21 January 2014
Suap Kangkung: Kit Siang desak Khai Loon mohon maaf demi uji sentimen bukan Melayu?
'I love kangkung' Khai Loon kreatif, Kelab Penyokong PR P.Pinang nyata solidariti
KELAB Penyokong Pakatan Rakyat Pulau Pinang tengah hari tadi tampil memberi sokongan moral terhadap aksi kreatif ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon melancarkan flashmob 'I Love Kangkung' hatta dikecam hebat oleh penyokong Umno serta Perkasa sampai sekarang.
Pengerusinya, Wong Hon Wai berkata, kecaman serta ugutan bunuh yang dihadapi oleh Khai Loon wajar dikecam oleh semua pihak.
"Ini, solidariti kita terhadap apa yang dihadapi YB Lee Khai Loon. Itu adalah luahan rasa (protes) yang kreatif terhadap kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh semua rakyat," ujar Hon Wai selepas selesai mempengerusikan mesyuarat kelab itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town.
Selain Khai Loon, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain seperti Ong Chin Wen (Bukit Tengah), Teh Lai Heng (Komtar), Soon Lip Chee (Jawi), Lim Siew Khim (Sungai Pinang), Lydia Ong Kook Fooi (Berapit) dan Dr.T.Jayabalan (Batu Uban) turut hadir pada sidang media itu.
Hon Wai yang juga ADUN Air Itam turut mengecam tindakan penyokong pembangkang Pulau Pinang mengaitkan aksi kreatif Khai Loon itu dengan cubaan mencetuskan Tragedi Hitam 13 Mei 1969, baginya demi mengalih perhatian khalayak terhadap isu kenaikan kos sara hidup rakyat.
"Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak sensitif apabila mengatakan harga kangkung turun. Sebenarnya, flashmob kreatif itu terdiri oleh pelbagai bangsa, bukan (disertai) Cina sahaja," tegas Hon Wai.
Dalam perkembangan sama, Hon Wai berkata, pihaknya masih belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai atau tidak Himpunan TURUN 2.0 di Tapak Parkir Bandar Sunway Seberang Jaya pada Ahad, 26 Januari depan bermula jam 2.00 petang kerana masih tidak mendapat jemputan rasmi daripada penganjur demontrasi kreatif itu.
Difahamkan, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli turut akan menyertai perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup Rakyat (TURUN 2.0) itu nanti.
Sebelum itu, Khai Loon mengesahkan bahawa pihaknya telah membuat aduan polis berhubung kecaman serta ugutan bunuh yang diterima oleh beliau sekeluarga.
"Saya akan terus berjuang dan tidak akan tunduk pada apa-apa bentuk kezaliman dan politik perkauman demi rakyat," tegas Khai Loon.
Tegur Najib 'kangkung', giliran bekas calon Ketua Pemuda Umno sendiri goncang kerusi PM?
“Sekali tengok nampak mereka biadab apabila mereka menyorak (boo) Datin Seri Rosmah Mansor yang memberikan kalungan bunga kepada Datuk Lim Chong Wei, tetapi, sebenarnya mereka kecewa dengan apa yang berlaku pada negara,” kata beliau kepada Free Malaysia Today (FMT) mengulas isu Rosmah diboo dan Najib tidak diberi tepukan ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Siapa Syed Rosli itu tidak lagi penting kerana sesiapapun yang mengkritik Najib akan dianggap berada dalam tim perubahan.
Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM? pun dianggap konspirasi tim perubahan di sisi Umno.
Mampukah tim perubahan dalam dan luar Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?
Tegur Najib 'kangkung', giliran Daim sahabat Mahathir goncang kerusi PM?
KEPEMIMPINAN Datuk Seri Najib Tun Razak turut dipertikai oleh veteran Umno Tun Daim Zainuddin, sekaligus membayangkan kerusi perdana menteri itu sedang digoncang dari luar dan dalam parti perkauman berkenaan.
Zainuddin, bekas Menteri Kewangan era Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri itu berkata demikian dalam satu taklimat tertutup peringkat Umno Bahagian Merbok di Dewan KISMEC, Sungai Petani.
"Kekalahan adalah kemungkinan sebenar jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus dengan dasar sekarang daripada keputusan yang betul, tetapi tidak popular, terutamanya isu-isu berkaitan kos sara hidup meningkat," ujar Daim baru-baru ini, dipetik dari The Malaysian Insider.
Lebih seminggu, Najib menjadi bahan tawa rakyat Malaysia serta media antarabangsa disebabkan kontroversi isu kangkung.
Ekoran itu, cakap-cakap politik dalam Umno sendiri khabarnya mula dingin dengan kewibawaan Najib.
Itu, menurut satu sumber lain, termasuk ketirisan informasi mengenai mesyuarat tertutup sekumpulan tim perubahan dalam Umno di Janda Baik atau Genting, kelmarin yang nekad mahu 'menurunkan' Najib.
"Najib mungkin lepas jawatan PM sebelum 31 Ogos, bergantung pada mood akar umbi (parti) berhimpun di PWTC menjelang 1 Mei depan. #MalaysiaNext," kata sumber sama menerusi WhatsApp, yang kemudiannya diconteng di dinding laman sosial Facebook.
Terdahulu, anak bongsu Mahathir bernama Mukhriz turut menegur Najib, sekaligus dikatakan menggoncang kerusi perdana menteri itu.
Seorang lagi kenalan Mahathir bernama Datuk A. Kadir Jasin lebih awal mencuit peribadi Datin Seri Rosmah Mansor (isteri PM), sekaligus dibayangkan sebagai 'peluru mula' ke kepada Najib?
Mampukah tim perubahan dalam Umno menggulingkan Najib sebelum 31 Ogos depan sebagaimana kejayaan tim Mahathir dulu memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi melepas jawapan sebagai perdana menteri?
Khai Loon terima SMS ugut bunuh, pegawai adu polis
Wabak denggi Perkampungan Jawi serius :Soon Lip Chee
TiGA daripada 24 pemilik premis sekitar Perkampungan Jawi diberi kompaun sehingga RM500 dalam empat operasi berasingan membabitkan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana dikenalpasti sebagai lokasi positif pembiakan nyamuk Aedes.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Soon Lip Chee berkata, situasi itu serius memandangkan sebanyak 64 kes direkodkan di daerah berkenaan pada tahun 2013 berbanding 60 kes pada tahun sebelumnya.
"Saya sangat memandang serius isu ini kerana satu lagi wabak telah diisytiharkan di Perkampungan Jawi untuk tahun 2014 dengan bilangan dua kes disahkan dan tujuh kes disyaki (suspek denggi)," ujar beliau pada satu sidang media baru-baru ini.
Demi membasmi pembiakan nyamuk Aedes, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Daerah turut melaksanakan aktiviti 'larvaciding' serta empat kali semburan kabus di kawasan-kawasan berwajib, termasuk pada sistem perparitan sedia ada yang dakwa masih tidak sempurna.
Tidak cukup dengan itu, katanya lagi, tujuh banting turut dinaikkan di sekitar Perkampungan Jawi demi mengajak warga setempat menyertai kempen membasmi wabak berbahaya itu.
"Ini macam kempen nilai untuk tujuan pencegahan," jelas begitu.
Dalam tempoh Januari hingga 21 Disember 2013, sebanyak 41,226 kes denggi dilaporkan meliputi seluruh negeri.
Dari jumlah kes itu, ngka kematian direkodkan meningkat 151 peratus atau 88 kematian pada tahun 2013 berbanding 35 kematian pada tahun sebelumnya.
Pulau Pinang direkodkan antara negeri yang menunjukkan peningakatan kes denggi pada tahun 2013 berbanding tahun berikutnya, iaitu sebanyak 31 peratus.
Tujuh kematian direkodkan di Pulau Pinang pada tahun lepas, manakala, satu kes kematian terbaru dua minggu lepas.
Kapsyen: Soon Lip Chee (kanan) bersama-sama pegawainya menunjukkan satu sempel air positif jentik-jentik yang diambil di sekitar Perkampungan Jawi di sini baru-baru ini.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...