17 May 2014

Design Unit Amal, ARC demi ubah tabiat organisasi PAS?

REVOLUSI Islam Iran pada pengunjung tahun 1970-an sedikit banyaknya mempengaruhi waltanshuung PAS, khusus sayap pemuda pada pertengahan tahun 1980-an.

Penubuhan Unit Amal Malaysia pun sebagai mengambil semangat sayap muda yang memainkan peranan militari penting di negara itu.

Unit Amal Malaysia pada awal penubuhan dilihat cukup menarik, kerana disertai oleh anak muda daripada pelbagai latar belakang sosial.

Dari lepasan universiti sampai pemuda yang kerja kampung menyertai Unit Amal Malaysia.

Perkhemahan, main bola, mentara kenduri, kontrak dll menjadi antara enjin kaderisasi Unit Amal Malaysia, semasa itu.

Unit Amal Malaysia dahulu akan menghantar wakil serta tenaga dalam semua program membabitkan PAS, tanpa mengira sentimen perbezaan pendapat antara pemimpin-pemimpin tertentu parti masa depan itu.

ARC atau 'Alternative Riding Club' di bawah Sdr. Yasser Said dilihat memainkan peranan serupa dengan Unit Amal Malaysia yang dulu, dengan menjadikan aktiviti menunggang motosikal berkuasa tinggi sebagai enjin kaderisasi anak muda untuk PAS.

Pertubuhan Unit Amal Malaysia dan ARC adalah suatu percubaan melakukan perubahan pada tabiat organisasi PAS.

Percubaan ini dikenali sebagai konstruktif, iaitu mencipta kerangka perubahan demi memastikan semua ahli yang duduk dalam kerangka itu implisitnya akan berubah.

Ada tiga lagi metod untuk mengubah tabiat organisasi, iaitu pendidikan, perundingan dan revolusi (atau perlawanan dengan tabiat organisasi yang sedia ada).

Penubuhan Unit Amal Malaysia dan ARC adalah contoh yang baik, bagaimana pemimpin PAS design organisasi parti supaya berkembang dan menjadi kolam kaderisasi ahli yang pelbagai.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Anjung Indah Balik Pulau | 6.34 petang

+60194241583
zainulfaqary@gmail.com
faqar.blogspot.com

Umno tipu Umno, jenaka Fadhil Noor


"Tok Wan aku punya tinggi, kalau angkat tangan sampai kelangit"

"Masa Tok Wan hang angkat tangan ke langit, hang tak tanya dia apa benda yang dia pegang lembut-lembut?"

"Tak tanya pulak..."

"Kalau hang nak tau, lembut-lembut yang dia pegang itu baru janggut Tok Wan Aku."

Seluruh pendengar ketawa dengan cerita arwah Datuk Fadhil Noor.

Katanya, kalau datang pengkhabaran daripada Umno, elok tipu dilayan dengan tipu juga (baca: perli) oleh kita yang mendengar.

"Yang betul, nombot ekor dan hari bulan (tarikh) saja. Yang lain di Utusan dan Berita Harian, 10 dia cerita, 11 jangan percaya."

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus