Skip to main content

Posts

Showing posts from June 4, 2014

Guan Eng bentang gagasan Paradigma Pulau Pinang, tarik pelabur Eropah

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
GEORGE TOWN - Elemen idea, pelaburan dan infrastruktur yang digagaskan dalam Paradigma Pulau Pinang (2012-2022) diharap turut mencuri minat pelabur asing dari Eropah ke negeri ini.
Demikian masej yang disampaikan Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng dalam pertemuan bersama-sama EU-Malaysia Chamber of Commerce and Industry (EUMCCI) di sini baru-baru ini.
“Pengintegrasian ketiga-tiga elemen ini bukan sahaja meningkatkan dinamisme ekonomi, tetapi, juga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang seimbang dan lestari dengan keadilan sosial untuk semua, serta persekitaran yang sesuai untuk didiami,” ujar Guan Eng pada majlis bersejarah itu.
Menulas lanjut mengenai Paradigma Pulau Pinang, Guan Eng berkata, idea yang kreatif dan inovatif umapamanya adalah sangat diperlukan untuk pembangunan sosio-ekonomi masa depan negeri.
Atas maksud iti, jelasnya lagi, Kerajaan Negeri bercadang untuk mewujudkan sebuah Creative Animation Triggers (CAT) di kawasan George Town, pusat banda…

iFOODex buka 85 gerai makanan a’bangsa sasar 65,000 pengunjung

BAYAN BARU - Sebanyak 85 gerai makanan antarabangsa dari China, Korea, Jerman, Singapura, Amerika Syarikat dan Malaysia dibuka bersempena Ekspo Makanan Antarabangsa (iFOODex) 2014 di Subterranean Penang International Convention and Exhibition (sPICE).
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, kepelbagaian makanan di sini diharap dapat menarik sehingga 65,000 pengunjung.
Malah, katanya lagi, penganjuran pameran tahunan itu sekaligus diharap mampu mempromosi Pulau Pinang sebagai hab memproses makanan terkemuka dunia kelak.
“Inisiatif pihak penganjur ini dilihat mendokong hasrat dan cita-cita Pulau Pinang untuk mewujudkan sebuah hab pemprosesan makanan terkemuka di dunia,” katanya, ketika merasmikan pameran tersebut.
Abdul Malik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung turut merakamkan penghargaan kepada penganjur, M2 Events Sdn. Bhd. kerana turut mengadakan jualan serta pameran makanan Halal Malaysia dal…

P.Pinang sasar 28 pingat emas Sukma Perlis

GEORGE TOWN – Pulau Pinang mensasarkan 28 pingat emas daripada 10 acara yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 di Perlis, ujar Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mokhtar Mohd. Jait kepada wartawan baru-baru ini.
Menurut beliau, 320 atlet diturunkan untuk merebut pingan emas, terutama dalam karate, memanah, angkat berat, wushu, renang, olahraga, tenis, sepak takraw, hoki dan bola sepak.
“Saya yakin kontinjen negeri mampu mencapai sasaran yang diilhamkan dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi," katanya, ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen negeri di sini.
Frederick Tan dalam kenyataannya berkata, sasaran 28 pingat emas kali ini berdasarkan prestasi memberangsangkan atlet-atlet negeri, serta persiapan dan latihan rapi sejak tahun lalu.
Mokhtar menyerahkan bendera tersebut kepada Timbalan Pengerusi 2 bagi Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP) merangkap chef-de-mission Kontinjen Pulau Pinang, Datuk Ong Poh Eng, sebelum diamanatkan kepada…

Ubah Tmn. Rekreasi Ampang Jajar jadi hab pendidik luar, cadang YDP MPSP cari CSR

PERMATANG PAUH – Syarikat atau badan bukan kerajaan (NGO) yang berminat membangunkan semula Taman Ampang Jajar seluas 36.3 ekar secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) diharap tampil berbincang dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Yang di-Pertuanya, Maimunah Mohd. Sharif memberitahu, sebanyak RM1.39 juta diperlukan untuk memulihara semula taman rekreasi tersebut dalam tempoh lima tahun ini, supaya boleh dijadikan hub pendidikan luar sekolah bagi institusi pendidikan sekitar Seberang Perai.
“Rancangan ini adalah hasil lawatan kerja saya ke Korea, di mana guru-guru di negara itu menggunakan ruang awam sebagai hub pendidikan sains sekaligus memaksimakan penggunaan ruang awam di negera mereka.
“Saya menyeru mana-mana NGO atau komuniti yang berminat untuk bekerjasama dengan MPSP supaya boleh berbuat demikian dengan menghubungi kami terlebih dahulu,” katanya pada majlis penutupan Program Khidmat Sosial Lestari Hijau 2014 di Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu baru-baru…

Pameran Mangkuk Tingkat sejajar aspirasi MPPP

GEORGE TOWN – Pameran Revolusi Mangkuk Tingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dari Mei hingga hingga Julai depan adalah sejajar dengan aspirasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
Pengarah Rekreasi, Pelancongan Dan Perhubungan Antarabangsa MPPP, Mohamed Akbar Mustapha semasa merasmikan pameran tersebut berkata, program sebegitu wajar disokong kerana memangkin pada usaha mewujudkan bandar hijau di sini.
“Pulau Pinang secara umumnya telah melaksanakan Kempen Tanpa Beg Plastik dan juga di peringkat MPPP kita juga telah melarang penggunaan bekas makanan polistirena,” ujar Mohamed Akbar.
Kurator Muzium, Haryany Mohamad serta dua Ahli Majlis MPPP, Gooi Seong Kin dan Lim Boon Beng turut hadir pada majlis buat julung-julung kalinya diadakan di negeri ini.
Difahamkan, hampir 190 buah mangkuk tingkat berjaya dikumpul sempena pameran yang berlangsung tersebut, termasuklah koleksi unik dari Czechoslovakia, Eropah dan "Peranakan".
Sebelum itu, Haryany menjela…

Pameran buku dorong budaya membaca – Soo Huey

GEORGE TOWN - Sebanyak 24 artis seni dan pembuat kraftangan dirakam menjayakan Pameran Buku, Seni dan Kraftangan Pulau Pinang pertama selama 10 hari bermula pada 23 Mei lepas di Island Plaza di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Yap Soo Huey dalam ucapan perasmiannya turut merakamkan penghargaan kepada semua pengunjung yang menyertai pameran tersebut.
“Walaupun pada dasarnya kita mempunyai perpustakaan, tetapi, kebanyakkannya adalah di kawasan luar bandar. Bilangan perpustakaan yang ada di kawasan bandar adalah terhad.
“Peluang sebeginilah harus digunakan oleh masyarakat sekeliling untuk menambah pengetahuan dan bahan bacaan.
“Melalui pembacaan sahaja, kita dapat mempertingkat diri,” ujar beliau, sambil merakamkan penghargaan kepada penganjur, Leo Books.
Justeru, Soo Huey berkata, pihaknya berharap pameran bertemakan OMG! atau o’my George Town itu akan mendorong lagi semangat komuniti tanpa mengira lapisan umur untuk menyuburkan budaya membaca dalam diri masing-masing.

Guan Eng saksi MoU dua projek RM11.3 bilion P.Pinang

GEORGE TOWN - Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) baru menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Temasek dan Economic Development Innovations Singapore Pte. Ltd. (EDIS) untuk pemajuan dua projek mega di negeri ini.
Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa menyaksikan majlis MoU tersebut berkata, nilai pembangunan kasar Penang International Technology Park (PITP) di Batu Kawan dan Business Process Outsourcing Prime (BPO Prime) dekat Bayan lepas dianggarkan sekitar RM11.3 bilion.
“Usahasama di antara PDC dan Temasek bagi membangunkan PITP dan BPO Prime tersebut membolehkan PDC memegang 51 peratus syer dan selebihnya dipegang oleh pelabur,” ujar Guan Eng dalam ucapannya di sini baru-baru ini.
Pengurus Besar PDC, Datuk Rosli Jaafar, Pengarah Urusan Kanan (Pelaburan) Temasek, David Heng, Pengarah Urusan (Undang-undang dan Peraturan) Temasek, Cheong Kok Tim, Pengerusi EDIS, Philip Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif EDIS, Abel Ang dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif I Lembaga P…

Dua exco perjelas punca ‘ponteng’ sesi penggulungan

GEORGE TOWN – Dua Exco Kerajaan Negeri tampir memberi penjelasan ekoran digambarkan ‘ponteng’ sesi penggulungan kerana ke luar negara.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim dan Dr. Afif Bahardin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan) berpendapat, mereka sempat menghadiri sesi penggulungan sebagaimana dijadualkan, sekiranya penyokong pembangkang tidak menceroboh Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada 21 Mei lepas.
Bagaimanapun, dua exco berkenaan berkata, mereka bersetuju dengan langkah membahaskan dua usul tergempar mengutuk insiden tersebut, walaupun terpaksa melewatkankan sesi penggulungan dari jadual asal persidangan DUN.
“Kalau diikutkan jadual asal, exco-exco yang perlu ke luar negara pada petang 22 Mei lalu sempat untuk mengulung perbahasan masing-masing.
"Namun, peristiwa hitam ini telah berlaku dan memakan masa yang lebih untuk sidang DUN kali ini,” ujar Abdul Malik kepada wartawan baru-ba…

Cukai pintu tak naik di P.Pinang sebab DAP perintah, naik di Terengganu sekarang sebab Umno perintah!!!

Orang Melayu Pulau Pinang seringkali digambarkan terpinggir serta ditindas oleh Cina DAP.

Ramai yang tidak tahu bahawa orang Melayu, orang Cina, orang India dan semua bangsa di Pulau Pinang langsung tidak dibebankan oleh kenaikan cukai pintu.
Sejak tahun 2008 hingga kini, Putrajaya dua kali mengesyorkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menaikkan cukai pintu seperti di semua negeri lain, tetapi diabaikan oleh Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.
Sila baca entri P.Pinang abai syor Putrajaya naik cukai pintu, pilih jimat sumber PBT

Di Facebook, dilaporkan rakyat Terengganu keluar beramai-ramai membantah kenaikan cukai pintu di perkarangan Wisma Darul Iman.

Yang memerintah Kerajaan Terengganu hari ini adalah Umno, tetapi tidak pula digambarkan bahawa sebuah bangsa yang terbeban oleh kenaikan cukai pintu terpinggir di negeri tersebut.

Pulau Pinang boleh sustainable salah satu sebabnya adalah menjimatkan sumber yang sedia ada. 
Pulau Pinang boleh sustainable juga antara sebabnya kerana pemi…

Teluk Intan tewas sebab abai isu sekecil Cadbury, kata Zolkifly Md. Lazim

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH - Anggota Jawatankuasa PAS Pulau Pinang, Zolkifly Md. Lazim memberitahu, kontroversi DNA babi dalam coklat Cadbury adalah antara isu kecil yang menyentuh sensitiviti pengundi Cina terbanyak di Teluk Intan.

“Rata-rata komuniti Cina (di Teluk Intan) makan khinzir, tetapi, isu sampingan ini tidak diurus dengan baik sampai hilang keyakinan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan Rakyat.

“PAS dan DAP mewarnai isu Hudud kerana masing-masing percaya bahawa pengundi Melayu dan Cina terbesar akan pergi kepada Dyana Sofya Mohd. Daud.

“Manakala, BN pula percaya faktor sokongan terbesar tidak terjadi sendiri melainkan didorong oleh isu-isu sampingan sekecil ‘Cadbury’,” ujar Zolkifly di sini, semalam.

Dyana tewas di tangan pencabarnya, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis 238 undi.

Menurut Zolkifly, Pakatan Rakyat tidak boleh lagi menggunakan strategi kemenangan pilihan raya umum lepas secara pukal di Teluk Intan.

“Saya lihat, kita cuba cat bangunan di …

Sertai Larian P.Pinang, nikmati keindahan Seberang Perai :Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BAGANDALAM - Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap semua peserta Larian Pulau Pinang 2014-2015 turut menikmati keindahan Seberang Perai, selain merebut kejuaraan pada pertandingan tersebut.
“Tahun lepas (2013), Penang Run telah melalui empat peringkat larian memusing Pulau Pinang.
“Untuk tahun ini (2014), kita mengambil keputusan untuk menganjurkan ia di Seberang Perai demi mempamerkan pelbagai keindahan yang ditawarkan di Seberang (Perai),” ujar Guan Eng pada majlis perasmian dan penyampaian medal kepada pemenang di sini baru-baru ini.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utitilti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Jermal, Lim Hock Seng, Phee Boon Poh (Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar merangkap ADUN Sungai Puyu) dan A. Tanasekharan (ADUN Bagan Dalam) turut hadir pada majlis tersebut.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Sim Chee Keong dan Setiausaha bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Sr. Rozali Mohamud…