27 March 2014

Bantah GST di Dataran Mereka 1 Mei!

PUTRAJAYA kata pengguna akan dikenakan cukai serendah 6 peratus sahaja untuk membeli sebuku roti umpamanya apabila dilaksanakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) bermula tahun 2015 nanti.

GST dikenakan ke atas elektrik, air, kos pengangkutan, kos penyeliaan mesin dll, ertinya semua kos berantai ini adalah kos operasi di kilang roti.

Kos operasi di kilang roti yang pasti meningkat, ertinya, akan meningkat juga harga jualan untuk sebuku roti.

Sebelum roti ini sampai kepada pengguna, GST turut dikenakan kepada pembekal dan peruncit, sebelum pengguna (rakyat) membelinya dengan harga termasuk 6 peratus GST juga.

Maka, rakyat akan membeli roti dengan harga yang mahal disebabkan pelaksanaan berganda GST ini.

Ini cerita roti yang akan ditanggung oleh rakyat, terbaik penyokong Umno dan Perkasa.

Jom gagalkan rancangan Putrajaya melaksanakan GST pada 1 Mei ini!

Sebarkan!!!

MPSP kempen jayakan Earth Hour 2014 Sabtu ini

KERAIAN Earth Hour 2013 di Hotel Sunway Seberang Jaya dekat Daerah Seberang Perai Tengah.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG PERAI - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyeru sekitar pihak menjayakan kempen Earth Hour 2014 dengan memadamkan lampu premis masing-masing selama sejam bermula 8.30 malam pada Sabtu ini nanti.

Yang di-Petua MPSP, Maimunah Mohd. Sharif pagi ini memberitahu langkah itu sebagai kempen kesedaran untuk menjimatkan tenaga di seluruh dunia.

"Kerjasama tuan puan untuk memadamkan lampu-lampu extetior (luar bangunan atau lalu perhiasan), dan bukan menutup lalu keseluruhan bangunan (blackout) sepenuhnya di premis masing-masing pada 29 Mac," ujar Maimunah dalam mesyuarat penuh MPSP Kali Ke-477 Bil.3/2014 di Kompleks Ibu Pejabat MPSP di sini.

Tambah beliau, semua pihak turut diharap memanggil langkah keselamatan awam di premis masing-masing dipandang berlangsungnya kempen nilai global ini.

Earth Hour 2014 disambut oleh warga dunia saban tahun pada Sabtu terakhir pada bulan Mac.

Earth Hour adalah satu inisiatif global alam sekitar yang bermula pada 2007 di Sydney, Australia dengan penyertaan 2.2 juta individu serta lebih 2,000 perniagaan memadamkan lampu mereka selama satu jam dari jam 8.30 malam sebagai mengambil bahagian terhadap perubahan iklim global.

Mohon anjur Pasar Ramadan MPSP dibuka 1 April

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membuka permohonan lesen penganjur Pasar Ramadan bermula 1 hingga 30 April depan.

Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif memberitahu borang permohonan boleh didapati dari Kaunter Berpusat Kompleks Ibu Pejabat MPSP Bandar Perda di sini; Kaunter MPSP Cawangan Butterworth dekat Jalan Datuk Haji Ahmad Said; dan Kaunter MPSP Cawangan Sungai Jawi.

"Borang permohonan akan diproses oleh Jabatan Pelesenan dan keputusan permohonan akan mula dikeluarkan pada atau sebelum 20 Mei 2014," ujar Maimunah pagi tadi pada mesyuarat penuh Kali Ke-477 Bil.3/2014 MPSP di sini.

Menurut Maimunah, taklimat kepada penganjur akan diadakan pada awal bulan Jun depan.

Info lanjut, hubungi Jabatan Pelesenan di talian 04-5497685 atau 04-5497682.

Dalam perkembangan lain, Maimunah mengumumkan program Senamrobik Bersama MPSP di Taman Tunku dekat Seberang Jaya pada Ahad, 6 April ini seawal jam 7.30 pagi, manakala di Taman Berjaya dekat Nibong Tebal pada pagi 27 April depan.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus