Skip to main content

Posts

Showing posts from March 15, 2014

Perang biologi denggi guna ikan guppy lebih berkesan - Chong Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

PADANG LALANG - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dengan MPSP-Watch petang tadi melepaskan beribu-ribu anak ikan guppy ke parit Taman Kota Permai demi memusnahkan pembiakan jentik-jentik di sini.

[Youtube Info Grafik] PAS P.Pinang lancar Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - PAS Pulau Pinang pagi ini melancarkan penubuhan Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas, iaitu projek mengayakan manfaat daripada RM1 juta dana infaq ahli-ahli parti masa depan itu.
Ketua Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim berkata, pihaknya berharap inisiatif itu mampu mengubah dimensi parti sendiri supaya selari dengan perubahan dimensi dunia hari ini.
"Dunia terus berubah. Di semua negara, Ketua Turus Negara datang daripada Tentera Darat.
"Amerika Syarikat ubah Ketua Turus Tenteranya dari darat kepada laut, kerana mereka percaya untuk kuasai dunia perlu kuasai laut sebab semua daratan dikelilingi laut.
"Saya pun nak ubah dimensi politik PAS dengan memaksimakan peranan ekonomi dalam parti dengan memaksimumkan peranan bendahari di peringkat kawasan dan negeri.
"Kita tak akan guna duit (Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas) pokok RM1 juta yang ahli-ahli indah, tetapi, kita akan mengatakan manfaatnya untuk pengurusan par…

Mengayakan Manfaat Infaq Wahana Ekonomi Manusiawi & Pelancaran Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas

“Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian harta daripada rezeki yang kami infaqkan kepada mereka.”[Surah Al-Baqarah: 3]
Ekonomi bukan angka, tetapi kemanusiaan. Sebab itu, terdapat perihal zakat, wakaf, ghanimah, sedekah dan infaq dan sebagainya yang nyata dekat dengan keperluan kemanusiaan kita, tak kira orang Islam atau bukan Islam.
Maqasid asy-Syariah dalam bab muamalat, politik (siasah) hatta ekonomi sendiri adalah mesti membawa kebaikan terbanyak (maslahah mujtamak) kepada manusia seperti kasih sayang dan saling membantu.
Kertas kerja ini akan membicarakan mengenai projek mengayakan manfaat infaq untuk pembangunan ekonomi PAS Pulau Pinang.
Pada hujung kertas kerja ini akan diperjelas mengenai cadangan mengeyakan manfaat infaq untuk pembangunan ekonomi PAS Pulau Pinang menerusi projek ‘Tabung Amanah Angsa Telur Emas’.