Skip to main content

Posts

Showing posts from June 7, 2014

Mampu Selangor, Kelantan ke depan ikut P.Pinang isytihar harta?

Selepas PRU12, semua exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang masing-masing mengisytihar harta masing-masing.Selepas PRU13, semua ADUN Pakatan Rakyat daripada DAP, PKR dan PAS masing-masing mengisytihar harta masing-masing.Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut memujuk kesemua 10 ADUN Umno untuk bersama-sama mengisytiharkan harta masing-masing supaya amalan integriti di negeri ini jelas berbeza dengan negeri-negeri lain.PKR perlu menyambut hasrat isytihar harta ini di Selangor, PAS di Kelantan.Biar tiga negeri Pakatan Rakyat ini ke depan dalam amalan integriti, sebab saya yakin Putrajaya serta negeri-negeri tiada iltizam politik untuk mengisytihar harta masing-masing.Mampu Selangor, Kelantan ikut Pulau Pinang?

Cadangan isytihar dana politik sebab Umno tak mampu mengamalkan integriti politik macam Pulau Pinang.

Setuju?

ZAINULFAQAR YAACOB
Fotojurnalis P.PinangKg. Melayu Kluang | 12.30
[Sertai rombongan meminang untuk sepupu saya]

Rampas subsidi rakyat tidak akan menyelesai masalah penyeludupan komoditi di sempadan!

Rakyat perlu teka berapa kenaikan harga minyak dan gandum, kerana Putrajaya telah mengatakan bahawa dua komoditi asasi rakyat mudah diseludup di sempadan.Sebelum ini, kenaikan harga diesel dan petroleum pun antara lain disebabkan bahan bakar negara mudah diseludup keluar ke sempadan..Akhirnya, subsidi rakyat untuk semua komoditi itu dirampas oleh Putrajaya, atas dalih tidak mahu wang negara terus dinikmati oleh penyeludup asing di sempadan.Implisitnya, semua kita terbeban oleh kenaikan kos sara hidup rakyat serta inflasi meningkat.Kalau tak mahu penyeludupan komoditi rakyat di sempadan, sepatutnya ketatkan kawalan di sempadan.Merampas subsidi komoditi rakyat tidak akan menyelesaikan masalah masalah penyeludupan di sempadan.Padanlah semua komoditi ini mudah didapati di sempadan, kerana mudahnya penyeludup masuk dan keluar bersama-sama komoditi rakyat.Dari segi lain, tujuan Utusan menggambarkan komoditi negara mudah didapati disempadan supaya rakyat menerima syor pemimpin Umno di Putraj…

Projek kroni apa selepas PPSMI gagal, Najib Razak?

TIDAK lama dulu, Melayu lepasan universiti digambarkan susah nak dapat kerjaya naik kerana dikatakan berpunca oleh tidak tahu bahasa Inggeris.Selepas itu, diperkenalkan PPSMI, yang sebenarnya hanya projek kroni untuk cetak buku teks sekolah.Umno menang begitu, mereka tidak akan mengemukakan sesuatu projek kroni hinggalah masalah yang sengaja dicipta terlebih dahulu diterapkan sampai menjadi suatu rasional.PPSMI gagal kerana itu projek kroni, bukan projek pendidikan yang jujur.Setuju?
ZAINULFAQAR YAACOB
Seri Kembangan | 7.55 pagi