21 February 2014

Cina DAP dituduh baling babi ke dalam masjid, apa Guan Eng buat di Masjid Terapung P.Pinang?

GAMBAR kren sedang mengeruk tebing pasing dekat Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini baru-baru ini demi mengalirkan air laut ke takungan air kotor lalu membersihkan kawasan tersebut secara semula jadi.

Empat hari selesai air takung Masjid Terapung

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

TANJUNG BUNGAH – Kerja awalan memajukan dua terusan sepanjang 20 meter termasuk membuka tebing pasir bagi menangani masalah takungan air kotor di bawah Masjid Terapung Tanjong Bungah, di sini siap sepenuhnya dalam tempoh empat hari seperti dirancang.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bagaimanapun berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersama-sama Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) turut diberi tanggungjawab untuk membuat kajian menyeluruh supaya masalah berbangkit tersebut segera selesai demi kepentingan umat Islam setempat.

"Apa yang lebih penting adalah kajian menyeluruh akan dibuat…supaya takungan air ini boleh dibersihkan secara semula jadi, sebelum dibawa ke laut," ujar Guan Eng baru-baru ini.

Terdahulu, Guan Eng bersama-sama Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tembatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir), Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) serta Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera) mengadakan lawatan kerja di sini.

Hadir sama, dua Ahli Majlis bagi MPPPP, Mohd. Hariszuan Jaharudin dan Chun Kit Lee.

Dalam pertemuan itu, Guan Eng mengadakan perbincangan ringkas dengan Jurutera Awam Daerah JPS, Md. Khuzai Hussain dan Roslan Abu Bakar (Pengerusi Qaryah Masjid Terapung Tanjung Bungah) mengenai isu malar segar tersebut.

Hasil perbincangan itu, Guan Eng berkata, kerja pemajuan dilaksanakan dalam tempoh maksimum lima hari dan kos keseluruhan projek pemajuan tersebut dimaklumkan kemudian oleh pegawai berwajib dari JPS, kemudian.

Dalam perkembangan lain, Guan Eng berkata, semua pihak dirayu supaya tidak menyokong pihak tertentu menganjurkan aktiviti tidak bertanggungjawab walau atas alasan agama sekalipun seperti dua insiden baru-baru ini, iaitu balingan daging kinzir di sebuah masjid dekat Machang Bubuk dan balingan bom buatan sendiri di gereja dekat Jalan Farqihar dekat George Town.

"Saya merayu, marilah bersama-sama kita bersatu hati monolak apa juga rancangan pihak tertentu yang mahu menggugat ketenteraman awam di negeri ini," ujar beliau.

Sejuta jiwa Anwar di Kajang!



Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Anwar bermaksud 'bercahaya'.

Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

Pada tahun 1978, beliau berkahwin dengan Datin Seri Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, Ireland yang kemudiannya bertugas di klinik mata di Hospital Universiti, Petaling Jaya.

Perkahwinannya dengan Datin Seri Azizah dikurniakan seramai 6 orang cahaya mata. Anak sulungnya, Nurul Izzah kini merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mula mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966.

Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad.

Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera). Semenjak dari zaman belia, Datuk Seri Anwar merupakan seorang individu yang popular.

Beliau dikenali sebagai salah seorang daripada pengasas badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Angkatan Belia Islam Belia Malaysia.

Pada 1968 beliau menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia. Tahun 1969 menyaksikan Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang.

Pada 1971 beliau menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu, dan menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Kemudiannya pada 1973 beliau dilantik menjadi Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 3 tahun (1974-1976) kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah.

Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.

Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.

Pada 1968 beliau menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

Pada 1979 beliau menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan. Beliau juga menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.

Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk menyertai UMNO. Anwar pernah dianggap sebagai 'Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS.

Subki Latif dalam bukunya Siapa Ganti Asri menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar dan dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian.

Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991.

Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO.

Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding.

Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

Pada 1998, UMNO/BN dibawah Tun Mahathir ketika itu telah mematikan karier politik Anwar kerana dianggap bahaya untuk para pimpinan UMNO/BN yang ternyata membelakangi perjuangan rakyat dan bersikap tamak.

Bermula dari situlah ledakkan Reformasi 98 bergema diseluruh negara sehingga menggegarkan Putrajaya sehingga kini.

Beribu rintangan pahit manis perjuangan untuk rakyat dipikul hingga hari ini walaupun fitnah dan tohmahan dari UMNO/BN tidak pernah berhenti walau sesaat.

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH ... DEMI RAKYAT .. LAWAN TETAP LAWAN.

Jumpa Anwar, che'GuBard di Kajang malam ini!


Kekal Uptown Perda, Anwar ulangi komitmen

ANWAR Ibrahim (empat dari kiri) sempat bergambar kenang-kenangan dengan Nasoruddin Shah Mat (lima dari kiri) serta pemimpin utama badan bertindak kekalkan Uptown Perda di sini, malam tadi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi komitmen untuk mempertahankan Uptown Perda di tempat asal dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Seberang Jaya dengan syarat dilakukan penambahbaikan ke atas pusat jajaan tersebut.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata demikian selepas melawat kawasan komersial tersebut, serta mengasaskan interaksi dua hala dengan kaum penjaja yang diketuai oleh Nasorudin Shah Mat.

"Kekal di sini. Ini komitmen saya. Urus elok-elok tempat ini (Uptown Perda)," respons Anwar kepada penjaja-penjaja berwajib di sini.

Anwar yang juga Penasihat PKR Malaysia turut meminta grup Nasoruddin membantu semua pihak berwajib menangani masalah kesesakan trafik serta kebersihan di situ.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi PKR Negeri, Datuk Mansor Othman, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang), Dr. Afif Bahardin (ADUN Seberang Jaya merangkap Ketua AMK Pulau Pinang), Rezal Huzairi Md. Zaki (Ketua Wip Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP), Zolkifly Md. Lazim (Penasihat Persatuan Penaja Uptown Perda) dan pegawainya "Non Pomen" kerana banyak membantu menjernihkan status isu malar segar tersebut.

Nasoruddin dalam reaksi spontan di laman sosial facebook hari ini merakamkan penghargaan atas cakna Anwar itu.

"Yang aku tahu dan pasti DSAI (Anwar) ambil berat masalah kami, peniaga kecik di Uptown Perda dengan hadir beramah mesra dan memberi komitmen agar kami dikekalkan di lokasi sedia ada," ujar Nasoruddin Shah Mat yang juga Pengerusi Koperasi Ropewalk Bagan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus