18 February 2014
Rahim Nor balik darjah tiga disekolahkan Hanipa Maidin
Guan Eng kecawa hasrat bina Sekolah Menengah Tamil pertama negara, P.Pinang tak kesampaian
ANTARA 550 pelajar terpilih menerima sumbangan daripada Ketua Menteri dan Pertubuhan Amal Seri Sinar di Dewan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini, Ahad lepas. |
Indeks jenayah P.Pinang turun 23 peratus, KN pasang 80 CCTV lagi
Indeks jenayah P.Pinang turun 23 peratus, KN pasang 80 CCTV lagi
GEORGE TOWN - Indeks jenayah Pulau Pinang turun 23 peratus dalam tempoh enam minggu tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas walaupun masih belum ada sebarang petunjuk berhubung insiden balingan bahan letupan buatan sendiri di Gereja Jalan Farquhar dan Balai Polis Bukit Tengah, jelas Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Malik Hanapi dipetik dari satu media online.
Bercakap pada majlis sama, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dilaporkan berkata, pemasangan 80 lagi kamera televisyen litar tertutup (CCTV) sekitar pulau baru-baru ini kerana Kerajaan Negeri sejak tahun 2008 percaya langkah itu mampu mengurangkan indeks jenayah di negeri ini.
Kira-kira 284 CCTV dipasang di pulau dan Seberang Perai, sebelum ini.
Menurut Guan Eng, 75 CCTV baru disumbang oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), manakala, baki lima lagi peralatan keselamatan itu disumbangkan oleh pihak pemaju projek fasa kedua berkenaan, iaitu Datasonic Technologies Sdn. Bhd..
"Kami merancang untuk menambah 32 lagi melalui MPPP dan 30 lagi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun ini.
Tidak cukup dengan itu, katanya, fasa kedua projek CCTV tersebut turut dilengkapkan dengan horn speaker untuk pengumuman kecemasan, yang diselia dari pusat kawalan CCTV.
Bina terusan tangani air takung Masjid Terapung - Guan Eng
KETUA Menteri (berbaju putih) dan pemimpin Kerajaan Negeri tengah hari tadi yang lain meninjau keadaan air takungan yang kotor di bawah Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini. |
PAS kata, dalang baling daging babi dipengaruhi politik ekstrem Umno, Perkasa
BALING DAGING BABI KE DALAM MASJID MUNGKIN DIPENGARUHI OLEH POLITIK MELAMPAU UMNO PERKASA
18 Februari 2014 |Bayan Lepas
Isu balingan daging babi ke dalam masjid dekat Machang Bubuk mungkin disebabkan pihak terbabit terpengaruh oleh politik perkauman yang ditajamkan oleh penyokong Umno dan Perkasa di Pulau Pinang belakangan ini.
Saya tidak kata, penyokong Umno dan Perkasa yang terlibat, tetapi, saya yakin kumpulan pelampau berkenaan terpengaruh oleh politik perkauman yang ditajamkan oleh penyokong Umno dan Perkasa.
Justeru, saya mencadangkan pihak berkuasa segera menghentikan percubaan penyokong Umno dan Perkasa membangkitkan isu politik perkauman lain pula supaya tiada lagi mana-mana pihak melakukan aksi provokasi seperti di Masjid Machang Bubuk pada masa depan.
Yang benar,
ZOLKIFLY MD. LAZIM
AJK Perhubungan PAS P.Pinang
0124810074
Karpal tak menyesal selepas nasihat Sultan jangan kudeta Perak
Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
KUALA LUMPUR - Karpal Singh berkata beliau tidak akan menyesal walaupun dimangsakan dek Akta Hasutan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 21 Februari depan ekoran didakwa menyentuh peribadi Sultan Perak.
Pengerusi DAP Kebangsaan itu didakwa berkata, penyingkiran Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh pemerintah boleh dipersoal dalam mahkamah.
Ucapan yang kononnya berunsur hasutan terhadap Sultan Perak itu diluahkan pada 6 Februari 2009 di firma guamnya dekat Kuala Lumpur.
"Saya tidak menyesal, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana sabitan itu tidaklah membawa hukuman mati," ujar peguam berusia 73 tahun tersebut.
Bulan lepas, anak tertuduh, Gobind Singh Deo berkata, Karpal tidak mempersoal hal pemerintah untuk melantik seorang Menteri Besar Perak, tetapi perdebatan anak guamnya ada mengenai kuasa pemerintah itu hanya boleh dilaksanakan apabila berlaku kekosongan.
"Undang-undang mengenakan pemerintah didakwa dan ia adalah untuk sebab ini bahawa Mahkamah Khas ditubuhkan pada tahun 1963," jelas Gobind.
Kali pertama Karpal dibebaskan tanpa membela diri pada bulan Jun 2010.
Mahkamah Rayuan pada Januari 2012 bagaimanapun memerintahkan Karpal meneka diri, selepas rayuan pendakwa raya dibenarkan.
Karpal mempunyai dua lagi pusingan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan jika disabitkan bersalah.
Di sisi Perlembagaan Persekutuan, beliau boleh hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya didenda lebih RM2,000 atau dipenjara melebihi setahun.
Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?
SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...