20 January 2014

Badak kangkong kena boo...

Dapatkan Kangkong Kolagen Bik Mama di pasaran!

Sumber: Facebook


Faqar: Saya dok tunggu demo susulan sebab isteri Perdana Kangkung pula dicuit.

Guru terus lawan SPPBS, macai Muhyiddin kantoi menipu

Banyak sangat cikgu bantah dengan sistem siput PBS atau Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah sampai wakil Muhyiddin Yassin perlu buat set lakonan interaksi guru-guru yang kononnya membangkang projek aneh Menteri Pendidikan itu hari ini.

Laman Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan 40 minit lepas membuat pendedahan terbaru seperti tekapan gambar di bawah:






Tegur Najib 'kangkung', giliran anak Mahathir pula goncang kerusi PM?

ANAK Tun Dr Mahathir Mohammad pula melahirkan rasa bimbang dengan kenaikan kos sara hidup rakyat di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri seakan digoncang lagi secara senyap.

Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pendekatan 'betul tapi tak popular' Najib boleh mengakibatkan Umno BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

"Saya bimbang kalau hanya fikir dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul, tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.

"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi sudah menjadi bubur," kata calon Naib Presiden Umno itu, dipetik hari ini di The Malaysian Insider.

Mukhriz berkata demikian semasa banyak pihak giat mengecam Najib ekoran kontroversi isu 'harga kangkung turun' walaupun kos data hidup rakyat naik sedang meledak di laman sosial Facebook dan Twitter.

Terdahulu, dikatakan, Kadir Jasin 'peluru mula' Mahathir ke kepala Najib, Rosmah?

[Poster] AJK PAS Pusat 2013-2015

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus