21 April 2014

Bangsa majmuk lebih mudah terima Islam, respons PAS kepada ISMA

MOHD. Salleh Man menerima cenderamata daripada Y.H. Taufiq Yap, sambil disaksikan oleh ahli rombongan Hidayah Centre lain pada majlis kunjungan hormat di Ibu Pejabat MAINPP di sini, tengah hari tadi. 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEOGRE TOWN - Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man berkata, Islam sejak zaman kenabian Nabi Muhammad S.A.W dulu umumnnya lebih mudah diterapkan dalam kemajmukan kaum, seperti Madinah Al-Munawwarah berbanding di Makkah.

Respons itu sekaligus menolak pendapat politik Naib Presiden Ikatan Muslimim Malaysia (ISMA) Abdul Rahman Mat Dali yang menyebut Malaysia perlu kekal identiti Melayu-Islam, bukan berbilang kaum seperti dillaporkan di portal berita The Malaysian Insider.

"Islam lebih mudah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W di Yatrib (kemudiannya dikenali sebagai Madinah Al-Munawwarah) kerana masyarakatnya berbilang bangsa dan budaya, tidak seperti di Makkah yang hanya didominasi oleh bangsa Arab Jahiliah zalim," ujar Mohd. Salleh di Ibu Pejabat MAINPP di sini, tengah hari tadi.

Mohd. Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang berkata demikian, selepas menerima majlis kunjungan hormat rombongan NGO dakwah Hidayah Centre yang diketuai oleh Prof. Dr. Y.H. Taufiq Yap.

Mohd. Salleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir menjelaskan, nilai-nilai Islam seperti keadilan, cekap, akauntabel, amanah, anti rasuah, anti kronisme dan saling menghormati antara kaum telahpun diterapkan secara demokratik sejak Kerajaan Negeri diambil alih oleh Pakatan Rakyat, 8 Mac 2008.

"Perbezaan memang wujud, tetapi, semanga demokrasi dan nilai kemajmukan bangsa cukup memberi ruang untuk Islam diamalkan di negeri ini secara beransur-ansur dan berperingkat-peringkat," jelas Mohd. Salleh lagi.

Justeru, katanya, MAINPP secara umumnya bersetuju untuk saling bekerjasama dengan Hidayah Centre demi menjelaskan mengenai keindahan Islam yang sebenar kepada warga Pulau Pinang, khususnya kepada mereka yang belum Islam.  

Terdahulu, Abdul Rahman berkata, ISMA berpendapat bahawa Malaysia lebih baik kekal dengan identiti Melayu-Islam atas dalih Malaysia yang asalnya dikenali sebagai Tanah Melayu adalah wilayah besar yang sudah lebih 60 ribu tahun didiami masyarakat beridentiti kaum Melayu, serta sudah beratus tahun memeluk agama Islam.

"Sanggupkah anak bangsa Melayu bertahan menentang perjuangan mendiang Karpal Singh,DAP, MCA dan lain-lain yang bermati-matian berjuang untuk menukar identiti Malaysia kepada negara pelbagai kaun dan agama," dalih Abdul Rahman menerusi satu kenyataannya di The Malaysian Insider hari ini.

Perkembangan terbaru itu, membayangkan parti pemerintah dan pembangkang yang didominasi oleh Melayu-Islam masing-masing akan saling bersaing untuk menunjukkan 'siapa lebih Islam' demi menarik sokongan pengundi pada musim Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Karpal berjaya didik anak berprinsip sepertinya, kata ADUN PAS P.Pinang

MOHD. Salleh Man (kiri) mengiringi Tuan Haji Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri) dirakam hadir pada hari pertama majlis perhormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di kediamannya dekat Kebun Bungah pada Jumaat lepas.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Mendiang Karpal Singh berjaya mendidik anak-anaknya supaya berprinsip sepertinya, kata ADUN Permatang Pasir Datuk Mohd. Salleh Man sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tiger of Jelutong berkenaan.

"Dia (Karpal Singh) seorang pemimpin yang berpinsip dan berjaya mendidik anak-anak untuk berpegang dengan prinsip ketertinggian perlembagaan sepertinya.

"Dia pernah membela seorang wanita berpurdah yang dipecat dari SUK Perak pun sebab prinsipnya...jasanya terhadap Islam tetap ada walaupun dia melakukan jasa itu atas prinsipnya," ujar Mohd. Salleh yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang petang tadi kepada wartawan menerusi telefon.

Justeru, beliau mendoa kepada Allah semoga seluruh ahli keluarga Karpal Singh dalam kondisi selamat dan dekat dengan idea faham Islam yang cuba dikongsikan oleh parti masa depan itu.

Karpal Singh mendirikan rumah tangga dengan Gurmit Kaur pada 30 Julai 1970, dan dianugerahi lima cahaya mata, iaitu Jagdeep Singh Deo (ADUN Datuk Keramat merangkap Exco Kerajaan Negeri), Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Sangeet dan Mankarpal.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Shah Alam, Khalid Samad dalam satu sidang media berasingan melahirkan rasa kesal kerana mendiang Karpal digambarkan sebagai anti Islam, senada dengan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Manakala, Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakob pula berdoa kebaikan hidup ahli keluarga Karpal, semasa memberi penghormatan terakhir di rumah mendiang.

Perkembangan terbaru itu, sekaligus menyerlahkan sikap pemimpin PAS dalam menonjolkan kesederhanaan Islam meramahi komuniti bukan Islam di negeri ini.

Promosi tidak langsung polis mengenai demontrasi anti GST 1 Mei?

GEORGE TOWN - Perhimpunan sejuta rakyat pada Hari Buruh 1 Mei ini bagi menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) seakan turut menerima publisiti tidak langsung daripada Polis sendiri.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata apa yang cuba dilakukan oleh pihak tersebut adalah salah dan melanggar undang-undang kerana diadakan tanpa mendapat kebenaran dari pihak berkuasa tempatan.

"Saya malas hendak komen terlalu banyak mengenai perkara ini tetapi jika kita lihat balik pada tahun 2012 ketika ada pihak yang menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran ini sudah tentulah salah," katanya ketika dihubungi Astro Awani.

'Harimau Jelutong' pergi meninggalkan belang, nama

KELIHATAN kaum wartawan dan hadirin berpusu-pusu sesak menyaksikan keranda Karpal Singh diarak keluar dari Dewan Sri Pinang, George Town, semalam.

JALAN Farquhar dekat Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menuju Ke St. Xevier's Institution dibanjiri oleh hadirin, sebagai simbol penghormatan terakhir kepada Tiger of Jelutong Karpal Singh, semalam.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Majlis Penghormatan Terakhir Kerajaan Negeri kepada 'Tiger of Jelutong' Karpal Singh di Dewan Sri Pinang, Geogge Town mulai dibanjiri oleh hadirin seawal jam 7.30 pagi dan dianggarkan meningkat ke angka 10,000 orang semasa perarakan menuju ke tapak persemadian Batu Gantung di sini menjelang tengah hari.

Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia), Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah), Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS Pusat) antara pemimpin negara yang hadir merakamkan takziah kepada keluarga mendiang.

Itu, tidak termasuk kehadiran tidak putus-putus orang kenamaan daripada pihak pembangkang dan Putrajaya yang hadir di rumah mendiang dekat Kebun Bungah sepanjang tiga hari, sejak pagi hari kejadian Jumaat lepas.

Tinjauan mendapati, perarakan keluar mendiang Karpal Singh dari Dewan Sri Pinang sedikit kelam kabut dan terlewat menjelang ke tengah hari, gara-gara orang awam terus berpusu-pusu masuk ke majlis bermakna itu.

Kemudian, ribuan hadirin mengiringi perarakan kenderaan mayat Karpal Singh di beberapa lokasi yang signifikan dengan peribadi ahli politik berpengaruh itu, seperti sekolah lamanya, St. Xavier Institution, pejabatnya di Jalan Gree Hall, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dekat Jalan Farquhar, sebelum dibakar di Jalan Batu Gantung.

Beberapa insiden tegang berlaku, termasuk di Jalan Batu Gantung sehinggakan salah seorang anak kepada Karpal meminta wartawan dan hadirin memberi lebih privasi kepada keluarga terdekat untuk upacara membakar mendiang di sini.

"Si Harimau Jelutong ini bukan lagi meninggalkan belang atau nama, sebab itu sesak sampai sekarang," celah seorang wartawan.


Karpal Singh, 74, dilahirkan di Geortown pada tanggal 28 Jun 1940, dan maut bersama pembantunya, Michael Cornelius Selvam Vellu, 39, maut dalam nahas jalan raya di kilometer 301.6 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke Utara berhampiran Gua Tempurung kira-kira detik 1.30 pagi Khamis, 17 April lalu.

Selepas melanjutkan pelajaran di Sekolat St Vavier, beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya (UM) Singapura sehingga tahun 1969.

Mendiang sempat menyertai firma Raja Ridzuan & Co. di Alor Setar Kedah pada tahun 1970, sebelum menubuhkan sendiri firma Karpal Singh & Co. pada pada tahun berikutnya.

Karpal Singh mendirikan rumah tangga dengan Gurmit Kaur pada 30 Julai 1970, dan dianugerahi lima cahaya mata, iaitu Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, Sangeet dan Mankarpal.

Perjalanan politik Karpal bermula pada tahun 1970 apabila menyertai Parti Tindkaan Demokratik (DAP).

Pertama kali Karpal bertanding pilihan raya umum pada tahun 1974, dan dipilih memenangi kerusi bandar Alor Setar.

Pada tahun 1978, beliau bertanding di kerusi Parlimen Jelutong serta Dewan Undangan Negeri Bukit Gelugor, dan berjaya memenangai kedua-dua kerusi tersebut.

Kelantangannya di mahkamah dan arena politik tanah air mengakibatkan Karpal pernah diheret ke tahanan tanpa bicara Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987.

Tidak lama selepas dibebaskan, Karpal ditahan semula di bawah akta sama pada tahun 1989.

Dalam Pilihan Raya Umum 1990, Karpal berjaya mengekalkan mandat di Parlimen Jelutong, tetapi, gagal merebut kerusi DUN Padang Kota.

Karpal disebut-sebut sebagai 'Tiger of Jelutong' kerana kewibawaannya sebagai pemimpin berpinsip dengan ketertinggian perlembagaan, walaupun terpaksa ke penjara akibat permainan politik pemerintah.

Karpal, kemudiannya bertanding di Parlimen Bukit Gelugor pada tahun 2004, iaitu kerusi yang baru diwujudkan dan menang.

Karpal turut berjaya mengekalkan kemenangan di kerusi sama, pada Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013.


Sepanjang hidup bergelar pengamal undang-undang, Karpal dikenali sebagai sebagai pemimpin berprinsip apabila berani membela seorang wanita Islam yang dipecat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak pada awal tahun 1990-an hanya kerana mangsa memakai purdah.

"Beliau (Karpal) bercakap berdasarkan pada apa yang beliau faham pada perlembagaan. Sebab itu pun, beliau membela hak wanita Islam berpurdah dari dipecat oleh SUK Perak," ujar Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kepada wartawan semasa memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediaman mendiang baru-baru ini.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang baru dipilih sebagai ADUN kajang pula memberitahu, Karpal tidak pernah mengambil upah guaman walau sesen sekalipun, sepanjang membela suaminya, Anwar di Mahkamah dalam kes Fitnah Liwat Pertama (bermula tahun 1998) dan Fitnah Liwat Kedua (bermula tahun 2010).

"Saya paling rasa terkilan apabila mendapat tahu yang fail mengenai kes Anwar pun berada dalam kereta yang terlibat dengan kemalangan kerana Karpal mahu mahu meneliti kes itu," ucap Dr. wan Azizah dalam nada sebak pada satu sidang media berasingan di rumah mendiang Karpal.

Karpal bagaikan tahu ajalnya kunjung tiba, apabila melepas semua jawatan parti ekoran Mahkamah Tinggi menetapkan beliau bersalah di bawah Akta Hasutan, didenda RM4,000 serta akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen sebelum nahas berlaku pada awal pagi 17 April lepas.

Berehatlah Karpal di sana supaya perjuangan menegakkan keadilan hak diambil alih oleh puluhan ribu rakyat, yang mahu masa depan Malaysia lebih baik kelak.



Jawapan pada status hukum Anwar Ibrahim, Mat Sabu tunduk kepada mendiang Karpal Singh yang digambarkan terpesong akidah oleh macai Umno di Facebook

Selain tunduk hormat kepada Karpal Singh, Anwar Ibrahim & Mohamad Sabu turut memberi jambangan bunga pada Majlis Penghormatan Terkahir Kerajaan Negeri kepada Tiger of Jelutong  di Dewan Sri Pinang, George Town pada pagi semalam.  

TUNDUK Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Haji Mohamad Sabu memberi penghormatan terakhir kepada mendiang 'Tiger of Jelutong' Karpal Singh digambarkan sebagai bertentangan dengan akidah Islamiah.

Avatar pro pembangkang Pulau Pinang menggambarkan ia bertentangan dengan akidah Islamiah berdasarkan nas al-Quran yang menyebut:

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang yang beriman meminta ampun bagi orang musyrik, walaupun orang musyrik itu adalah kaum kerabat sendiri..." 
[Surah at-Taubah: 113]

Tunduk memberi penghormatan adalah nyata tidak sama dengan berdoa keampunan kepada si mati yang bukan beragama Islam, sebagaimana dilarang dalam nas syarak di atas.

Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad meriwayatkan, Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: Tidakkah ia satu jiwa?
[Riwayat Bukhari: No.1,250, & Muslim: 961]

Berdasarkan nas di atas, ulamak berpendapat bahawa hukum menghormati jenazah, baik Islam atau bukan Islam adalah harus.

Selain itu, berdoa untuk kehidupan mereka yang belum Islam pun sebenarnya adalah salah satu sunnah Rasulullah S.A.W.

Jika Nabi s.a.w pernah berdoa:

“Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau ‘Umar bin Al-Khattab”.
[Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi]

Maka, tidak hairanlah jika Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob dalam kenyataannya kepada wartawan, turut berdoa untuk keselamatan ahli keluarga mendiang Karpal Singh yang masih hidup.

Islam adalah agama yang adil. Sebab itu, Islam menuntut penganutnya melakukan kebaikan semasa manusia, termasuk kepada mereka yang belum Islam lagi.

“Allah tidak melarang kamu berbuat baik dan memberikan sumbangan harta kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
[Surah al-Mumtahanah ayat 7-8]


NOTA KECIL
George Town

Jelajah Tabung Angsa Bertelur Emas ke Caw. PAS Kebun Sireh malam ini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Jelajah Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang dalam menjelaskan projek Tabung Angsa Bertelur Emas seterusnya di Cawangan Kebun Sireh pada 9.15 malam ini.

Pengerusi Lajnah, Zolkifly Md. Lazim turut akan membentangkan idea mengayakan manfaat RM1 juta yang diinfaqkan oleh 1,000 ahli PAS Pulau Pinang demi masa depan parti,  di kediaman bekas Pengerusi Tetap PAS Kawasan Batu Kawan, Mohd. Kamal Abdullah dekat Kg. Gambir di sini.

Peguam kontroversi Dr. Ahmad Jailani Abdul Ghani yang baru dilantik sebagai penasihat tabung amanah tersebut turut dijangka hadir ke majlis malam ini.

Terdahulu, Zolkifly melancarkan kempen sertai Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas peringkat Cawangan Sungai Tiram, selain pertemuan korporat dengan pemimpin utama syarikat insurans AIG Malaysia.

Projek Tabung Amanah Angsa Bertelur Emas diangkat sebagai projek PAS peringkat negeri, dan dilancarkan oleh parti di Komtar, George Town dengan kerjasama Ahli Mesyuarat Kerajaan (MKK) Penerangan Negeri.

Abadikan nama Karpal di mana-mana perpustakaan negeri, cadang PAS P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

BUKIT TENGAH - Nama Karpal Singh lebih wajar diabadikan pada mana-mana perpustakaan di negeri ini, sesuai dengan kewibawaan Tiger of Jelutong itu dalam meninggikan maksud perlembagaan negara.

Anggota Dewan Perhubungan PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim (gambar: duduk, paling kiri) mencadangkan demikian semasa menyertai rombongan pemimpin partinya ke majlis penghormatan terakhir kepada Karpal di kediaman mendiang dekat Kebun Bungah, kelmarin.

Cadangan itu sebagai respons pada kenyataan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng bahawa Kerajaan Negeri bercadang mengubah nama satu pesiaran di negeri ini sempena memperingati jasa Karpal, yang juga peguam terkenal berkenaan.

"Perpustakaan peribadi antara tinggalan berharga yang diburu apabila seorang negarawan meninggal dunia.

"Sebab itu, saya cadang nama Karpal diabadikan pada mana-mana perpustakaan supaya koleksi bacaan pemimpin hebat itu yang mungkin masih dalam simpanan keluarga mendiang boleh dinikmati oleh orang ramai nanti," ujar Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang kepada Guan Eng, dipetik wartawan.

Rombongan PAS disertai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Hanipa Maidin (Ahli Parlimen Sepang).

Mereka disantuni oleh Guan Eng dan Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah merangkap Penasihat DAP Kebanggaan).

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid melahirkan rasa kesal kerana Karpal digambarkan sebagai ahli politik anti Islam.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus