Skip to main content

Posts

Showing posts from February 24, 2014

Peribadi Presiden PAS yang disaman, kenapa parti dipergunakan?

Baca dulu artikel di bawah.
Dahulu, selalu kita kritik Tun Dr. Mahathir Mohamamd, "lama sangat memerintah negara sampai tak tahu beza duit sendiri dan duit rakyat..."
Seorang pemimpin PAS dalam friend of Pakatan di Eropah baru emel saya. Beliau tanya soalan mengenai berita di Harakahdaily pagi ini.
Satu persoalan - yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa? Saya tak terkata apa.
Kalau tak baca lagi berita yang saya maksudkan, baca di bawah ini.
PAS fail permohonan ketepi penghakiman ingkar RM2 juta FEB 24, 2014 HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR: Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS akan memfaikan permohonan untuk mengenepikan perintah penghakiman ingkar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secepat mungkin.

Permohonan itu dijangka difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 17 Februari la…

Koperasi sedia mikro kredit banteras along – Nasorudin

ROPEWALK Bagan hampir sedekad lalu dikenali sebagai sarang pinjam-meminjam tanpa lesen atau 'along'.
Kalau pinjaman RM500 dengan tempoh bayaran 40 hari, penjaja di sini menerima tunai RM460 sahaja.
Peminjam diminta membayar RM18 sehari dengan kadar faedah RM6.25 pada setiap kali pembayaran dibuat.
Jika gagal membuat pembayaran, didenda RM10 sehari, selain, menerima ugutan daripada along.
Menyedari hakikat ini, beliau mengambil keputusan untuk mengubah gaya perniagaan para penjaja di sini, berbekalkan pengalaman sebagai pegawai audit di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
Dalam wawancara bersama-sama fotojurnalis ZAINULFAQAR YAACOB, Nasorudin Shah Mat, 44, berkongsi pengalaman memartabatkan kaum penjaja di pusat komersial tersebut.
"Kita dapat tahu apabila mereka datang fotostat kad pengenalan di pejabat untuk buat pinjaman RM500 daripada Along.
"Semasa itu, saya masih bekerja Kerajaan dan menjaja di sini sebagai kerja sampingan," u…