anak tempatan, bukan buruh asing," ujar Guan Eng lagi.

Sebelum itu, Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri pada tahun ini akan terus memberi fokus pada pembangunan Sebarang Perai, di saling kawasan pulau.

"Fokus pembangunan telah diberikan kepada Seberang Perai, ertinya masa depan Pulau Pinang adalah Seberang Perai.

"Kalau MPSP sukses, maka Kerajaan Negeri dianggap telah sukses. Jadi, tumpuan pada MPSP sangat penting," jelas beliau.

Manakala, Maimunah pula mengumumkan pelancaran coffee table book sulung yang berjudul "Seberang Perai Discovering The Hidden Pearl of Penang".

Berikut adalah senarai Ahli Majlis MPSP 2014:

1. Tan Cheong Heng (DAP)
2. Rezal Huzairi Md. Zaki (PKR)
3. Ahmad Kaswan Kassim (PAS)
4. M.Chandrasekaran (DAP)
5. Loh Joo Huat (DAP)
6. Mohd. Shaipol Ismail (DAP)
7. Ahmad Tarmizi Abdullah (NGO)
8. Dr. Tiun Ling Ta (NGO)
9. Wong Chee Kertas (NGO)
10. Abdul Jalil Che Ros (PKR)
11. Chong Pei Pei (DAP)
12. P.David Marshel (DAP)
13. H'ng Mooi Lye (DAP)
14. Ho Leng Hong (PKR)
15. Mohd. Rizal Abd. Hamid (PKR)
16. Ong Ee Leong (PKR)
17. M. Satees (PKR)
18. Shafiqah Shobha Abdullah (PKR)
19. Tan Chee Teong (DAP)
20. Tan Chong Hee (DAP)
21. Zulkiefly Saad (PKR)
22. Omar Hassan (PAS)
23. G.Rajasegar (PKR)
24. Zulkifli Ibrahim (PKR)

MPSP tubuh jawatankuasa strategi sifar anjing liar

SETIAUSAHA Majlis Perbandaran Sebarang Perai (MPSP) Sr. Rozali Mohamod berkata, Jawatankuasa Strategi Sifar Anjing Liar baru ditubuhkan sebagaimana dicadangkan Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Menurut beliau, cadangan itu demi mengelak insiden dua kanak-kanak kemalangan ekoran diserang anjing liar di Taman Cermai dekat Permatang Pauh baru-baru ini dari berulang.

"Jawatankuasa ini tidak boleh membunuh binatang, tetapi, boleh menangani masa anjing liar ini (termasuk) memandulkan binatang itu dengan kerjasama Jabatan Veterina," ujar Rozali pagi tadi di Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda di Seberang Jaya.

Beliau berkata demikian sebelum berlangsungnya istiadat Majlis Angkat Sumpah Ahli Majlis MPSP Sesi Tahun  2014.

Perkembangan itu sekaligus menunjukkan MPSP senantiasa baginda serta meningkat mutu pelanggan di Seberang Perai.

Kapsyen: (Dari kiri) Ahli Majlis MPSP, Ho Leng Hong, Rozali Mohamod dan Zolkifly Md. Lazim (AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang dirakam gambar di lobi Kompleks MPSP, pagi tadi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus