Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng pagi tadi menerima kunjungan rakan sejawat dari Perlis di pejabatnya di sini.
Menteri Besar Perlis, Azlan Man berkata, kunjungan hormat itu antara lain sebagai mempromosi Sukan Malaysia Ke-17 (SUKMA) selama 12 hari bermula pada 24 Mei depan di negeri berkenaan nanti.
"Perasmian pembukaan pada 26 Mei akan dirasmikan oleh D.Y.M.M. Raja Perlis (Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail), manakala, Perdana Menteri (Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) akan hadir untuk perasmian penutup.
"Dengan jemputan rasmi kepada Ketua Menteri (Guan Eng) pada hari ini, kita (Kerajaan Negeri Perlis) berharap lebih ramai orang Pulau Pinang sendiri berkunjung ke Perlis nanti...bukan sahaja untuk menyertai SUKMA, tetapi, juga untuk melancong ke Perlis," ujar Azlan pada majlis ringkas tersebut.