27 February 2014

Penduduk Kg. Pmtg.Tok Subuh lancar demontrasi di firma guaman tuan tanah Isnin depan



Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Badan Bertindak Selamatkan Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh malam ini sebulat suara melancarkan demontrasi di perkarangan firma guaman tuan tanah dekat Seberang Jaya Isnin depan, 11.00 pagi.

Penasihatnya, Jab Samat berkata langkah itu sebagai reaksi pada langkah tuan tanah Distinct Class memohon penghakiman terus di Mahkamah Sesyen Butterworth, Rabu lepas.

"Penghakiman terus oleh pihak pendakwaan (tuan tanah) jelas bertujuan untuk terus mengusir penduduk asal dari kampung ini," ujar beliau di depan hampir 50 anggota badan bertindak itu di sini.

Berang kerana majlis MPSP mula lewat dua jam

ENG Chai Huat menunjukkan surat jemputan MPSP meminta semua penerima hadir di sini seawal jam 9.00 pagi.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT MERTAJAM - Majlis cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk 36 lagi penerima sempena promosi bayaran cukai pintu 2014 yang bermula lewat dua jam pagi ini mengakibatkan salah seorang pelanggan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) melahirkan rasa berang.

Eng Chai Huat berkata, penganjur sepatutnya tidak memanggil secara bersurat semua penerima berwajib seawal jam 9.00 pagi, sekiranya mesyuarat penuh MPSP sendiri diadakan serentak pada jam 9.30 pagi ini.


"Tak perlu pakai jam kalau lewat sampai dua jam. Saya datang dari Transkerian (dekat Nibong Tebal), bukan dekat sini.


"Saya datang ke sini sebelum jam 9.00  sebab saya ada tanggungjawab, di mana piagam pelanggan yang dijanjikan," ujar Chai Huat di lobi Kompleks Ibu Pejabat MPSP dekat Bandar Perda, di sini.

Pelanggan berkenaan melahirkan rasa berang itu kepada semua Ahli Majlis, sebelum berlangsungnya majlis tersebut.

Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif pada reaksi spontan di pentas utama majlis memohon maaf, serta memendekkan ucapannya atas kesulitan teknikal tersebut.


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus