Skip to main content

Posts

Showing posts from April 4, 2014

“P. Ramlee sejuta jiwa, seribu watak”

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Kritikan sosial Allahyarham Tan Sri P. Ramlee melalui hasilan karya-karyanya yang dianggap terus hidup sampai sekarang mungkin salah satu punca jiwa seniman agung itu tidak mati dimamah zaman.
Timbalan Pengarah Lembaga Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man berkata demikian pada perasmian majlis Tan Sri P. Ramlee Dalam Kenangan dekat Perpustakaan Negeri di sini baru-baru ini.
“Nak mencari seorang seniman sejuta jiwa seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sangat sukar kerana wataknya walaupun dalam filem, seakan terus hidup dan mengkritik sosial masyarakat kita sehingga hari ini,” ujar Mohd. Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir.
Ahli Lembaga Pengarah PPAPP, Datuk Drs. Anuar Hamid turut berucapan pada majlis perasmian itu.
Hadir sama, Pengerusi Kelab Peminat P. Ramlee Pulau Pinang (KPPRPP) merangkap Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd. Yussof Latiff, Siri Neng Buah (budayawan…