Skip to main content

Posts

Showing posts from March 31, 2014

Respons mengenai kadar tol Jambatan Kedua P.Pinang

Putrajaya baru mengumumkan kadar tol bagi Jambatan Kedua Pulau Pinang a.k.a Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, dan kutipan bermula esok.RM8.50 Kereta/Tax
RM1.70 Motosikal
RM30.30 Lori Kecil
RM70.10 Lori Besar/Kontena
RM26.20 Bas
RESPONS SAYA:
Kita pun tidak tahu adakah kadar tol untuk jambatan kedua itu terkandung dalam perjanjian antara Kerajaan Pusat dan syarikat konsesi atau sebaliknya.Kutipan tol ingin jambatan pertama dilanjutkan 30 tahun lagi walaupun sepatutnya percuma bermula pada tahun 2018 nanti.Apabila inti perjanjian konsesi untuk dua jambatan ini langsung tidak pernah dibentangkan di Parlimen, DUN Pulau Pinang serta Kerajaan Negeri, akibatnya rakyat akan rugi.

ZAINULFAQAR YAACOB
Jurucakap
Badan Bertindak Hapuskan Tol Jambatan Pulau Pinang (HAPUS)

Usahawan berdaya saing akan diberi perhatian, kata Mohd. Rashid Hasnon

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Rashid berkata, pihaknya akan memberi perhatian yang lebih kepada usahawan yang berdaya saing serta berpontensi untuk membawa nama Pulau Pinang ke luar negeri.
Menurut beliau, enam usahawan terdiri oleh Melayu, Cina dan India yang dipilih menyertai Karnival Keusahawanan di Sarawak sebelum ini kerana mereka masing-masing memenuhi kreteria yang digariskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Keusahawanan.
“Yang terbaik dan berdaya saing, kita akan bawa mereka ke luar negeri jika ada kesempatan nanti,” jelas Mohd. Rashid semasa merasmikan penutupan majlis Karnival Keusahawanan dan Flora (Orkid) 2014 di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Sabtu lepas.
Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Jusni Ismail dan pemimpin-pemimpin beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) negeri turut hadir pada majlis itu.
Mengulas mengenai kenaikan harga barang dan kos sara hidup terus membebankan rakyat, Mohd. Rashid be…

Jangan ‘lepas’ samseng pro Umno, nasihat Guan Eng kepada Menteri

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan supaya menegakkan kedaulatan undang-undang walaupun suspek beberapa kejadian yang menggugat ketenteraman awam di Pulau Pinang sebelum ini mungkin membabitkan penyokong Umno sendiri.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam kenyataannya turut menasihat perkara yang sama kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, semasa mengulas jawapan bertulis Menteri bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada 25 Mac lepas.
“Sekiranya mereka yang terlibat, termasuk pemimpin UMNO, dilepaskan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan dijalankan, maka, ia akan menggalakkan lebih banyak peristiwa yang tidak diingini sedemikian oleh kumpulan samseng ini untuk terus menggugat keselamatan negara,” ujar Guan Eng pada satu sidang media dekat Komtar di sini, Jumaat lepas.
Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan di Dewan Rakyat meminta Ahmad Zahid  menjelaskan mengenai…

MPSP ambil alih operasi bersih sasar jimat dana - Maimunah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG PERAI - Pengambilalihan semula operasi mengutip sampah dan kerja-kerja pembersihan secara berperingkat mulai awal tahun ini diharap dapat menjimatkan sumber dana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Menurut Maimunah, RM74 juta atau 32 peratus daripada keseluruhan RM227 juta bajet MPSP pada tahun ini diperuntukan untuk kerja-kerja mengurus operasi pembersihan di Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS).
"Di Bandar Kawasaki (dekat Jepun), hanya 4 peratus daripada bajet (pihak berkuasa tempatan, PBT) diperuntukan untuk kerja-kerja pembersihan.
"Kita, 32 peratus...usaha menjimatkan sumber ini boleh berjaya jika mendapat kerjasama pelanggan (orang awam).
“(Atas maksud itu,) dari jumlah asal sebanyak 55 kontraktor, kita telah tamatkan 23 (kontraktor) secara berperingkat,” jelas Maimunah dalam majlis khusus kepada wartawan di Kompleks Ibu Pejabat MPSP, Bandar Perda di sini baru-baru ini.

Belia…

Harap Karnival Hijau A'bangsa promosi P.Pinang 'negeri hijau'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap penganjuran Karnival Hijau Antarabangsa Pulau Pinang 2014 pada 14 dan 14 September depan dapat mempromosi lagi Pulau Pinang ini sebagai negeri hijau
Menurut beliau, karnival kali ini adalah lanjutan pada Ekspo Hijau yang diadakan saban tahun, sejak 2013.
"Kita berharap dapat mewujudkan momentum dalam membentuk dan mempromosikan Pulau Pinang sebagai negeri hijau," ujar beliau pada majlis pelancaran karnival itu dekat Komtar, di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon, Teh Lai Heng (Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar), Soon Lip Chee (ADUN Jawi), Ir. Ang Aing Thye (Setiausaha Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP) dan  Thing Siew Shuen (Pengurus Besar Penang Green Council, PGC) turut hadir pada majlis itu.
Difahamkan, karnival yang membawa masej 'Atasi Perubahan Iklim, Bertindak Sekarang!' itu dianjur secara bersama oleh PGC dan Penang Save …

Karya P.Ramlee kuatkan keharmonian kaum - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
AIR ITAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap masej keharmonian kaum yang ditonjolkan dalam karya Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee akan terus menjadi kekuatan rakyat di negeri berkenaan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutup Festival P.Ramlee Kali Ke-2 2014 di Kampung Melayu di sini, semalam.
"Saya percaya bahawa hubungan mesra di kalangan masyarakat Pulau Pinang ini adalah legasi sejarah yang berbilang bangsa dan berwarna warni. 
"Ia seharusnya menjadi kekuatan kepada kita, dan bukan punca pertelingkahan. 
"Malah, sifat-sifat inilah yang sering ditampilkan dalam karya P Ramlee, dan saya percaya beliau dipengaruhi oleh pengalamannya sewaktu membesar di Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih.
Pada majlis itu, beliau turut melahirkan rasa syukur kerana majoriti rakyat di negeri ini tidak terpengaruh oleh beberapa cubaan provokasi oleh pihak tertentu demi mengkucar-kacir …

Masanya untuk kroni kaut untung selepas rakyat percaya MH370 masalah negara

UMNO tidak akan mencadangkan satu-satu projek menipu Melayu melainkan parti asabiah itu terlebih dahulu mengemukakan satu-satu masalah sampai sesuatu itu diterima sebagai rasional oleh rakyat.
Dulu, pelajar khususnya anak-anak Melayu digambarkan tidak pandai bahasa Inggersi sampai susah nak dapat kerja walaupun selepas keluar Universiti.
Logiknya, patut diperkasakan kaedah pengajaran subjek Inggeris di sekolah. Tetapi, diperkenalkan pengajian subjek Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sampai melingkup anak-anak Melayu sebab bahasa dan bukan sebab ilmu itu sendiri.
Selepas itu, timbul pula cadangan untuk menghantar guru Bahasa Inggeris ke luar negara selepas banyak pihak percaya PPSMI melingkup sistem pendidikan kebangsaan.
PPSMI adalah projek duit. Hantar guru pergi luar negara pun projek duit. Kroni Umno yang dapat projek ini paling untung atas masalah ini.
Dalam kes MH370 pun, akan ada kroni dapat untung atas projek duit.
Panas!! Pihak yang mengaut keuntungan dari kehilangan M…

Mamak KiMMA Umno paling untung jika projek tipu Melayu ini berjaya...

MANUSiA yang waras mesti mempunyai sesuatu sebab untuk bercakap.
Jika dia bercakap tanpa sebab, ertinya ia gila.
Maka, saya pun percaya bahawa tentu bersebab di sebalik pendapat bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar)Mualaf sepatutnya nikmati hak istimewa orang Melayu.
Sama ada itu maksud dirinya atau tidak, kenyataan sebegitu menggamit Melayu untuk bangkit bersatu demi mempertahankan sesuatu yang kononnya hak istimewa mereka.
Gambarannya, mereka akan dipujuk untuk menyokong Umno semasa seluruh rakyat Malaysia percaya MH370 Simbol Dunia percaya pemimpin Umno penipu!
MH370 ini bukan kerja buat dua suspek penumpang haram ini saja?
Jika Umno jujur dengan rakyat tanpa berbilang kaum, pemimpinnya lebih wajar bercakap hal ini.
Kerana tak jujurlah, Hakim ini terpaksa bercakap.
Jika Umno bercakap, mungkin akar umbi parti asabiah itu sendiri akan meninggalkan parti purba itu.
MCA sudah lama bercakap hal ini. Tahun lepas pun, desakan memansuhkan diskriminasi kaum diangk…