18 March 2014

Sbrg. Perai harapan P.Pinang, ulang Kon Yeow hargai pesara dan kakitangan cemerlang MPSP

(Duduk depan, dari kiri) TAN Cheong Eng (Ketua Whip MPSP), Rozali Mohamud, Chow Kon Yeow, Maimunah Mohd. Shahrif serta dua Ahli Majlis, P.David Marshel dan Rizal Hamid merakamkan gambar kenang-kenangan dengan pesara dan penerima Anugerah Cemerlang MPSP 2013.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BERTAM - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pagi ini meraikan 53 pesara pelbagai kategori 2014 serta 149 kakitangan penerima anugerah perkhidmatan cemerlang 2013 dalam satu majlis bersama di sini.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow mengulangi sekali lagi hasrat Kerajaan Negeri mahu melihat Seberang Perai sebagai masa depan negeri ini, harapan yang pernah diucapkan pada majlis istiadat pelantikan dan upacara mengangkat sumpah Ahli-Ahli Majlis MPSP Tahun 2014, sebelum ini. 

Justeru, katanya lagi, majlis anugerah seumpama ini tentunya sangat signifikan bagi menghargai rekod sumbangan perkhidmatan MPSP yang dianggap cemerlang dalam lebih tiga tahun belakangan ini.

"Saya suka kata Seberang Perai adalah masa depan Pulau Pinang memandangkan banyak usaha dilakukan oleh Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri dan MPSP...Seberang Perai akan terus menjadi harapan Pulau Pinang.

"Saya yakin Majlis (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Penghargaan Pesara) ini akan menjadi penyubur semangat, agar MPSP terus (dilihat) menjadi peneraju perubahan," ujar Kon Yeow di Kompleks Sukan MPSP di sini.

Yang di-Pertua MPSP, Maimunah Mohd.Sharif turut berucap pada majlis tahunan tersebut, yang turut disertai oleh Setiausahanya Sr. Rozali Mohamod.

Hampir semua Ahli MPSP bagi MPSP hadir pada majlis keraian tahunan tersebut.

Menurut Maimunah, MPSP mensasarkan langkah  pengambilalihan keseluruhan operasi pembersihan di ketiga-tiga daerah akan dimulakan pada Julai depan, walaupun Kerajaan Negeri tidak menetapkan tempoh khusus untuk pelaksanaan prestasi itu.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, sebanyak 74 kontraktor sedia ada masih melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).

"Kita mensasarkan pada bulan Julai ini, pengambilan 100 peratus operasi pembersihan di Seberang Perai," ujar Maimunah.

Untuk itu, katanya, MPSP akan mengambil kira-kira 800 staf pada pertengahan bulan April ini, selain, tambahan 300 staf lagi nanti, menjadi keseluruhan staf sebelum hujung tahun ini berjumlah 2,469 orang.

MPSP mempunyai 1,330 kakitangan, sekarang.

Sementara itu, Nasriah Ali @ Ramli (gambar kanan), 48, melahirkan rasa terharu kerana suaminya, Aziz Ariffin, 58, yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada 3 Disember tahun lepas turut diraikan pada majlis penghargaan pesarakan kali ini.

"Rasa gembira pun ada, rasa sedih pun ada. Dulu, Allahyarham suami dalam tempoh perjawaannya selama 33 tahun dengan MPSP, beliau pernah mendapat anugerah cemerlang. Hari ini, beliau dihargai sebagai pesara sebab kematian," ujar balu.

Nada sama turut diluahkan oleh pesara wajib, T. Kaliappan (gambar kiri), 60, yang pernah berkhidmat dalam Jabatan Perbandaran selama 33 tahun.

"Gembiralah bekerja dalam majlis sebab macam keluarga, memang banyak kenangan. Tetapi, apa boleh buat sebab umur sudah cukup (60 tahun). 

"Sayanglah mahu tinggal kerja, kawan-kawan. Kalau ada peluang, memang mahu balik (berkhidmat dengan MPSP)," ujar beliau.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus