Skip to main content

Posts

Showing posts from March 2, 2014

PAS Kebun Sireh rai pelajar cemerlang, anjur Interaksi Bt. Kawan

BUKIT TENGAH - 12 pelajar setempat yang cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (UPSR) diraikan pagi ini dalam satu majlis anjuran PAS Cawangan Kebun Sireh, di sini.Keraian itu diadakan serentak dengan Majlis Interaksi Komuniti Batu Kawan bersama-sama Ahli Parlimen Batu Kawan, Ong Chin Wen (Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah) dan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Timbalan Pesuruhjaya I PAS Pulau Pinang merangkap ahli lembaga Yayasan Islam Pulau Pinang).Berita lanjut menyusul kemudian.

Penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh lancar 'perang telefon' tuan tanah, demontrasi esok!

BUKIT MERTAJAM - Kempen menghubungi telefon tuan tanah Distinct Class, Lim Boon Leong dilancarkan penduduk Kampung Permatang Tok Subuh dekat Bukit Mertajam, malam tadi.
Pengerusi badan bertindak penduduk kampung itu, Hamidah Che Embi berkata, langkah itu sebagai reaksi pada tuntutan penghakiman terus tuan tanah di Mahkamah Sesyen Butterworth baru-baru ini demi mengusir baki 26 penduduk asal dari kampung berkenaan.
"Jangan ugut tuan tanah atau wakilnya (peguam), tetapi, saya rayu seluruh rakyat Malaysia menghubungi mereka untuk membawa perasaan kecewa kami sebelum demontrasi Isnin ini," jelas Hamidah.
Boon Leong boleh dihubungi menerusi nombor telefon 0164499712, manakala, 04-3971227/8 untuk menghubungi firma guaman tuan tanah, Firma Guaman Fadzil, Chua & Song.

10,000 saksi Jambatan Kedua P.Pinang dibuka, nama sempena Agong

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BATU MAUNG - Perasmian pembukaan ikon terbaru negara, Jambatan Kedua Pulau Pinang yang dimahsyurkan sempena nama Agong, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, semalam disaksikan lebih 10,000 rakyat Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak (gambar) merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas partisipasi tidak langsung hingga projek mega tersebut siap.
"Saya pun bersetuju bahawa adakalanya kita wajar ketepikan (sentimen) parti politik, kita perlu melakukan sesuatu demi rakyat Malaysia.
"Saya ingin mengucakan terima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang (Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang memberikan kerjasama dalam pelaksanaan projek ini," ujar Mohd. Najib di sini.