16 March 2014

Royalti, kuasa undi anak perantauan relevan di Kajang - Husam

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BANGI - Bekas Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa tengah hari tadi mengajak anak Pantai Timur di perantauan tanpa mengira perbezaan politik supaya tidak ketinggalan untuk melakukan perubahan melalui kuasa mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang sekarang.

Menurut beliau, isu tuntutan royalti minyak untuk rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang relevan di PRK kali ini kerana pengundi di Kajang pun asalnya banyak anak Pantai Timur.

Husam yang juga Naib Presiden PAS turut menyatakan persetujuan untuk dilantik sebagai Penaung Persatuan Anak Pantai Timur (PERAPAT).

"Bukan kita (rakyat Kelantan) nak berbalah dengan Kerajaan Pusat. Dia (Kerajaan Pusat) ambil sekerat (hasil royalti minyak), Bagi lah kita sikit (wang royalti).

"Tak perlu tajamkan perbezaan parti politik...kalau di depan saya ini orang Umno pun, keceklah (beritahulah) orang Umno - bagaimana nak beri balik royalti minyak kepada rakyat Kelantan umpamanya, yang di dalamnya ada juga orang Umno," ujar Husam pada majlis jamuan tengah hari dekat Restoran Mesra D'Kenali di Seksyen 13 Bangi.

Hadir sama, anggota Lajnah Ekonomi PAS Pusat, Zolkifly Md. Lazim, Mohamad Sayuti Omar (penulis politik terkenal), Amir Md. Ghazali (Pengerusi Skuad Keadilan Malaysia, SKUAD) dan 'DAP Melayu' Khairul Ishak.

Menurut Husam, Projek Lebuh raya Rakyat serta cadangan 'keretapi kelajuan peluru' di Kelantan boleh direalisasikan jika kuasa mengundi rakyat di Kajang mampu memujuk Putrajaya untuk mengembalikan hak royalti minyak ke negeri berkenaan.

"Kalau dapat RM12 bilion (royalti minyak yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat Kelantan), tiga biji kereta api paling pantas di atas muka bumi seperti di China boleh dibina di Kelantan.

"Kita ada royalti minyak RM12 bilion, cuma orang di sana (Kerajaan Pusat) tidak mahu beri lagi. Kalau beri, sekarang pun (Projek) Lebuh raya Rakyat boleh disiapkan untuk rakyat, termasuk orang Umno dan orang PAS," ujar Husam di depan hampir 100 anak Pantai Timur di perantauan.

Tak logik Anwar dalang rampas MH370 - Tian Chua

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KAJANG - Konspirasi blogger mesra Umno di laman sosial Facebook menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sebagai dalang rampasan kapal terbang MAS MH370 yang masih belum ditemukan hingga kini dianggap tidak rasional, kata Naib Presiden Keadilan Tian Chua.

"Nak menyelamatkan diri daripada ke penjara selama lima tahun di Mahkamah Rayuan pun Anwar Ibrahim tidak mampu, inikan pula untuk mendalangi merampas sebuah kapal terbang.

"Fitnah blogger Umno ini jelas tak rasional. Kita (Pakatan Rakyat) secara konsisten menolak keganasan atau sebarang unsur terrorisme," ujar Tian Chua tengah hari tadi di Bilik Gerakan Utama (BGU) N.25 Kajang dekat Sungai Sekamat di sini.

Dua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Dr. Sivarasa Rasiah dan Khalid Jaafar turut hadir pada sidang media itu.

Terdahulu, Kapten Zaharie yang dikatakan Ahli Seumur Hidup PKR digambarkan terbabit dalam kemungkinan insiden rampasan MH370 sekarang.

Manakala, Anwar pula didakwa sebagai dalang pada konspirasi tersebut demi menghasut pengundi DUN Kajang supaya menolak calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

NGO P.Pinang ceramah empat tempat malam ini

DATUK Abdul Halim Hussain kata, beliau akan pulang ke Pulau Pinang pada awal pagi esok.

Tugas Ketua Jentera PR P.Pinang N.25 Kajang akan dipangku oleh Mohd. Rizal Huzairi Md. Zaki.

Semeja makan sebab kami, Dr Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang), orangnya sederhana menyantuni kami dari grup NGO Pulau Pinang yang datang berkenaan untuk Kak Wan dan Anwar Ibrahim.

Di Bilik Gerakan Utama, Ketua Skuad Keadilan Pulau Pinang (SKUAD) Amir Md.Ghazali, Zolkifly Md. Lazim (Pengerusi Hapus), Khairul Ishak (Jurucakap Bara) dan saya sendiri sedang menyelaras agenda ceramah malam ini, dengan jentera Pakatan Rakyat setempat.

Kalau tiada aral melintang, grup NGO Pulau Pinang akan berperanan di Sungai Kantan, Taman Kota Cheras, Sungai Chua dan Sungai Sekamat.

Perkembangan lanjut, akan atas maklum kemudian.

ZAINULFAQAR YAACOB
BGU Kajang Sg. Sekamat | 12.51 tengah hari

Punca reaksi pengundi Kajang...


GEMPUR pengundi serta mengedar manifesto Kak Wan Azizah diteruskan awal pagi ini, sebelum singgah di Bilik Gerakan Utama N25 Kajang.

Di sini, saya bersua aktivis-aktivis Wanita Keadilan Pulau Pinang, antaranya, Kak Zah, Kak Aishah, Kak Long dan Norliza Abdul Wahab.

Tim Wanita pun baru menggempur Taman Sri Sekamat, pagi tadi.

Umumnya, pengundi menyambut baik kehadiran sukarelawan Kak Wan.

Saya kata, trend pengundi begitu mungkin disebabkan lambakan jentera luar di sini, berbanding orang setempat.

Tuntasnya, reaksi pengundi - khususnya wanita - di Taman Sri Sekamat kepada kempen dari rumah ke rumah bukan cerminan sebenar sokongan mereka lagi kepada Kak Wan.

Setuju?

'Kedai Minum Cina, Makan Melayu' P.Pinang dan politik asabiah Kajang

SELEPAS selesai menyertai wacana 'Mengayakan Manfaat Infaq' majlis peluncuran Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas di Komtar George Town petang semalam, saya memang nak bergegas balik ke Seberang Perai.



Saya ada assignment, diminta membuat liputan mengenai Perang Biologi Denggi guna ikan guppy jam 3.00 petang.

ZOLKIFLY Md. Lazim (berdiri) bersyarah konsep 'pengayaan manfaat infaq'.
Tetapi, 'DAP Melayu' Abg. Khairul Ishak mempelawa saya menyertai jamuan tengah hari ringkas bersama Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim di Restoran Nasi Padang, dekat Transfer Road, George Town.

Lokasinya, tidak jauh dengan Komtar yang menjadi pusat pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Saya ingat kedai makan ini milik Cina kerana yang jaga kaunter adalah Cina.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus