01 April 2014

[Video Promo] PSM gembling rakyat bantah GST 1 Mei di Dataran Merdeka

SEBAGAI PEMAKLUMAN, PSM BERSAMA 89 PERTUBUHAN LAIN MENGGEMBLING UPAYA RAKYAT UNTUK MENENTANG UMNO BN YANG MAHU MELAKSANAKAN GST DAN JADI BONEKA AMERIKA SYARIKAT.

Mangsa kebakaran terima sumbangan RM1,500

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAU - Rumah papan setentang dengan Balai Polis Pulau Betong milik Marzuki Md. Lazim, 55, yang hangus dijilat api menjelang tengah malam tadi menerima RM1,500 sumbangan peribadi daripada Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (gambar).

Salah seorang anak mangsa memberitahu, sumbangan itu disalurkan kepada akaun bank ayahnya tengah hari tadi, selepas tersiarnya berita insiden itu di facebook Buletin Mutiara pada awal pagi tadi.

"Walaupun hampir semua barang berharga musnah dalam kebakaran malam tadi, saya bersyukur sebab keluarga kami dibantu," ujar anak Marzuki menerusi telefon.

Terdahulu, rumah abang kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap AJK Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim dilaporkan hangus terbakar dan menerima rakaman ucapan takziah daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon.

Pihak Bomba pada masa kejadian memebitahu pasukan Penyiastaan Kebakarannya masih mencari punca kebakaran rumah papan tersebut.

Hubungi Marzuki Md. Lazim di talian 012-5573331 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157157013319.

P.Pinang ulangi hasrat tubuh polis bantuan MPPP - Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pulau Pinang sekali lagi memohon daripada Putrjaya untuk menubuhkan polis bantuan di bawah Majlis Perbadanaran Pulau Pinang (MPPP) di negeri ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng (gambar) dalam surat kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, langkah itu perlu memandangkan memandangkan sempadan pentadbiran MPPP yang baru telahpun diperluaskan sehingga 30,253.98 hektar.

Selain itu, menurut Guan Eng, langkah penguatkuasaan pelbagai jenis perundangan di situ sangat diperlukan oleh MPSP memandangkan status George Town sejak 7 Julai 2008 digezet sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Tambah beliau, penguatkuasaan trafik serta kemunculan atenden tempat parkir haram secara berleluasa di kawasan pentadbiran MPPP sudah pasti memerlukan penubuhan polis bantuan di bawah pihak berkuasa tempatan itu.

"Unit polis bantuan ini amatlah diperlukan bagi kerja-kerja penguatkuasaan bagi menjamin keselamtan serta keharmonian penduduk negeri Pulau Pinang," ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan dalam suratnya bertarikh 26 Mac lepas.

Terdahulu, cadangan penubuhan polis bantuan MPPP ini pernah dimohon daripada Tan Sri Ismail Omar semasa masih menjadi Ketua Polis Negara, namun ditolak melalui satu surat balasan bertarikh 11 Mac 2011.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan komitmen Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk bekerjasama dengan Putrajaya demi meningkatkan kualiti ketenteraman awam di negeri ini.  

Rumah abang pimpinan P.Pinang hangus terbakar, TKM1 rakam takziah

PASUKAN Bomba kelihatan sedang membuat tinjauan lanjut kawasan-kawasan berbara di rumah mangsa, Marzuki Md Lazim selepas api memarak berjaya dipadamkan.
BEGINILAH rupanya bangkai rumah papan Marzuki Md Lazim selepas Bomba berjaya memadam api kebakaran.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BALIK PULAU - Rumah papan milik abang kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Penerangan merangkap AJK PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim yang setentang dengan Balai Polis Pulau Betong di sini hangus dijilat api dalam satu insiden berlaku kira-kira jam 11.40 malam tadi.

MARZUKI Md. Lazim (tengah) dilihat sibuk menghubungi sanak-saudara, manakala, adiknya, Zolkifly Md Lazim (kiri) pula sedang mendapatkan maklum balas daripada ketua pasukan Bomba & Penyelamat (kanan) di sini, tengah malam tadi

Mangsa, Marzuki Md.Lazim, 55, memberitahu, insiden itu berlaku semasa beliau dan ahli keluarga yang lain tiada di rumah.

"Saya pun dapat panggilan telefon bimbit daripada jiran agak lewat kerana di sini (perkhidmatan) telefon biasa telah lama rosak dan tidak dibaiki," ujar Marzuki kepada wartawan.

HASHIM Hassan.
Manakala, saksi kejadian, Hashim Hassan, 72, memberitahu bahawa beliau terdengar suatu bunyi letupan semasa asyik menonton siaran ulangan televisyen mengenai perbahasan di Dewan Rakyat.

"Saya terkejut dengan bunyi letupan itu. Apabila saya keluar, api sudah marak besar," respons beliau, sambil memberitahu bahawa sebahagian kecil struktur rumah jiran Marzuki turut musnah dijilat api.

Tambah Hashim, hampir 20 minit kemudian, Bomba yang dihubungi datang memadam api.

Wakil Bomba dalam kenyataan tidak rasminya memberitahu bahawa pasukan Penyiasatan Kebakaran masih mencari punca kebakaran itu, selepas berjaya memadam api dalam tempoh hampir 40 minit.

"Selepas selesai kerja memadam bara, kerja-kerja Penyisat(an) Kebakaran Bomba pula akan dilakukan," respons salah seorang anggota Bomba.

KELIHATAN dua anggota pasukan Penyiasatan Kebakaran Bomba sedang menganalisis dapatan kes untuk mencari punca kebakaran.

Pegawai Penyelaras Kawasan Dewan Undangan Negeri (PPK) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail cuba dihubungi kemudian, namun gagal.

Sumber setempat memberitahu, beliau dalam ibadah mengerjakan umrah di Makkah.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon pula semasa dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

"Takziah kepada keluarga mangsa...saya telahpun meminta pihak berwajib menguruskan bantuan segera serta sumbangan daripada Tabung Bencana T.Y.T untuk mengurangkan beban mangsa sekeluarga," ujar Mohd. Rashid semasa dihubungi kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Hubungi Marzuki Md. Lazim di talian 012-5573331 dan salurkan sumbangan ihsan anda ke akaun Maybank mangsa, 157157013319.

MANGSA, Marzuki Md Lazim dan salah seorang anggota pasukan Penyiasatan Kebakaran Bomba di sini, tengah malam tadi.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus