21 March 2014

Tanam 50 pokok di sekolah rai Hari Hutan & Pokok Antarabangsa

M. Satees (depan, tiga dari kiri, P. David Marshel (depan, dua dari kiri) pada majlis keraian Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa di SJK (T) Palaniandy di sini baru-baru ini.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KEPALA BATAS - Kira-kira 50 pelajar Tahun 1 dan Tahun 2 dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Palaniandy di sini menanam anak pokok di sekitar sekolah mereka sempena meraikan Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa baru-baru ini.

Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), M. Satees, program anjuran bersama dengan Earth Child Institude itu diharap dapat memupuk tanggungjawab menjaga alam sekitar dalam kalangan pelajar.

"Ayuh hijaukan alam ini untuk masa depan yang lebih mampan.

"Pelajar yang menyertai aktiviti ini berpeluang menanam sendiri anak pokok serta mengkompos sisa pepejal, dengan tunjuk ajar pegawai MPSP," ujar Satees dalam ucapannya di sini baru-baru ini.

Seorang lagi Ahli Majlis MPSP, P. David Marshel turut berucap pada majlis itu.

Pameran kelestarian alam serta demontrasi mengkompos sisa pepejal turut dilangsungkan oleh pegawai MPSP, serentak dengan keraian Hari Hutan dan Pokok Antarabangsa.

Terdahulu, Satees dan  David Marshel bersama-sama Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy menganjurkan program Plant for the Planet peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai, sempena meraikan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa.

Pada majlis itu, Satees mengumumkan, MPSP akan memberi insentif RM100 kepada pemberi maklumat yang berjaya mendedahkan aktiviti pembuangan sisa pepejal haram di sekitar Seberang Perai, hingga tertangkap pihak tidak bertanggungjawab terbabit.  

Setuju cegah biak aedes di tanah perkuburan Cina - Exco Kesihatan

AFIF Bahardin (tujuh dari kiri) menyerahkan abate percuma kepada Oon Choo Khye (lima dari kiri) serta pengurus tanah perkuburan Cina lain, selepas majlis interaksi dua hala dekat Komtar pada tengah hari tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Abate percuma, risalah serta kain rentang Kempen Perangi Denggi akan diedarkan kepada semua pengurus tanah perkuburan Cina di negeri ini demi memastikan kawasan-kawasan eksklusif tersebut bebas dari pembiakan nyamuk aedes.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata demikian selepas mendapatkan kata sepakat daripada pengurus-pengurus tanah perkuburan Cina berhubung status takungan air upacara ritual yang dikatakan menjadi salah satu punca pembiakan jentik-jentik di lokasi terbabit.

"Kita akan terus agihkan abate hari ini juga, manakala, risalah dan kain rentang akan kita beri kemudian," ujar Dr. Afif tengah hari tadi kepada wartawan, selepas majlis taklimat di sini.

'Impian Malaysia', DAP & prediksi PRU14...

DUA bulan sebelum PRU13 lalu, saya pernah berkongsi pendapat dengan Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa mengenai idea Impian Malaysia.

Bagi saya, idea Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) Dr. Dzulkifly Ahmad menjelas PRU12 (2008) adalah satu percubaan yang baik untuk mengelak perangkap politik parti lawan.

Polemik Dokumen Negara Islam yang secara gopoh diluncurkan oleh agamawan PAS menjelang PRU11 (2004) telah banyak mengajar PAS.

Tidak perlulah disebutkan siapa pihak berkenaan kerana semua kita telahpun lebih maklum. 

Ijtihad yang salah patut diperbetulkan, bukan dipertahankan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus