15 May 2014

Lancar bancian penduduk guna apps telefon sebelum buat belanjawan MPSP, mendekati idea Referandum Rakyat di P.Pinang?

ULASAN BJ FAQAR:
Apa yang Pulau Pinang buat ini dipanggil Long Range Planning, iaitu melaksanakan satu perancangan untuk melengkapkan satu perancangan yang lain.
Dulu, Tun Dr. Mahathir Mohammad paling power cara pengurusan sebegini dalam memetakan politik Malaysia. Anwar Ibrahim banyak belajar bab power ini daripada Tun.
Saya semakin terkejut sekiranya apps "Apa Rakyat Mahu" adalah perintis Long Range Planning untuk mewujudkan Referandum Rakyat demi merealisasikan pelaksanaan semula pilihan raya kecil Kerajaan Tempatan nanti. Penang hebat!
Setuju? 


‘Apa Rakyat Mahu’ aplikasi kaji selidik MPSP, bukan referandum – TKM II

TEKAPAN skrin aplikasi pintar Apa Rakyat Mahu atau "Projek ARM" yang dimuat naik melalui komputer.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA – Semua 800,000 warga Seberang Perai boleh menyumbang pendapat ke arah penyediaan Bajet Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) 2015 dalam tempoh sebulan dari sekarang, dengan hanya memuat turun aplikasi Projek ARM atau 'Apa Rakyat Mahu' menerusi telefon pintar masing-masing.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Prof. P. Ramasamy dalam ucapan perasmiannya memberitahu bahawa projek perintis soal selidik itu untuk mempergiat proses demokrasi tempatan, selain, mengalakkan penyertaan warga Seberang Perai dalam membuat keputusan belanjawan bersama-sama MPSP.

Takkan MCA arah The Star fitnah Ramkarpal?

Padam lampu 4.00 pagi palsu, integriti The Star dipersoal

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KERATAN akhbar The Star bertarikh 15 Mei 2014.

SRI DELIMA – Integriti kewartawanan The Star dipersoal gara-gara memyiarkan kenyataan tidak sahih seorang penduduk yang mendakwa lampu jalan sekitar Taman Island Glades di sini kononnya dipadam seawal jam 4.00 pagi, hingga mendedahkan penduduk setempat pada risiko jenayah.

OOI Poey Lam
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Island Glades, Ooi Poey Lam menegaskan, akhbar arus perdana itu sepatutnya mendapatkan maklum balas sebenar berhubung perkara tersebut daripada pihak berwajib, sebelum menyiarkan berita palsu itu.

“Jika saya sebagai wartawan, saya akan mendapatkan respons susulan dan menyiasat isu tersebut, sebelum disiarkan.

“Tetapi, The Star telah menulis berita ini, yang kesemuanya nyata adalah palsu,” ujar Poey Lam, sambil mempersoal ketidakhadiran wartawan The Star pada sidang medianya di sini.

Malah, Poey Lam di depan wartawan yang hadir turut menghubungi The Star, tetapi, meja pengarang negeri sekadar memberi respons “kami sedang sibuk”.

Justeru, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa laporan palsu itu demi mencemarkan nama baik calon pilihan mereka, Ramkarpal Singh yang sedang sibuk merayu sokongan pengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Poey Lam menjelaskan, lampu jalan di sini dipadamkan oleh pihak berwajib selewat jam 7.00 pagi, iaitu semasa hari kian mencerah.

Manakala, lampu limpah dekat gelanggang bola keranjang di sini pula dinyalakan secara automatik tiap-tiap hari pada detik 6.45 pagi hingga 7.30 pagi menggunakan alat tetapan masa, demi keperluan riadah penduduk setempat.

“Jika alat tetapan masa ini tidak berfungsi, lampu limpah di gelanggang bola keranjang akan menyala sepanjang hari, bukan terpadam hingga menggelitakan kawasan di sini,” jelas beliau lagi.

Terdahulu, akhbar The Star bertarikh 15 Mei menyiarkan berita jelajah kempen Ramkarpal menerima luahan rasa tidak puas hati daripada seorang wanita berusia 65 tahun berhubung itu tersebut.

Menurut laporan itu, wanita berkenaan mengadu bahawa penduduk setempat berjoging seakan dalam gelita disebabkan kekurangan cahaya lampu jalan pada awal pagi tiap-tiap hari, sekaligus mendedahkan mereka pada risiko jenayah.

Responden yang enggan identitinya diketahui umum turut dilaporkan mengaku pihaknya telahpun membuat aduan sebanyak dua kali, tetapi, pihak berwajib berdalih bahawa langkah memadamkan lampu jalan seawal jam 4.00 pagi itu demi menjimatkan tenaga elektrik.

Poey Lam dan JKKK mendakwa semua laporan The Star itu adalah palsu, mungkin untuk mencemarkan nama baik Ramkarpal, iaitu anak bekas Ahli Parlimen Bukit Gelugor, mendiang Karpal Singh.

Dalam kenangan.

Susah tepati masa kelemahan Fadhil Noor, tapi...


FADHIL Mohd. Noor saling bersalaman dengan Dr. Mahathir Mohamad selepas debat bersejarah mengenai isu masa depan Palestin dekat Dewan DBP, Kuala Lumpur.

OLEH kerana punctuality dianggap kriteria penting untuk menjadi seorang pemimpin hebat, masalah tak menjaga masa dianggap satu kelemahan yang jelas ada pada peribadi Datuk Fadhil Mohd. Noor.

Fadhil Noor berjalan lambat. Fadhil Noor lambat respons isu dan sukar nak memberi justifikasi halal atau haram bagi satu-satu cabaran yang timbul dalam parti.

Fadhil Noor turut dilihat banyak masa dihabiskan atas jalan atas sebab musafir, singgah minum dan makan, serta bertemu orang penting tertentu secara eksklusif di sepanjang kehidupannya sebagai ahli politik dakwah; hingga seringkali tampil lewat di pentas-pentas ceramah politik.

Pun begitu, Fadhil Noor dianggap licik dalam berfikir. Apabila bertindak, Fadhil Noor seringkali dilihat susah 'patah balik' (baca: cakap tak serupa bikin).

Pemikiran licik dan pendirian konsisten yang menjadi antara kriteria Fadhil Noor mengakibatkan kelemahan pemimpin itu dalam hal ketepatan masa jarang dipersoal khalayak.

Satu lagi kriteria hebat yang ada pada peribadi Fadhil Noor adalah bijak mengambil kesempatan atas krisis yang berlaku dalam landskap politik negara.

PAS akan dilihat paling untung apabila Fadhil Noor mengambil sikap campurtangan dalam satu-satu krisis yang berlaku.

Semasa krisis dalam Umno meledak pada hujung tahun 1980an, ada wartawan bertanya, "Antara Ku Li (Tengku Razaleigh Hamzah) dan (Tun) Dr. Mahathir Mohamad, Ustaz rasa yang mana lebih baik?"

"Saya sokong Datuk Yusof Rawa (Yang di-Pertua Agung PAS) sebab beliau lebih baik," ujar Fadhil Noor semasa masih menjadi orang nombor dua.

Semua wartawan berkenaan jadi buntu dengan isyarat mantik itu, yang sebenarnya hanya difahami oleh komander-komander Fadhil Noor.

'Che Nordin Kelantan', Muhammad Hussin, Taib Ahmad, (Datuk) Taqiyuddin Hassan, (Datuk Dr.) Ahmad Fuad Zarkashi, (Datuk) Husam Musa, Dr. Hatta Mohd. Ramli merupakan antara komander-komander yang pergi berunding di Kelantan atas isyarat mantik Fadhil Noor itu.

Dr. Dzulkifly Ahmad dan Datuk Kamaruddin Jaafar merupakan antara 'komando' terkemudian yang menyertai tim Fadhil Noor.

Hebat Fadhil Noor berunding ini sampai tertubuhnya Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Kerajaan Umno BN Kelantan tumbang, tetapi, Mahathir gagal "membeli balik" jiwa Ku Li semasa itu.

Akhirnya, PAS dilihat paling untung kerana berjaya mendominasi politik Kelantan semasa krisis itu sedang meledak.

Semasa krisis serupa berlaku antara Dr Mahathir dengan bekas timbalan perdana menterinya pada hujung tahun 1990an pun, fikiran dan tindakan licik Fadhil Noor mengakibatkan Umno sekali lagi gagal "membeli balik" jiwa Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Implisitnya, PAS sekali lagi dilihat paling untung kerana berjaya dominasi politik oposisi Malaysia semasa krisis itu sedang meledak.

Kelicikan Fadhil Noor begitu menghimpit Dr Mahathir, hatta bekas perdana menteri itu terpaksa duduk sepentas untuk membuktikan dirinya lebih hebat berbanding bekas Presiden PAS berkenaan.

Walaupun Dr Mahathir begitu hebat berdebat dalam iaitu Palestin di Dewan DBP, ucapannya dikatakan tenggelam oleh mantik Fadhil Noor semasa itu.
"Fadhil Noor memang lambat berjalan (baca: susah nak tepati masa), tapi, licik dalam pemikiran dan tindakan. 
"Silap-silap PAS boleh tubuh Kerajaan di Terengganu sekarang dalam keadaan Umno gagal 'membeli balik' kem Datuk Ahmad Said (bekas Menteri Besar), jika pemimpin licik yang lambat berjalan semacam arwah Fadhil Noor dan komando-komandonya campur tangan dalam krisis Umno di negeri itu," kata Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Politik nilai Fadhil Noor...

FADHIL NOOR, ANWAR IBRAHIM 'DUA TUBUH SATU JIWA'


Hari Anwar Ibrahim ditangkap, Datuk Fadhil Mohd. Noor sendiri dinasihat supaya tidak pulang ke Alor Setar dengan kapal terbang kerana takut ditangkap juga.

Lebih 20 kereta menyamar membawa Fadhil Noor, tetapi, bekas Presiden PAS itu menaiki volvo seorang pemimpin PAS Selangor.

Jamaluddin Abdul Rahman, Abg. Lan Jan dan Jamaluddin Elias yang bawa pulang Fadhil Noor.

"Ana (saya) ada berjanji nak cukur kepala budak di Bukit Raya. Mukmin pegang pada janji, tak kira dalam politik atau berkawan," kata Fadhil kepada Jamaluddin, yang lebih mesra dipanggil 'Abang Din'.

Fadhil Noor setuju singgah di R&R Sungai Perak untuk membasah tekak, selepas mereka bertiga memujuk.

"Tak kenyang-kenyangkah makan asap?" tanya Fadhil.

Mereka bertiga pun senyum. Mereka tahu "lagi teruk kena lanyak kalau menjawab" dengan mantik Fadhil Noor.

Sahabat-sahabat terdekat semua akui mantik Fadhil Noor hebat.

Kalau nak berkawan dengan Fadhil Noor, mesti berani melawan cakap atau 'tahan' mantik bekas Presiden PAS itu.

Seperkara lagi, susah nak dengar Fadhil Noor bercakap 'haram halal', sebab itu beliau tanya, "Tak kenyang-kenyangkah makan asap?"

Mantik Fadhil Noor mendekati Politik Nilai, bukan Politik Hukum.

Setuju?


ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus