Skip to main content

Posts

Showing posts from May 16, 2014

Berkawan semua jenis manusia itu karektor Fadhil Noor

SELEPAS kuat dikritik dalam suatu muktamar PAS, arwah Datuk Fadhil Mohd. Noor atas kedudukannya sebagai Presiden PAS bertanya, "mana Mat Sabu? Mana Mahfuz? Panggil mereka naik pentas, duduk menyebelah saya."
Dalam ucapan penggulungan, Fadhil berkata, "anak kalau duduk di seberang jalan, jerkah panggil. Kalau dah duduk dalam (pelukan) lengan, bodoh bapa itu kalau jerkah lagi anaknya."

Ini, karektor Fadhil. Beliau tak peduli mengenai karektor pemimpin masa depan parti, walaupun berdiri atas pendapat yang berbeza dengannya.

Beliau akan mengurus karektor yang berbeza ini dengan meletakkan destini yang jelas untuk akar umbi parti mengejarnya.

Begitulah yang terjadi kepada Mat Sabu dan Mahfuz. Apabila dipanggil duduk bersebelah dengan Fadhil, rupa-rupanya kedua-dua pemimpin masa depan berkenaan akhirnya seakan lebih banyak dikritik oleh Fadhil sendiri, bak ayah menasihat anak pula.

Mengulas mengenai perhimpunan anti-GST yang diraikan serentak dengan Hari Buruh 1 Mei di …

1Mei: Seronok menengok Mat Sabu, Saifuddin...

ABANG MAT & SAIF...
Semasa langit memendung, Tuan Haji Mohamad Sabu untuk kali yang kedua tampil di pentas utama, lalu, meminta semua peserta Himpunan Aman Sambut Hari Pekerja 1 Mei & Bantah GST supaya terus kekal di Dataran Merdeka walaupun ditimpa hujan nanti.

"Saya minta semua tunggu kerana ini mungkin ucapan terakhir (Datuk Seri) Anwar Ibrahim walaupun kita harap dia tidak ke penjara.

"Air hujan, mainan kita. Jadi, kita akan tunggu walau dalam hujan untuk dengar amanat akhir Anwar Ibrahim," ucap Timbalan Presiden PAS itu.

Ucapannya itu disambut oleh rakyat.

Padanlah Saifuddin Nasution dalam ucapannya melahirkan rasa yakin dengan keupayaan 'Mat Sabu' yang diberikannya sebagai 'Imam Jalan raya' untuk memimpin demontrasi aman seumpama itu nanti, jika apa-apa berlaku kepada Anwar.

Ada seorang adik mahasiswa memberitahu saya, Mat Sabu dan Saifuddin bagaikan 'dua tubuh satu jiwa'.

Saya kata, "itu macam jolokan di Indonesia..."


ZA…

Surcaj, Tarif Air berbeza...

DALAM isu air, surcaj adalah berbeza dengan maksud tarif.

Surcaj bermaksud kadar tambahan yang mesti dibayar oleh seseorang pengguna sebagai bayaran tambahan daripada tarif asal yang ditetapkan.

Bermula pada 1 November 2013, Surcaj Pemuliharaan Air (WCS) telah dinaikkan kepada RM0.45 bagi setiap 1,000 liter padu air bagi penggunaan domestik yang melebihi 35,000 liter sebulan.

Memetik sumber Malaysia Water Industri Guide 2013, WSC hanya melibatkan 28 peratus pengguna yang menggunakan 54 peratus penggunaan air kategori domestik bagi tahun 2012.

Ertinya, langkah penjimatan dengan penggunaan air domestik yang tidak melebihi 35,000 liter sebulan boleh terus meningmati tarif air terendah di Malaysia yang sedia ada, iaitu 31 sen.

WSC hanya akan ditanggung oleh pihak yang menggunakan air domestik secara berlebihan dan pembaziran sahaja.

Tarif air domestik boleh terus kekal terendah berbanding negeri-negeri lain kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBA) memberi subsidi air kepada rakya…

Boleh atau tidak Referandum Berperlembagaan dilangsungkan di Kelantan?

REFERANDUM di Switzerland pada tahun 2009 mendapati 57.5 peratus menyokong larangan membina menara masjid baru di negara Eropah itu.

Apabila hasil pungutan suara itu membawa pada pindaan perlembagaan, adakah minoriti umat Islam Switzerland yang dianggarkan lebih kurang lima peratus harus mematuhi kehendak majoriti di negara tersebut?

Selepas itu, umat Islam dari bandar Langenthal bercadang mencabar di Mahkamah Agung Persekutuan Switzerland, seterusnya di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah.

Peguam muda, Syahredzan Johan pernah menulis hak ini di akhbar Sinar Harian.

Bagi mereka, hak asasi manusia dijamin ke atas tiap-tiap manusia, tidak kira negara, bangsa, agama, kelas, jantina dan sebagainya.

Sebab itu, hak asasi manusia melangkaui undang-undang tempatan dan negara.

Dalam perlembagaan Switzerland ada disebut ruang hak asasi manusia ini, dalam perlembagaan Malaysia pun begitu.

Ini, demi memastikan kehendak majoriti tidak membuli hak minoriti di seluruh negara moden demokratik, walaupu…

Untung rugi 'Referandum Berperlembagaan'...

PAS tetap mengasak bahawa perlembagaan meruangkan pelaksanaan 'Shariah Kelantan',walaupun DAP berpendirian bahawa impian parti Islamis itu tidak pernah menjadi konsesus Pakatan Rakyat, yang turut disertai PKR.

Saya mencadangkan Referandum Berperlembagaan dibuat, kerana proses itu lebih demokratik dan Islamis (mendekati maksud ijmak) berbanding konsesus trio oposisi yang sedia ada.

Apapun keputusan referandum 'Shariah Kelantan', ia patut diangkat sebagai konsesus yang baru bagi Pakatan Rakyat, kerana ruang keperlembagaan memang boleh sampai ke arah itu.

PAS Untungm DAP Rugi?
Ada telahan menyebut, DAP akan rugi jika referandum ini dilangsungkan di Kelantan kerana majoriti pengundi di negeri berkenaan telah sedia menyokong PAS.

Apabila Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional di Pulau Pinang sendiri dituntut untuk menyatakan pendirian berhubung 'Shariah Kelantan', untung rugi politik sekali lagi menjadi perhitungan kedua-dua belah pihak.

"Ketua menteri Pulau Pinang (Li…

Fadhil Noor panggil Presiden Amerika 'Amirul Mukminin'?

Cadangan menukar nama 'Yang di-Pertua Agung' kepada panggilan Presiden suatu masa dulu sampai perlu mengadakan satu Muktamar Khas (EGM) dalam parti masa depan itu.

Banyak pihak, khususnya daripada sayap pemuda mengkritik tajam atas cadangan Presiden PAS Datuk Fadhil Mohd. Noor.

Fadhil digambarkan cuba menyerupai Umno kerana parti asabiah tersebut memanggil pemimpin nombor satunya sebagai 'Presiden'.

Itu, menurut mereka, menyalahi syarak kerana ada nas melarangannya.

"Sesiapa menyerupai satu-satu kaum, maka dia daripada kalangan mereka..." (mafhum hadith)

Masa sesi penggulungan, Fadhil Noor respons, "Kalau Presiden Amerika dipanggil sebagai Amirul Mukminin sekalipun nanti, kalau dia kafir dia tetap kafir."

Terkesima habis muktamirin-muktamirat dengan hujah mantik Fadhil.

Sesetengah pihak kata, logik mantik sebegitu ada sedikit banyaknya pada Tan Sri Ustaz Azizan Razak, selepas pemergian Fadhil.

Semasa isu air meledak di Kedah, Azizan atas kedudukannya sebaga…

Patut Mat Said disokong sampai Kerajaan Terengganu dibubarkan...

The Malaysian Insider melaporkan, Jika Ahmad Said tidak ditukar, BN tumbang lebih cepat di Terengganu, kata PAS.
"Munasabah kalau beliau ditukar...kalau mereka kekalkan Ahmad, kejatuhan kerajaan BN dalam PRU14 mungkin lebih cepat," kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat. Ada yang bersetuju dengan pendapat ADUN Paka itu, ada yang memberi pendapat yang lain.
Pada pendapat saya, PAS perlu mengatur sokongan tidak langsung kepada Mat Said hingga DUN Terengganu dibubarkan.
Jalan sebegitu akan melorongkan pilihan raya negeri secara demokratik, sekaligus memberi peluang kepada PAS untuk kembali mengambil alih Kerajaan Negeri.
Kenyataan Satiful seakan membayangkan peribadinya menyokong Umno menyelematkan Kerajaan Negeri. 
Ini, sekaligus akan memberi gambaran yang serong kononnya PAS mahu mewujudkan Kerajaan Campuran Umno-PAS di Negeri itu, walhal isu Kerajaan Perpaduan (UG) telah lama ditutupkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendir…

Saifuddin Nasution nasihat Mahathir bertaubat sebab fitnah Anwar lagi

SAYA ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014.
Saya kira Dr Mahathir melatah lagi.Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir.Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanoushi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaima…

206 rumah percuma Zakat berjaya diagihkan sejak 2008, serlahkan peranan PAS P.Pinang di PRU14

ULASAN BJ FAQAR
KONSESUS Pakatan Rakyat di Pulau Pinang sejak 8 Mac 2008 melorongkan PAS mengetuai Majlis Agama Islam, walaupun parti masa depan itu mempunyai hanya satu kerusi sahaja di DUN Permatang Pasir, yang diwakili oleh Datuk Mohd. Salleh Man (sekarang TPJ II PAS Negeri).

PRU14 nanti, PAS akan bertanding di Parlimen Kepala Batas dan Tasek Gelugor; serta lima kawasan DUN lain (Penaga, Pinang Tunggal, Bayan Lepas, Bukit Gelugor dan Permatang Pasir).

Untuk DUN Sungai Acheh, PAS perlu berunding dengan meletakkan calon yang lebih kuat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa umpamanya untuk memujuk PKR melorongkan kerusi penting tersebut kembali kepada PAS.

Berunding sampai menang, jangan lawan sampai kalah sebagai yang dilakukan oleh dua ketua pemuda PAS dulu, (Dr.) Mazlan Ismail dan Ustaz Hafiz Nordin.

Mohamad Sabu takkan nak bertanding di Kedah atau Terengganu lagi semasa PRU14 nanti, sedangkan Timbalan Presiden PAS itu adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang sekarang?

Elok, Jabatan Pilihan Ray…