18 January 2014

D'BM Hospital taja 18 jersi kelab bola sepak kanak-kanak

Presiden D'BM Hospital, Zolkifly Md. Lazim menaja 18 helai jersi kepada pasukan bola kanak-kanak Kg. Pertama F.C.

"Gaya hidup sihat adalah sebahagian daripada tuntutan Islam.

"Justeru, adalah baik aspek kesihatan ini menjadi sebahagian jihad untuk generasi anak-anak kita ini," ujar Zolkifly.

Ahli Jawatankuasa Perhubungan PAS Pulau Pinang itu berkata demikian pada satu majlis di Padang Permatang Nibong, Seberang Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr.Afif Bahardin menyempurnakan majlis sumbangan itu dan diterima oleh pengurus kelab berkenaan, "Encik Yusof".

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus