Tak perlu tunggu Putrajaya jadi Singapura, Mahathir tahu dua pemimpin Umno P.Pinang sudah tipu 31 tanah Melayu
Malaysia will be like Singapore if Pakatan takes power, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.Takut sungguh gamaknya bekas perdana menteri dengan langkahan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim.Atau Mahathir sengaja mentakut-takutkan rakyat yang kian berani berlawan dengan kezaliman Umno serta Barisan Nasional, belakangan ini.Mahathir ada pengalaman mendepani Reformasi'98. Mungkin sebab itu,dia takut untuk berdepan kemungkinan Reformasi 2.0 tidak lama lagi."Orang yang biasa takut dengan bayang-bayang hantu, bayang-bayang tiang teleton telefon pun dia ingat bayang-bayang hantu."Betulkah Mahathir begitu takut Putrajaya jadi semacam Singapura jika Pakatan Rakyat mengambil Putrajaya masa PRU14 nanti?Atau, ada muslihat lain usang veteran politik Umno itu takut?Umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat sejak PRU12 (8 Mac 2008) lagi telahpun mengambil alih Pulau Pinang.Jihad mengambil logik Mahathir, sepatutnya Pulau Pinang telahpun menjadi Singapura (baca: Melayu kononnya ditindas oleh Cina) s…