24 March 2014

Kreativiti vs Jaringan Politik...BJ Faqar ke Universiti Malaya malam esok!

PENULIS dan isteri, Hajjar Hassan.
Kreativiti vs Jaringan Politik
Oleh kerana, mahasiswa tidak mempunyai jaringan politik yang lebih luas untuk mencapai satu-satu tujuan, maka, mereka lebih bergantung pada kreativiti untuk mencapai tujuan tersebut.

Maka, timbullah idea untuk bertanding dalam PRU12 - 8 Mac 2008 - dulu kerana mahasiswa tidak mempunyai jaringan yang luas untuk menasihat perdana menteri semasa itu supaya memansuhkan PTPTN dan AUKU.

Berbeza dengan orang politik, yang sedia maklum mempunyai jaringan politik yang lebih luas. 

Maka, cukup mereka menyampaikan tujuan yang sama menerusi orang tengah, atau menelefon lalu memberitahu sendiri kepada perdana menteri berkenaan bahawa PTPTN dan AUKU lebih elok dimansuhkan.

Kebergantungan kepada jaringan politik, ertinya, kita tidak bergantung lagi kepada kreativiti.

Mahfuz Omar bawa usul 60 polis KL termasuk 'datuk' ubah wang haram, rasuah disiasat SPRM di Dewan Rakyat?

60 anggota polis Kuala Lumpur termasuk bergelar 'datuk' dipanggil membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta lima agensi lain berhubung sindikit pengubahan wang haram dan rasuah, lapor portal MyNewsHub.

Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam & Eksais Diraja.

Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.

Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus