Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBARANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) berjaya mengutip RM16 juta daripada 25,755 pembayar cukai premis sempena Promosi Bayaran Cukai Pintu 2014, melebihi sasaran awal tahun ini.
Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd.Sharif berkata, angka itu sekaligus mencerminkan keberkesanan majlis cabutan bertuah sempena promosi bayaran cukai pintu, yang diadakan saban tahun.
"36 lagi penerima cabutan bertuah yang disenaraipendekkan akan mendapat hadiah masing-masing pada petang ini...bagi saya jauh lebih bernilai berbanding tahun-tahun sebelum ini.
"Kesemua hadiah untuk 77 penama diraikan sebagai menghargai komitmen mereka membayar cukai setahun 2014 kepada MPSP beserta tunggakan (jika ada)," ujar Maimunah kepada wartawan di Kompleks Ibupejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.