03 June 2014

20% ROYALTi: TiMBANG vs TEGAS


TUNTUTAN Kelantan ini bukan dalam pertimbangan Putrajaya, tak kiralah sama ada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong atau tidak.

Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau nak dengar pun hanya kerjasama PAS-Umno untuk melaksanakan Shariah Kelantan.

Perdana Menteri mahu PAS sendirian, tetapi Tuan Guru Nik Aziz serta Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) minta tangguh.

Pelancaran TEGAS pun untuk mengheret semula kedua-dua Tuan Guru yang kita kasihi supaya pergi kepada perangkap samar Umno atas nama Hudud.

Dari Pahang, waris nabi diterbangkan ke Perlis untuk TEGAS ini.

Sayang sungguh Umno kepada UG sungguhpun berkali-kali dua Tuan Guru yang dikasihi menegaskan 'tangguh' serta tidak mahu PAS ditipu lagi.

Di Sarawak, Najib mengumumkan untuk mempertimbang tuntutan 20 peratus royalti minyak kerana tidak lama lagi akan berlangsung Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Jika Najib tidak mengambil langkah sebegitu, Datuk Husam Musa akan pergi mengumumkan sekali lagi sampai meledak perhatian rakyat Sarawak, sebagaimana percubaan Ahli Sufi Haraki itu sebelum ini dengan pergi bertemu Taib Mahmud.

Kalau TEGAS pun, Najib boleh buat pekak badak dengan tuntutan Royalti Minyak Kelantan.

Najib timbang 20 peratus royalti minyak Sarawak sebab tidak mahu rugi.

Kalau Najib TEGAS di Sarawak seperti di Kelantan, itu rugi.

TEGAS di Kelantan untuk siapa? TEGAS di seluruh negara pasca 'tangguh' menguntungkan siapa?

Tegas dengan ahli parti dan rakyat, bolehkah mengubah pertimbangan Putrajaya dan Najib?

TEGAS di Kelantan tidak lebih untuk menguntungkan Umno.

Kalau TEGAS merugikan Umno, tentu Najib akan mempertimbang tuntutan Kelantan seperti Sarawak sekarang.

Bercakap mengenai tuntutan 20 peratus royalti minyak, Najib nampak lebih banyak pertimbangan berdinding sikap TEGAS.

Khalifah Ali bin Abu Tolib K.W pernah menasihat, "itu kalimah yang benar untuk tujuan batil."

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
George Town | 7.22 petang

Gunalan nak luncur dah buku puisi Sabtu ini, takkan Pakaq nak tunggu rambut mencecah lulut baru nak serius menulis buku?

SE. Gunalan 
Tahniah kepada sahabat baik saya, Se. Gunalan kerana berjaya menghasilkan karya puisi dwi bahasa berjudul Mul Maragal aka Thorny Trees.

Khabarnya, Timbalan Ketua Menteri II Prof. P. Ramasamy yang akan rasmi di Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang pada Sabtu, 6.00 petang.

Saya dengaq cereta, Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuri ada. ADUN Seri Delima RSN Rayer ada. ADUN Bagan Dalam, A. Tanasegaran ada. ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey pun ada dalam majlis tersebut nanti.

Senaskah RM30. Segera hubungi Gunalan, 0134853128 atau emel segunalan.ptca@yahoo.com.

"Cetakan pertama 1,500 sahaja, sudah lebih 200 berjaya dijual," ramah Gunalan di pejabat saya, tadi.

Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat hadir ke majlis bermakna itu, kerana saya pada Jumaat ini merancang nak balik rumah mak mertua di Muo - "jenguk Insyirah dan maknya".

Jauh dalam hati masih sedih, saya gagal menghabiskan semua projek buku yang telah saya tulis sebelum ini.

"Nazar dah nazar dah, takkan nak tunggu rambut mencecah lutut baru nak serius menulis sampai siap skrip-skip buku yang terbengkalai too," bisik seorang diri. Sedih.

AstaghfiruLllah.....


BJ ZAiNULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang

Komtar, George Town | 3.08 petang

Kalau harga minyak tanpa subsidi melambung naik 1 Sept pun, yang penting Cadbury RM1!!!

Dua tiga hari ini, Buletin TV3 terus menerus melaporkan aktiviti penyeludupan minyak di sempadan Malaysia-Thailand supaya rakyat tahu bahawa itu masalah yang mesti ditangani oleh Putrajaya.

Propagandis Umno memang begitu, mereka tidak akan merompak kekayakaan negara atas nama "menjimatkan subsidi minyak", melalainkan terlebih dahulu digembar-gemburkan kisah penyeludupan bahan bakar negara oleh warga asing sampai diterima oleh rakyat kononnya sebagai logik.

Yang logik, sebenarnya ketatkan kawalan di sempadan untuk mencegah penyeludupan minyak, bukan rampas sabsidi rakyat.

Sebelum Subuh tadi, saya ada menulis Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!


Saya berasa kalau minyak naik sekarang pun, Melayu paling tak ambil pot untuk memasang niat menumbangkan United Myanmar Nepal Organization sebab kelaku dalam kepala otak mereka lebih sensitif dengan 'coklat babi'.



Sebab itu, saya tulis tajuk di atas.

Setuju?

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapa menunjukkan dua laporan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia terhadap sampel Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2 yang disahkan tiada dikesan Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi di Putrajaya hari ini

NAK IKUT CAKAP AGAMA KA
NAK JAGA SAHAM FELDA?

Ustaz JAKiM sedih harga Cadbury RM1, nekad demo makan coklat 'DNA babi'?

Ustaz-Ustaz JAKIM nekad melancaran demontrasi memakan cadbury, selepas langkah menghalalkan 'DNA babi' yang dikesan pada coklat tersebut mula dipertikai banyak pihak, lapor blogger Anak Sungai Derhaka.

Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd. Amri Abdullah dilaporkan berkata pihaknya berpegang kepada keputusan yang telah mereka keluarkan dan tidak ada masalah untuk pihaknya membuktikan kepada orang ramai bahawa coklat Cadbury adalah halal.

Mohd Amri berkata, proses memberikan status halal kepada sesuatu produk dibuat setelah prosedur dan standard yang ditetapkan ditepati.

"Sebagaimana yang disebutkan bahawa status Cadbury yang diputuskan adalah halal. Kalau diminta kami makan coklat Cadbury kami yakin bahawa apa yang diberikan status pensijilan itu adalah halal sepenuhnya.

"Dalam hal ini, ia memerlukan keyakinan yang begitu utuh, yang begitu kuat untuk menentukan konsep halal.

"Kalau di pihak pengguna jika adanya was-was, adanya keraguan yang melampau, lebih baik tinggalkan," katanya kepada Astro AWANI menerusi AWANI745, malam tadi. 

Putrajaya buru individu dedah DNA babi dalam Cadbury

"Kita mungkin tunggu JAKIM fatwa babi halal dimakan, baru kita nak percaya JAKIM itu penipu," ulas Zainulfaqar, sambil berselfie di pejabatnya dekat Komtar, tengah hari tadi..

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru mengesahkan bahawa pihaknya akan menyiasat individu yang terbabit mendedahkan laporan berwajib selepas kontroversi DNA babi dalam coklay Cadbury tersebar luas di internet.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Hilmi Yahya berkata kepada The Malaysian Insider bahawa laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majority beragama Islam di dalam negara.

"Kami akan membuat siasatan dalaman. Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, pagi ini.


PROJEK BALAS DENDAM

1,527 sertai Larian Menara Komtar 8 Jun

NG Wei Aik (tujuh dari kiri) dan Teh Lai Heng (lapan dari kiri) bersama-sama wakil penaja pada sidang media di sini, tengah hari tadi. | Foto: Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB


GEORGE TOWN - Seramai 1,527 orang, termasuk 36 peserta antarabangsa akan berlari sejauh 2 kilometer dan mendaki 1,197 anak tangga demi merebut kejuaraan dalam Larian Menara Komtar Pulau Pinang 2014 pada 8 Jun ini.

Ahli Parlimen Tanjong, Ng Wei Aik berkata, wang tunai untuk kesemua tujuh kategori yang dipertandingkan adalah sebanyak RM15,000, tidak termasuk cabutan bertuah berupa tiga basikal, hamper, penginapan hotel, vaucer dan banyak lagi sebagai menghargai semua peserta.

Tujuh kategori tersebut, iaitu antarabangsa lelaki, terbuka lelaki, terbuka perempuan, veteran lelaki, veteran perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

“Untuk kategori antarabangsa, penyertaan daripada 13 negara seperti Kenya, Filipina, Amerika Syarikat, Canada, India, Bangladesh, Azerbaijan, Indonesia, Singapura dan Thailand.

“Peserta paling tua yang menyertai pertandingan kali ini berusia 80 tahun, manakala, peserta tempatan paling ramai tentulah dari negeri Pulau Pinang, iaitu 1,291 orang.

“Ini, menunjukkan kominiti yang lebih besar memberi komitmen untuk menyertai saingan sukan ektrem kali ini,” ujar Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng di sini, tengah hari tadi.

Menurut Wei Aik, Guan Eng sendiri dijemput menyertai acara tahunan kali ke-6 itu, manakala, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng dijadualkan menyempurnakan upacara pelepasan larian hari tersebut seawal jam 7.15 pagi.

Pengurus Program La Vintage Event Sdn. Bhd., Shawn Ng selaku pengurus Larian Menara Komtar Pulau Pinang 2014 memberitahu wartawan bahawa pihaknya masih mengalu-alukan penajaan dan pendaftaran peserta.

Setakat ini, katanya lagi, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Tourism Malaysia, Star Cruises, Ivory Properties Group Berhad, Mc Donald’s, Permanis Sandilands Sdn. Bhd., Shop Spot Advertising, TG Ocean Health Food Industries Sdn. Bhd., Eagle & Pagoda Brand Tek Aun Medical Factory Sdn. Bhd., CHT Marketing, Zuellig Pharma Sdn. Bhd. dab Gardenia Bakery (KL) Sdn. Bhd. merupakan pihak penaja bagi acara tahunan kali ini.

Hubungi talian hotline 0124401398 atau layari portal www.komtartowerrun.com.my untuk mendapatkan info lanjut, termasuk urusan pendaftaran serta penajaan.

Kanak-kanak tujuh tahun terjun keluar kereta penjenayah

KANAK-kanak perempuan berusia tujuh tahun bertindak nekad terjun keluar dari sebuah kenderaan yang dilarikan penjenayah dalam kejadian di Keramat AU3, di sini hari ini.

Kanak-kanak itu yang berbuat demikian ketika kenderaan jenis Mitsubishi Triton tersebut mula bergerak, mengalami cedera ringan di pinggang, tangan dan kaki, kata Ketua Polis Ampang Jaya ACP Khairuldin Saat kepada Bernama di sini.

Katanya kejadian berlaku pukul 12.30 tengah hari ketika bapa mangsa meninggalkan anaknya di dalam kenderaan tanpa mematikan enjin berhampiran sebuah bengkel.

Suspek yang berbadan kurus tinggi dan dipercayai warga tempatan berusia dalam 30-an dilihat turun dari sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sambil bercakap menerusi telefon bimbit, sebelum melarikan kenderaan tersebut, katanya.

Katanya bapa mangsa yang menyedari kejadian cuba menghalang namun gagal menghalang suspek daripada melarikan kenderaannya.

Kanak-kanak itu ditemui bapanya kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian, katanya.

Sementara itu, penganalis jenayah Datuk Akhbar Satar mengingatkan ibu bapa supaya tidak bersikap sambil lewa dalam soal keselamatan anak.

"Jenayah berlaku kerana ada peluang untuk penjenayah...selagi ibu bapa tidak peka tentang keselamatan anak mereka, kejadian seumpama ini akan terus berlaku walaupun media sering memaparkan isu-isu sebegini," katanya. - Gee Uptown Perda

Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!

KESELURUHAN jumlah ketirisan, rasuah, penyelewengan kuasa serta pembaziran sebagaimana dirujuk pada Laporan Ketua Audit Negara 2012 dianggarkan RM6.5 bilion.

Ini, berdasarkan 64 kajian terperinci daripada laporan rasmi negara, kata Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Meng di portal Roketkini 13 Oktober tahun lepas.

RM5.7 bilion pembaziran yang berlaku dalam jabatan-jabatan kerajaan, badan berkanun dan kementerian.

Manakala, baki RM0.8 bilion pula terbazir oleh pembinaan serta pengurusan universiti.

Kian Meng berkata, jika 20 peratus dari RM6.5 bilion itu dapat diselamatkan, menyamai dua kali ganda penjimatan yang Kerajaan Pusat beralih jika harga minyak dinaikkan 20 lagi semasa itu.

Ini contoh yang jelas depan mata kita.

Apa yang saya nak sebut, elak ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyelewengan kuasa dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak adalah langkah penjimatan yang mesti diutamakan terlebih dahulu, sebelum merampas subsidi minyak rakyat.

Nak jimat RM9.8 bilion, tiris RM6.5 bilion.

Tak guna rampas subsidi minyak rakyat RM9.8b atas nama jimat, kalau rasuah, bazir, seleweng kuasa & tiris sebesar RM6.5b!

Langkah jimat?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.Pinang
Bukit Mertajam |2.00 pagi

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus