Skip to main content

Posts

Showing posts from June 11, 2014

Segera baiki aliran trafik ke AEON Bukit Mertajam - Khai Loon

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
MACHANG BUBUK - Lampu trafik berhadapan pintu utama pasar raya AEON Bukit Mertajam dekat Jalan Rozhan akan dinyah fungsi mulai 13 Jun ini untuk satu tempoh yang akan dimaklumkan kelak demi memperbaiki sistem aliran trafik di sepanjang jalan utama berkenaan di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon turut meminta Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) membentangkan semula Kajian Impak Trafik (TIA) berwajib memandangkan pasar raya tersebut telahpun beroperasi.

Beliau berkata demikian selepas berbincang dengan wakil Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Pasar Raya AEON sendiri.
"Banyak aduan diterima (menyebut) trafik sesak teruk pada waktu puncak, terutama pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.
"Saya telah meminta aliran trafik di sini segera diperbaiki, kalau boleh sebelum masuk bulan puasa (Ramadan) dan musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri)," ujar beliau kepada pemberita pada petang tadi…

Rekod hutang tak berbayar sifar, KPATSBB hasrat jumpa Guan Eng

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BUTTERWORTH - Penasihat Koperasi Pasar Aneka Taman Selat Butterworth Berhad (KPATSBB) Zolkifly Md. Lazim berkata, pinjaman maksimum mikro kerdit untuk anggotanya dinaikkan dari RM3,000 kepada RM5,000 mulai tahun depan.
Menurut beliau, langkah itu berdasarkan kejayaan koperasi menguruskan skim pinjaman tanpa riba dengan sifar hutang tak berbayar (NPL) sejak dilancarkan tiga tahun lepas.
"Sehingga kini, 120 daripada 350 anggota koperasi mengambil skim ini...tiga lagi permohonan Melayu dan seorang India diluluskan pada hari ini," ujar Zolkifly pada sidang media bersama-sama Pengerusi  KPATSBB Nasorudin Shah Mat di Ropewalk Bagan,  semalam.
Zolkifly yang juga Pengerusi Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang memberitahu, hubungan sosial yang baik antara pentadbiran koperasi dan anggotanya merupakan faktor utama kejayaan NPL sifar.
"NPL boleh sifar bukan sebab (penguatkuasaan) undang-undang, tapi, malu-alah, saling mengenali dan sistem bayar balik (pinjaman)…