19 May 2014

Kepelbagaian faktor nilai-nilai Islamis seperti hisbah lebih mudah dilaksanakan di P.Pinang, Selangor

ULASAN BJ FAQAR
ZAiNULFAQAR Yaacob dan isteri, Siti Hajjar Hassan.
MAJORiTi penduduk Makkah adalah arab, tetapi Rasulullah S.A.W sukar menerapkan nilai-nilai tadbir urus Islamis dalam kalangan kaumnya yang berpegang pada semangat asabiah.

Di Madinah pula, masyarakatnya berbilang agama dan kaum. Tetapi, nilai-nilai tadbir urus Islamis lebih mudah dilaksanakan di negara moden itu berbanding Makkah.

Dalam konteks Malaysia, Selangor ada SELCAT, Pulau Pinang ada CAT. Ini sistem integriti yang serupa fungsinya dengan hisbah.

Nilai-nilai Islamis seperti hisbah lebih mudah dilaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang berbanding Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Johor dll mungkin disebabkan aspek kepelbagaian itu lebih ketara di kedua-dua negeri Pakatan Rakyat berkenaan.

Setuju?


Bantu Putrajaya kukuhkan dakwah, toleransi agama – TKM I P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon berharap agenda memartabatkan Islam serta program dakwah yang kian subur di Pulau Pinang sejak tahun 2008 mampu membantu Putrajaya mengukuhkan toleransi agama di negara ini.

Beliau berkata demikian pada pelancaran Program Dakwah Negara dan Bulan-Bulan Al-Quran Peringkat Negeri 2014, yang dianjurkan secara bersama oleh Kerajaan Negeri dan  Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

“Semoga amar makruf seumpama ini dapat diteruskan,” ujar Mohd. Rashid pada program tahunan negeri di Dewan Sri Pinang di sini baru-baru ini.

TUN Abdul Rahman Abbas (paling kiri) menyempurnakan majlis perasmian Program Dakwah Negara & Sambutan Bulan-Bulan Al-Quran Peringkat Negeri 2014, sambil diiringi oleh Mohd. Rashid Hasnon (dua dari kiri), Abdul Malik Abul Kassim (tiga dari kiri) dan Asyraf Wajdi Dusuku (paling kanan) di sini baru-baru ini. | Foto: Belutin Mutiara.

Yang Di-Pertua Negeri, Tuan Yang Terutama (T.Y.T) Tun Abdul Rahman Abbas merasmikan majlis pelancaran tersebut, yang disertai lebih 1,000 hadirin itu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim selaku pengerusi jawatankuasa penganjur program turut membahaskan tema program tahunan kali ini, iaitu ‘Al-Quran Mengukuhkan Ukhwah, Memartabatkan Ummah’.

Abdul Rahman dalam ucapannya, menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan melalui penghayatan dakwah sebagaimana dituntut dalam al-Quran sendiri.

Mengulas mengenai tema Katanya lagi, toleransi sesama ummat mampu mengukuhkan perpaduan ummah.

“Umat Islam perlu kembali menghayati al-Quran dan hidup sebagai satu ummah,” ujar Abdul Rahman.

Selebriti dakwah rancangan ‘Reset Minda’ terbitan Astro Oasis, Prof. Dr. Muhaya Mohammad turut menyampaikan motivasi dakwah di depan lebih 1,000 hadirin di sini, sebelum majlis sepagi bersurai.

MUHAYA Mohammad kelihatan dari pentas utama menyampaikan motivasi dakwah serta saling berinteraksi dengan hadirin di sini baru-baru ini.


Difahamkan, Kerajaan Negeri meraikan Bulan-Bulan Al-Quran tiap-tiap tahun sejak 2010, dan digabungkan bersama-sama Program Dakwah Negara sebagaimana disyor oleh Putrajaya pada tahun ini.

Program ‘Ibrah Al-Quran, Kelas Tahsin Al-Quran, Celik Al-Quran & Mini Tahfiz, Multaqa’ Tolabah Al-Quran, Talaqqi & Hafazan Al-Quran, Bacaan Kitab, Seminar Al-Quran dan Kelas Bahasa Arab Bahasa Al-Quran dianjurkan secara berkala di Masjid Negeri dan beberapa masjid terpilih serta Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) sepanjang bulan Rejab, Syaaban dan Ramadhan, bermula pada 1 Mei lepas.

Info lanjut, Hubungi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) di talian 04-2637200 atau faksimili 04-2502810 atau emel mariah@penang.gov.my / muhamadsayuti@penang.gov.my.

Lokap selagi tak bayar ini Polis atau Samseng? Zulhazmi bisik Dyana Sofya


SAYA ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Fuad Abdul Latif yang disiarkan di dalam facebook rasmi Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pada 17 May 2014.

SAC Ahmad Fuad menyatakan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan terus ditahan di dalam lokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Tindakan tersebut dilakukan kerana terdapat lebih kurang 1.9 juta waran tangkap yang belum selesai.

Ada dua (2) perkara yang perlu direspond dan diperbetulkan daripada kenyataan tersebut.

Pertama : Adakah SAC Ahmad Fuad faham prosedur undang-undang sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan tersebut?
Kedua : Adakah Polis sudah menjadi along pemungut hutang atau penguatkuasa undang-undang?

ADAKAH SAC AHMAD FUAD FAHAM PROSEDUR UNDANG-UNDANG?

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberikan sedikit kuliah undang-undang kepada SAC Ahmad Fuad, seluruh warga Polis Trafik, seluruh warga PDRM dan seluruh warganegara Malaysia. Ada dua isu berikaitan tajuk ini. Pertama berkaitan prosedur Waran Tangkap dan kedua Menyelesaikan Waran Tangkap.

Prosedur Waran Tangkap.

Waran Tangkap ialah suatu perintah menangkap seseorang yang dituduh (OKT) atau orang yang disaman (OKS) untuk dihadapkan ke Mahkamah kerana kegagalan OKT/OKS hadir ke Mahkamah semasa kes saman disebutkan.

Contoh, Rosmah (bukan nama sebenar) disaman untuk hadir ke Mahkamah pada 21/05/2014 kerana didakwa melakukan kesalahan memandu melebihi hadlaju. Pada 21/05/2014 Rosmah tidak hadir ke Mahkamah, maka Mahkamah jika berpuashati bahawa saman telah diserahkan kepada Rosmah, boleh mengeluarkan WARAN TANGKAP untuk memastikan Rosmah hadir ke Mahkamah menjawab pertuduhan. Mahkamah kemudian akan menetapkan tarikh sebutan baru bagi pihak Polis menguatkuasakan Waran Tangkap membawa Rosmah hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan.

Prosedur berkaitan Waran Tangkap diperuntukkan dengan jelas di dalam Kanun Tatacara Jenayah (Criminal Procedur Code) di dalam Bahagian III Seksyen 38 - Seksyen 43.

Seksyen 42 Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan dengan jelas bahawa seseorang yang diserahkan waran tangkap hendaklah dengan seberapa segera dibawa ke Mahkamah.

Section 42. Person arrested to be brought before Court without delay.

The police officer or other person executing a warrant of arrest shall, subject to the provisions of section 39 as to security, without unnecessary delay bring the person arrested before the Court before which he is required by law to produce that person.

Peruntukkan ini amat jelas dan merupakan prosedur khusus berkaitan perlaksanaan sesuatu Waran Tangkap.

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena datang seorang hamba Allah yang memegang jawatan Ketua Pasukan Trafik Malaysia mengeluarkan kenyataan bahawa pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap akan dilokap sehingga mereka menyelesaikan waran tangkap. Peruntukkan undang-undang negara mana Ketua Pasukan Trafik tersebut guna. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Menyelesaikan Waran Tangkap.

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, waran tangkap ialah perintah tangkapan seseorang yang gagal hadir Mahkamah. Seksyen 40 Kanun Tatacara jenayah memperuntukkan

Section 40. Warrants, to whom directed.

(1) A warrant of arrest shall ordinarily be directed to the Inspector General of Police and all other police officers of Malaysia, and any police officer may execute the warrant in any part of Malaysia.

(2) The Court issuing a warrant may direct it to any person or persons by name not being police officers and all or any one or more of such persons may execute the same.

Berdasarkan peruntukkan Seksyen 40, tugas menyelesaikan Waran Tangkap adalah tugas Polis kerana Waran Tangkap dikeluarkan kepada Polis untuk Polis menguatkuasakan dengan menangkap orang yang kepadanya Waran tersebut dikeluarkan.

Jika Ketua Pasukan Trafik menyatakan bahawa akan ditahan di lokap sehingga waran tangkap diselesaikan, maka saya sebutkan di sini bahawa yang perlu ditahan di lokap ialah Polis bukan pesalah trafik kerana tugas menyelesaikan waran tangkap ialah tugas Polis bukan tugas pesalah trafik.

ADAKAH POLIS SUDAH MENJADI ALONG PEMUNGUT HUTANG ATAU PENGUATKUASA UNDANG-UNDANG?

Soalan ini kembali merujuk kepada kenyataan tidak berundang-undang dari Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman. Apabila beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan yang tidak mengikut prosedur perundangan, maka sama saja tindakan beliau seperti along yang mengutip hutang sesuka hati menahan peminjam duit sehingga hutang diselesaikan. Perlu diingat saman trafik bukan hutang. Saman trafik adalah perintah hadir Mahkamah. Orang yang menerima saman tidak bersalah sehingga mereka dibuktikan bersalah di Mahkamah. Selagi tidak diputuskan bersalah, saman itu tiada apa-apa nilai kewangan yang membolehkan Polis memungut hutang.

Akhirnya nasihat saya, jadilah penguatkuasa undang-undang yang mengikut prosedur perundangan bukan sewenang-wenang mengugut seperti orang lain tak tahu undang-undang.

Jangan jadi ketam.

ZULHAZMI SHARIFF
19 MEI 2014

Tarif elektrik naik bebankan semua, tarif air P.Pinang naik hukum pembazir sahaja :Dyana Sofya

BEKAS Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Ahmad (Timbalan Ketua Lajnah Tarbiyyah & Perkaderan PAS Pusat) serta pemimpin PAS lain pada Hari Penamaan Calon PRK Teluk Intan pagi ini, sebagai menyokong calon DAP Dyana Sofya Mohd. Daud. 

ULASAN BJ FAQAR
ADA pemuda pro Kerajaan Perpaduan (UG) masih menyebarkan kebencian serta prejudi mereka terhadap DAP disebabkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak sependapat dengan PAS dalam isu 'Shariah Kelantan' baru-baru ini.

Mereka mendakwa, DAP Pulau Pinang 2x5 semacam Umno di Putrajaya juga apabila menaikkan tarif air negeri sama, sama seperti pentadbiran Najib menaikkan harga petroleum, dan terbaru tarif elektrik.

Semua rakyat terpaksa menanggung kesan berantai ekoran kenaikkan tarif elektrik yang kononnya untuk menyelamat kepentingan TNB, (walhal subsidi untuk kroni IPP dianggarkan lebih RM8 bilion tiap-tiap tahun).

Semua rakyat terpaksa menanggung kesan berantai ekoran kenaikan harga minyak petroleum kononnya untuk menangani penyeludupan bahan bakar negara di sempadan, (walhal sepatutnya kawalan keselamatan tanah air di sempadan patut diperketatkan).

PBAPP perjelas punca purata tarif air domestik naik 20 peratus dan kesan berantainya hanya ditanggung oleh pembazir air sahaja, bukannya semua rakyat.

Pemuda Umno yang pro Kerajaan Perpaduan tak perlu memanipulasi PAS lagi kerana ahli-ahli parti masa depan itu bijak dan akan memberi sokongan padu kepada calon DAP Dyana Sofya sempena PRK Teluk Intan.

Isu seakan nampak sama, tapi jelas berbeza.

Setuju?


Jimat air depani El Nino, ucap TYT sempena buka DUN P.Pinang

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

T.Y.T. Tun Abdul Rahman Abbas (seragam putih) membuat semakan perbarisan sempena istiadat pembukaan DUN Pulau Pinang, pagi tadi. | Foto: Buletin Mutiara

GEORGE TOWN - Yang Di-Pertuan Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Abdul Rahman Abbas berharap rakyat lebih berjimat-cermat dalam menggunakan air pada musim kemarau El Nino yang dijangka melanda Asia Tenggara mulai pertengahan tahun ini.

Beliau berucap demikian pagi tadi, sempena Perasmian Mesyuarat Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-13 Negeri Pulau Pinang di sini.

“Marilah kita sama-sama mengurangkan penggunaan air bagi menghadapi musim kemarau ekoran El Nino tanpa melaksanakan sebarang catuan air,” ujar beliau di DUN Pulau Pinang di sini.

Dalam ucapan pembukaannya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Pembangunan Air Pulau Pinang (PBAPP) kerana berjaya tidak melaksanakan catuan air sebagaimana Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Taiping (dekat Perak) terpaksa melaksanakannya.

Beliau turut menyokong langkah meningkatkan tarif air domestik dan perdagangan negeri sebagaimana disyor Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), dengan mengekalkan tarif air domestik terendah berbanding negeri-negeri lain, iaitu RM0.32 per meter kubik untuk 35,000 liter pertama sebulan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut merakamkan penghargaan kerana Pulau Pinang berjaya mengekalkan kedudukan negeri paling besar menyumbang pelaburan luar negeri (FDI) kepada negara, iaitu sebanyak RM19.7 bilion dari tahun 2010 sehingga Ogos 2013.

Difahamkan, FDI Pulau Pinang dalam tempoh tersebut adalah menyamai  20 peratus daripada keseluruhan jumlah pelaburan asing (FDI) di Malaysia.

“Saya percaya peningkatan jumlah pelaburan ini adalah kesan daripada tadbir urus baik CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus) menerusi kedaulatan undang-undang, kepimpinan berintegriti dan pembekalan modal insan yang terlatih,” ujar Tun Abdul Rahman lagi.

DUN dijadual bersidang mulai 19 hingga 22 Mei ini.



DAP lebih jujur angkat martabat wanita di P.Pinang berbanding Sharizat Umno perlekeh Dyana Sofya di Teluk Intan

ULASAN FAQAR
Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil akan lebih dihormati sekiranya tidak mendakwa Dyana Sofya Mohd. Daud sebagai "kosmetik" serta "alat dan boneka DAP".

Lihat Chong Eng, komited mereputasi martabat wanita tanpa mengira sentimen kepartian. Hal kepertian adalah satu perkara penting. Memartabatkan wanita tanpa mengira hal kepartian adalah satu perkara yang lebih penting di negara ini.

Ibu Dyana Sofya tidak dikeji walaupun bergelar wanita Umno kerana tahu melihat kepentingan gender dalam arena politik adalah lebih penting daripada sentimen kepartian asabiah.

Lihat gambar di atas, bagaimana Kak Zailah dari Dewan Muslimat PAS menghargai partisipasi Dyana Sofya dalam arena politik Malaysia.

Setuju?


Tingkatkan bilangan pemandu teksi wanita, syor Chong Eng kepada Putrajaya

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

CHONG Eng (kiri) meneliti permohona teksi wanita oleh Fuah Boon See (tengah), sambil diperhati oleh Karen Lai Yu Lee (kanan) di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

SEBERANG JAYA - Kegagalan beberapa Fuah Boon See mendapatkan permit teksi wanita daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk syarikat milik peribadi Giltter Medallian Sdn. Bhd. akhirnya dirujuk kepada Kerajaan Negeri.

Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Chong Eng berkata, Putrajaya sepatutnya bertindak lebih proaktif memandangkan penumpang teksi wanita lebih selamat menaiki teksi yang dipandu oleh wanita juga.

Langkah proaktif itu, katanya, sekaligus akan meningkatkan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja sebagaimana dihasratkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

“Daripada 59,174 pemandu teksi di negara ini, hanya dua peratus atau 1,298 adalah pemandu teksi wanita.

“Langkah proaktif perlu diambil sekiranya Kerajaan Pusat serius dalam hasratnya untuk membantu wanita,” ujar beliau kepada wartawan.

Pengurus Program bagi Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) Karen Lai Yu Lee turut hadir pada sidang media itu.

Difahamkan, program “Teksi Wanita” pernah dilancarkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada tahun 2011, yang turut disertai oleh SPAD.

Setakat tahun 2012, dilaporkan, hanya syarikat Destination Transport, Zalnas Sdn. Bhd., Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya serta Sunlight Lembah Klang sahaja yang menyediakan pemanduk teksi wanita, yang kesemuanya menumpu di sekitar Lembah Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Nancy Shukri dalam jawapannya di Dewan Rakyat mengulangi kedudukan Kerajaan Pusat bahawa program khusus untut pemandu teksi wanita tidak dapat diadakan sekarang.

Tuntas itu, Chong Eng dalam kenyataannya baru-baru ini mesyorkan Putrajaya bertindak proaktif demi meningkatkan bilangan pemandu teksi khususnya di negeri ini.

M. Muniandy.
Sementara itu, M.Muniandy, 48, melahirkan rasa terharu selepas menerima sumbangan pukat daripada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon dalam satu majlis berasingan peringkat pulau baru-baru ini.

“Pemberian dua kali setahun ini sangat berguna kerana ianya berjaya menjimatkan hampir RM160 seahun duit untuk membeli pukat sahaja,” jelas Muniandy, nelayan dari Batu Maung.

Sambil berkongsi pengalaman sebagai nelayan, beliau berpendapat bahawa kaum India dilihat kurang mencuburi bidang tersebut di negeri ini. 

Firasat mukmin Nizar, amarah menantu Hadi



SOALAN:
The Malaysian Insider melaporkan PAS ‘bergelora’, menantu Hadi gelar Nizar ‘sangat bodoh’ dalam krisis Umno Terengganu. Bolehkan anta ulas?
[WhatsApp AJK PAS Pulau Pinang]



JAWAPAN:

Umumnya, perasaan manusia tidak boleh dijadikan sumber hukum.

Ini kerana, sumber hukum syarak ada empat. Al-Quran dan Sunnah adalah sumber qat'i. Manakala, Qiyas dan Ijmak adalah sumber dzonni.

Pun begitu, perasaan atau lebih tepat disebut sangkaan, bukan semuanya adalah buruk, berdosa dan (boleh dipanggil) "very stupid".

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"...sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
[Surah al-Hujraat:12]

Berdosa bagi mereka yang berbuat sangkaan tanpa asas. Ahli Fekah memanggilnya sebagai "waham".

Contoh "waham" antaranya, percaya Umno ikhlas untuk melaksanakan Shariah Kelantan, walhal usul PAS terang-terang ditolak di DUN Terengganu baru-baru ini.

Pun begitu, ulamak fekah menerima sangkaan berasas (dzon) dan sangkaan berasas yang kuat (ghalabatuz dzon), sebagaimana istidlal pada nas dia atas - "...sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."

Dzon dan ghalabatuz dzon boleh mendekatkan mukallaf pada maksud keyakinan.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

"(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin (yadhunnu) bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka..."
[Surah Al-Baqarah:46]

Dzon dan ghalabatuz dzon adalah penutup pada pintu keraguan atau "waham".

Dzon dan ghalabatuz dzon akan membantu mukallaf membuka pintu keyakinan, sebagaimana kaedah fiqh menyebut:


Al-aslu baqa'a ma kana 'ala al-makan
Al-yaqinu la yuzal bil yaqini mislihi
Daq' ma yuribuka illa ma la yuribuka

Maka tidak hairanlah, sangkaan (baca: dzon dan ghalabatuz dzon) juga disebut sebagai firasat mukmin.


FIRASAT MUKMIN

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Takutlah firasat orang mukmin kerana sesungguhnya dia melihat dengan cahaya daripada Allah..." [riwayat Termizi]
Menurut Ibnu Abbas R.A. yang bermaksud, "firasat itu ialah merenungkan hakikat sesuatu perkara."

Firasat mukmin, adalah berbeza dengan maksud waham.

Firasat berdiri atas asas seperti disiplin fiqh usul serta penyelidikan berwajib ke arah maksud yakin.

Waham menjauhi keyakinan, manakala firasat mukmin (baca: dzon, ghalabatuz dzon) mendekati maksud keyakinan.

Disebabkan itu, waham yang dimaksudkan sebagai "sebahagian sangkaan" pada maksud nas adalah buruk dan berdosa.

Disebabkan itu juga, Allah S.W.T. memuji mereka yang mempunyai firasat mukmin. 

“Sesungguhnya dalam hal itu ada keterangan bagi orang-orang yang memerhatikan tanda-tanda.”
[Surah Al-Hijr:75]
“Orang yang tidak tahu mengira mereka itu masih mampu (mempunyai sesuatu) kerana kesucian diri mereka (tidak mahu meminta-minta orang), kamu mengenal mereka dengan tanda-tanda mereka.”
[Surah Al Baqarah: 273]
“Dan kalau Kami mahu niscaya mereka (yang beriman palsu) itu, Kami perlihatkan kepadamu, sehingga engkau dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya, dan engkau dapat mengenal mereka dari apa yang tersirat di dalam kata-kata mereka.”
[Surah Muhammad: 30]
Sungguhpun Firasat Mukmin tidak boleh dijadikan sumber hukum, tetapi boleh diambil pengajaran ('ibrah) daripada anugerah Allah itu.

Selain anugerah Allah, firasat mukmin ini boleh dicapai melalui pengalaman beragama, bacaan, penyelidikan perpustakaan, kajian di lapangan, risikan, unjuran politik, fiqh tawaqquq, pre-mortem, logika dll. 

Sebuah hadis shahih riwayat Abu Hurairah r.a daripada Nabi s.a.w dalam Hadis Qudsinya iaitu: 
“Tiada seorang hambaKu yg mendekatkan dirinya kepadaKu seperti mengerjakan apa yang Ku-fardukan ke atasnya, dan selama hambaKu mendekatkan dirinya kepadaKu dengan Nawafil (amalan-amalan sunat) sehingga Aku mencintainya, maka apabila Aku mencintainya menjadilah Aku pendengaranya yang dia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang dia melihat dengannya, dan tangannya yang bertindak dengannya, dan kakinya yang dia berjalan dengannya. Maka dengan Aku dia mendengar, dengan Aku dia melihat, dan dengan Aku dia bertindak, dan dengan Aku dia berjalan.”

Justeru, tak perlulah dipertajamkan mengenai perbezaa firasat mukmin Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung krisis Umno dalam Kerajaan Negeri Terengganu.

Ini kerana, firasat mukmin Nizar itu seperti kebanyakan pemimpin serta ahli PAS lain, yang berdiri atas sangkaan awam sedia ada tertanam dalam fikiran masing-masing, iaitu PAS pernah berhasrat untuk bergabung dengan Umno atas nama Kerajaan Perpaduan (UG), sebelum ini.

Di samping itu, anggaplah "Very Stupid" yang diconteng oleh Ustaz Zaharuddin Mohamad di dinding Facebook beliau sebelum ini pun adalah amarah yang murni, iaitu demi memulihara imej ayah mertuanya yang juga Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Semoga PAS terus dipelihara daripada waham kononnya Umno ikhlas nak melaksana Shariah di Terengganu dan Kelantan kerana ia nyata menjauhi maksud firasat mukmin.

Setuju?



ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Bukit Mertajam | 19 Mei 2014 | 4.53 pagi


2,981 terima sumbangan pukat serlahkan Kerajaan PR P.Pinang kotai janji pilihan raya

ULASAN BJ FAQAR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjelang PRU13 lalu datang ke Pulau Pinang dan berjanji untuk membina 20,000 unit rumah murah serta memperkenalkan sistem pengangkutan Monorel di negeri ini, namun sampai sekarang mengkhianati janji.


2,981 terima sumbangan pukat serlahkan KN kotai janji

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

KETUA Menteri (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan pukat kepada seorang penerima (dua dari kiri), sambil diperhati oleh Dr. Afif Bahardin (lima dari kiri), Mohd. Salleh Man (tiga dari kiri), Lim Hock Seng (paling kiri) dan Saodah Nawawi (paling kanan) di Dewan Besar Sungai Dua baru-baru ini.

SUNGAI DUA - Seramai 1,442 nelayan pantai bagi kawasan Seberang Perai menerima bantuan pukat daripada Kerajaan Negeri sebagaimana dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas, kata Ketua Menterii Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini.

Menurut beliau, 1,539 nelayan bagi kawasan pulau turut menerima sumbangan serupa dalam program perasingan, sebelum ini.

"Bantuan pukat ini akan diberikan dua kali setahun...sekarang dapat sekali bantuan, hujung tahun dapat satu kali lagi bantuan," ujar Guan Eng pada majlis penyerahan bantuan pukat di Dewan Besar Sungai Dua di sini.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dan Datuk Mohd. Salleh Man (Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir merangkap Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, MAINPP) turut berucap pada majlis itu.

Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Saodah Nawawi (Pegawai Daerah Seberang Perai Utara), Rohani Hassan (Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan) dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Seberang Perai Tengah (Pembangunan) Muhaili Md. Saad, serta Timbalan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Ismail Ladin.  

Sebelum itu, Dr. Afif memberitahu,  bahawa Kerajaan Negeri memperuntukan lebih RM1 juta tiap-tiap tahun bermula pada tahun lepas untuk memberi bantuan pukat kepada 2,981 nelayan pantai yang berdaftar dengan LKIM. 

Manakala, Mohd. Salleh pun melahirkan harapan bahawa nelayan pantai dapat meningkatkan tangkapan ikan serta pendapatan harian masing-masing demi mendepani kenaikan kos sara hidup rakyat yang kian meningkat belakangan ini.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan integriti Kerajaan Negeri mengotakan janji pilihan raya yang nyata menguntungkan rakyat, khususnya nelayan pantai di negeri ini.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus