03 March 2014

Demo bantah penghakiman terus usir penduduk kampung P.Pinang


ZOLKIFLY Md. Lazim (paling kiri), Choo Choon Kai (dua dari kiri), komrad Karthik (wakil JERIT) (paling kanan) mengangkat kain rentang dan plakad di perkarangan pejabat peguam Distinct Class di sini, pagi tadi.

DEMONTRASI aman ini dipimpin olehMohd. Ikhwan Nasser Mohamad Isa (Pegawai Khas bagi ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon).
PENASIHAT Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh, Pak Jab Somat (tengah, berkopiah) dan Pengerusinya,  Hamidah Che Embi (bertudung, depan) pada sidang media, pagi tadi.
PAK Jab Samad (berkopiah puteh) dan Zainulfaqar Yaacob di depan firma guaman tuan tanah, Fadzil, Chua & Song, tetapi, wakil guaman di sini seakan bersembunyi dek kehadiran kami.

SEBERANG JAYA - Hampir 30 penduduk asal Kampung Permatang Tok Subuh pagi tadi melancarkan bantahan di Firma Fadzil, Chua & Song dekat Seberang Jaya, tetapi, wakil peguam tuan tanah Distinct Class berkenaan enggan menerima memorandum mereka.

"Kalau nak hantar, hantar di peti surat. Bos tak izin buka (pintu) pejabat dan terima memorandum penduduk," dalih wakil pejabat peguam itu, walaupun selepas dirunding oleh beberapa anggota polis.

Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kg. Pmtg. Tok Subuh, Hamidah Che Embi  berkata, pihaknya menuntut tuan tanah membatalkan hasrat penghakiman terus (summary judgment) di Mahkamah Sesyen Butterworth, Rabu ini.

"Tuntutan penghakiman terus ini jelas mencerminkan tuan tanah (Distinct Class) nekad mahu mengusir baki 26 keluarga dari tanah tempat tumpah darah keturunan kami sejak 80 tahun lepas," ujar Hamidah di sini dalam satu kenyataan media.

Jawab tiga komen HAPUS mengenai Jambatan Kedua P.Pinang


SAYA pagi ini merentasi Jambatan Kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dari Batu Kawan ke Bayan Lepas.

Saya ada tiga komen di sini:-

1. Dua lorong kereta sahaja sekaligus tidak memenuhi spesifikasi lebuh raya, iaitu sekurang-kurangnya tiga lorong; walaupun menggunakan dalih ada satu lagi lorong khas untuk penunggang motosikal.

2. Pembinaan jambatan kedua ini bertentangan dengan logik menaiktaraf Jambatan Pertama Pulau Pinang, iaitu pelebaran dari dua lorong pada tiga lorong seperti di rentasan utama jambatan itu demi menampung kesesakan trafik pada waktu puncak.

3. Langsung tiada tempat berhenti untuk tujuan kecemasan pada jambatan baru ini sebagaimana pada Jambatan Pertama Pulau Pinang, sekaligus dilihat tidak mesra pengguna.

Mewakili Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pertama Pulau Pinang (HAPUS), sekali lagi saya menegaskan pendirian kami membantah Putrajaya melanjutkan tempoh kutipan tol 30 tahun lagi kerana perjanjian konsesi yang dimuktamadkan hampir dua dekad lepas menyebut kutipan tol Jambatan Pertama Pulau Pinang tamat pada tahun 2018.

Diharap, Jambatan Kedua Pulau Pinang Berhad (JK2PP) - walaupun proksi kepada syarikat China - selaku syarikat konsesi memberi respons pada tiga komen yang dibangkitkan ini.

HAPUS!

ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap HAPUS

Merangkap

Ahli Seumur Hidup PAS bagi Kawasan Batu Kawan

Emel: zainulfaqary@gmail.com
Blog: faqar.blogspot.com
Mobile: +60194241583

INGAT PERANG MULUT TUAN TANAH 11 PAGI INI!!!



SEBARKAN!
Penduduk Kg.Permatang Tok Subuh lancar Demonstrasi membantah penghakiman terus Tuan Tanah Distinct Class pada 11 pagi Isnin 3 Feb 2014 di:

Firma Guaman Fadzil, Chua & Song,
17-A (Tingkat Atas), Jln.Todak 5,
Seberang Jaya.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus