Skip to main content

Posts

Showing posts from April 28, 2014

Status hukum lelaki main bola sepak pakai seluar pendek

FIQH iBADAH

SOALAN: Hampir semua pemain yang menyertai pasukan bola sepak NGOGo Greendi bawah Tuan Haji Zolkifly Md. Lazim (AJK PAS Pulau Pinang)memakai seluar pendek, walhal aurat lelaki yang wajib ditutup adalah antara atas pusat dan bawah lutut. Komen.
JAWAPAN: Bahasa: asal perkataanaurah, bermaksud keaiban.
Istilah: bahagian tubuh badan yang wajib ditutupi atau dilindungi daripada pandangan orang lain.
Dalil “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahaiahlul bait, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).” 
[Surah Al-Ahzab: 33]
Penjelasan: Ayat di atas menjelaskan hukum menutup aurat adalah wajib, sebagaimana wajibnya pe…

MPPP perluas kempen kitar semula F&N ke prasekolah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Majlis Perbadaran Pulau Pinang (MPPP) berharap lebih 45 prasekolah akan menyertai kempen kitar semula anjuran F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. (F&N), dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada tahun ini.
Yang di-Pertua MPPP, Datuk Ar. Patahiyah Ismail berkata, kempen saingan selama tiga bulan yang bermula dari 16 Mei hingga 15 Ogos depan itu diperluaskan ke peringkat prasekolah kerana pertandingan tahunan tersebut didapati menerima sambutan menggalakkan sejak diperkenalkan pada tiga tahun lepas.
“Dengan kempen yang diperluaskan ke peringkat prasekolah, saya berharap lebih ramai pelajar menyertai program kitar semula pada kali ini,” ucap Patahiyyah pada pelancaran majlis tersebut, sambil melahirkan rasa bangga dengan kerjasama yang erat antara MPPP dan F&N serta JPN.
Pengurus Korporat F&N, Cariessa Goh dan Cikgu Azizan Ismail (wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang) turut berucap pada majlis yang disertai lebih hampir…

RM15 juta harap Bukit Bendera destinasi No.1

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
AIR ITAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng melalui Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) mengumumkan peruntukan RM15 juta lagi untuk projek menaik taraf Bukit Bendera pada tahun ini demi memastikan kawasan peranginan itu menjadi destinasi pelancongan tanah tinggi pilihan utama negara.
“Menjelang tahun 2015, kita harap projek ini siap sepenuhnya.
“Kita, Pulau Pinang boleh menjadi (destinasi pelancongan tanah tinggi) nombor satu di negara ini,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih pada Majlis Ulang Tahun Ke-3 Blue Coach Bukit Bendera di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar PBBPP, Dr. Lawrence Khoo, Zairil Khir Johari (Ahli Parlimen Bukit Bendera), Wong Hon Wai (ADUN Air Itam merangkap Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri) dan Cheah Kah Peng (ADUN Kebun Bungah) turut hadir pada majlis itu.
Menurut Guan Eng, keretapi berkembar yang diberi nama ‘Pinang’ dan ‘Mutiara’ itu kembali mula beroperasi sepenuhnya pada 24 April 2011…