15 February 2014

Konsesus Nasional: dulu kecil hati, sekarang ternanti-nanti

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kayat hari ini ternanti-nanti penjelasan tuntas isi Konsensus Nasional yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula,

Sebelum ini, ada pemimpin tertentu dari Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) itu berkecil hati kerana tidak diberitahu mengenai perancangan berwajib oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sempena PRK Kajang, yang dikatakan melintasi kaitan dengan kerangka 'konsesus anti Mahathir' tersebut.

"Kita harap Najib segera menjelaskan tentang makna, kandungan konsensus itu jika ia memang baik. Ramai yang ternanti-nanti penjelasan daripada Najib," tegas Shuhaizan, dipetik dari Harakahdaily.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menegaskan status siasatan ke atas bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, sebelum dimahsyurkan sebagai Yang Di-Pertuan Negeri berkenaan.

Malah, beliau semalam membuat memorandum serta merufuk sembah kepada Yang Di-Pertuan Agong supaya tidak memperkenan pelantikan Taib sebagai Yang Di-Pertuan Negeri Sarawak.

"Ops Lalang Mahathir pandai, saya tubuh tabung bela pesara tentera"

KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad hanya pandai mengambil kesempatan atas tragedi Operasi Lalang, tetapi bekas perdana menteri merangkap menteri kewangan berkenaan langsung tiada komitmen untuk membela pesara tentera.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, salah satu usaha yang dilakukannya bagi membantu anggota tentera semasa memegang jawatan Menteri Kewangan adalah meluluskan beberapa projek dan penyenaraiaan saham di dalam Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) selain Koperasi Tentera dan Polis.

"Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu memberikan kelulusan.

"Sebabnya kita mahu sebahagian penyenaraian saham LTAT, Koperasi Tentera dan Polis digunakan untuk pelaburan dan sebahagian hasilnya dipulangkan kepada yang dibawah," kata Anwar sambil melahirkan rasa kesal terhadap nasib pesara tentera yang tidak terbela di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-2 Pertubuhan Prihatin Bekas Anggota Keselamatan (Pahlawan) di Kelab Darul Ehsan di Selangor, semalam.

Langkah itu, katanya, pesara tentera dapat mengambil manfaat berjuta-juta ringgit apabila penyenaraian saham tabung itu dilakukan kelak.

Malangnya, menurut beliau, usaha tersebut akhirnya gagal kerana pemimpin Umno dan Barisan Nasional di Putrajaya tidak memahami maksud asal penubuhan tabung tersebut.

"Beri ratus juta ringgit itu bukan untuk catat untung besar, tetapi untuk diberikan kepada golongan di bawah," tegas Anwar sambil menambah perkara tersebut hanya dapat diperbetulkan dengan menukar kepemimpinan di Putrajaya.

"Seandainya kita bentuk kerajaan, hari ini kita akan betulkan," ujarnya.

Mad Yaakob, Nik Ammar dah jadi barua MCA Kelantan?

WIBAWA Kelantan di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Ahmad Yaakob dan timbalannya Datuk Nik Ammar Nik Abdullah terus dipersoal.

Semasa Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat  bersama-sama anak didikannya, Datuk Husam Musa masih memimpin negeri jolokan 'serambi Makkah', itu kritikan tidak setajam sekarang.

Pihak berwajib mungkin boleh respons untuk menjernihkan imej Kelantan ekoran isu terbaru ini.

Lihat contengan seorang veteran PAS seperti di bawah:

Rentung terbakar di Hospital Umum Sarawak

SEORANG rentung dalam kebakaran di blok baru Hospital Umum Sarawak 5.02 petang, lapor Sarawak Update di laman sosial Facebook 10 minit lepas.

Menurut sumber, punca kebakaran adalah dari longgokan sisa sampah binaan di tapak pemajuan tersebut.

Lihat gambar di bawah!

Replika patung dijerut kepala anti SOSMA tarik perhatian pengunjung

KUALA LUMPUR - Replika patung dijerut kepala yang muncul di pentas utama demontrasi membantah SOSMA dekat perkarangan Tasik Simfoni KLCC petang tadi menarik perhatian wartawan serta pengunjung pusat membeli-belah itu, termasuk pelancong asing.

Pertubuhan aman itu dikepalai Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) Sukri Ab.Rezab dan disertai lebih 50 aktivis daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka, ada yang berpakaian serba merah seperti yang disarankan oleh penganjur semalam, dan ada yang berpakaian biasa.

Mereka mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa masih membelenggu beberapa individu lagi di Kem Tahanan Kemunting, Perak, walaupun pasca pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kononnya.

Mereka konsisten mendakwa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA sebagai undang-undang draconion, sama seperti ISA.

Gambar TURUN lancar protes harga barang naik di Kedah

ALOR SETAR - Rakyat Kedah sekali lagi melancarkan proses terhadap pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Bandar negeri itu melalui badan bertindak Turunkan Kos Sara Hidup (TURUN).

Berikut adalah gambar aksi rakyat menolak kewibawaan Umno BN dalam menguruskan ekonomi negara.

Mengapa isu kad pengenalan palsu Zubair tiada tindakan polis, KDN?


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PERAI - Zubair Saaid mengadu kad pengenalan serta lesen memandunya masing-masing seakan dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kepada seorang lelaki misteri lain.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees (gambar kanan) semasa membangkitkan perkara itu pagi tadi berkata, pihak berkuasa langsung tidak bertindak sungguhpun laporan polis telahpun dibuat oleh pengadu pada 12 November tahun lepas lagi.

"Pengadu dapat saman atas satu kesalahan trafik (oleh) lelaki misteri ini di Melaka. Jika kad pengenalan serta lesen memandu yang dipegang oleh lelaki misteri ini palsu, tentu awal-awal lagi pihak berkuasa kesan.

"Kalau di bank, telah lama akuan pencuri identiti Zubair ini dibekukan, tetapi, ini tidak berlaku dalam sistem saya JPN, JPJ dan polis.

"Ini bukan kerja seorang yang biasa, melainkan orang besar dalang projek kad pengenalan palsu ini," ujar beliau di Pusat Khidmat Kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai, Prof. P. Ramasamy di sini.

Pengarah Pendidikan Politik DAPsy Pulau Pinang, Shamsher Singh Thind (gambar kiri) turut hadir pada sidang media itu.

Satees berkata, aduan Zubair itu wajar diambil perhatian oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana mirip kes projek kad pengenalan palsu di wilayah bergolak Lahad Datu yang hampir menggoncang keselamatan negara, sebelum ini.

Terdahulu, Zubair menyedari identitinya dicuri apabila menerima saman RM500  atas satu kesalahan trafik di Melaka, yang bukan dilakukannya.

Kenderaan yang dipandu lelaki misteri itu didaftarkan di bawah Syarikat Valley Enterprise Sdn. Bhd., Lot 18, Jalan Makmur 2, Kawasan Perindustrian Bukit Makmur, Sungai Petani, Kedah.

Bagaimanapun, identiti sebenar lelaki misteri itu gagal dijejaki hingga kini, sungguhpun aduan polis (No. Laporan: BEDONG/003998/13) telah dibuat tahun lepas.

Zubair sekarang masih bekerja sebagai Penasihat Pemasaran Proton (Julang Auto Sdn. Bhd.) dekat Taman Chai Leng, di sini.

MPPP didik komuniti perangi denggi


Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SUNGAI PINANG - Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melancarkan fasa pertama perang terhadap pembiakan nyamuk aedes peringkat pulau.

Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Penguatkuasaan dan Pendidikan Awam, Dr. Tan Kim Hooi berkata, sebanyak 5,000 makalah lengkap dengan sampel racun jentik-jentik akan diedar kepada komuniti di kawasan-kawasan sensitif denggi.

"Aspek pendidikan awam ditekankan. Jika tidak cukup 5,000 makalah ini, kita akan cetak lagi kerana kaedah kempen kesedaran akan dilaksanakan sepanjang tahun," ujar beliau petang semalam sebelum operasi pengasapan nyamuk dilancarkan di Blok 28 Taman Sri Pinang, di sini.

Ong Ah Tiong, Lim Boon Beng, A. Kumarsen, Ahmad Azrizal Tahir, Aidi Akbal Mohamed Zainon dan Nur Zarina Zakaria antara Ahli Majlis bagi MPPP yang hadir pada operasi tersebut.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Maqbul, Firdaus Shahul Hamid.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim pula berkata, kempen nilai seumpama ini memerlukan kesabaran dan semangat yang tinggi.

"Kaedah kempen nilai ini sebenarnya mampu mengubah perilaku komuniti supaya lebih agresif memerangi wabak pembunuh denggi, jika semua pihak yang terlibat tidak mudah putus asa dan bersabar," respons Siew Khim.

Melalui kaedah pendidikan awam, beliau berharap, tiada lagi rekod kematian akibat denggi direkodkan pada tahun ini di Pulau Pinang.

Terdahulu, 41,226 kes denggi direkodkan di seluruh negeri dalam tempoh bulan Januari hingga Disember tahun lepas.

Dari jumlah itu, angka kematian direkodkan meningkat 151 peratus atau 88 kematian pada tahun 2013, berbanding 35 kes serupa pada tahun sebelumnya.

Pulau Pinang merupakan antara negeri yang menyaksikan peningkatan kes denggi pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 31 peratus.

Tujuh kes kematian direkodkan pada tahun lepas dan satu kes serupa pada awal tahun ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus