15 June 2014

Rawatan Islam ada prospek cerah di P.Pinang, kata Ahli Lembaga Pengarah ZPP

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

SEBERANG JAYA - Perubatan Islam perlu dipromosikan dengan lebih meluas lagi supaya perubatan alternatif tersebut turut meningkatkan keyakinan masyarakat di negeri ini, kata Ahli Lembaga Pengarah bagi Zakat Pulau Pinang (ZPP) Ustazah Rahmah Md. Isa.

Malah, katanya lagi, perubatan alternatif ini turut mempunyai prospek cerah memandangkan industri pelancongan perubatan di Pulau Pinang cukup kukuh belakangan ini.

"Rawatan ikut kaedah Rasulullah SAW ini bukan sahaja beri manfaat kepada ummah, malah boleh membangunkan sektor pelancongan dakwah kesihatan di negeri ini, di samping industri pelancongan perubatan yang sedia ada," ujar Rahmah pagi tadi pada majlis perasmian Program Kesihatan & Rawatan Islam di dewan kuliah Masjid Jamek Seberang Jaya di sini.

Rahmah berucap demikian, semasa mewakili Yang di-Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) merangkap Ahli Lembaga Pengarah ZPP, Datuk Mohd. Salleh Man pada kolokium tersebut.

Difahamkan, jumlah pendapatan sektor pelancongan perubatan bagi tahun 2013 meningkat 18.03 peratus menjadi RM371 juta, berbanding RM314 juta pada tahun sebelumnya, data dipetik daripada Penang Health Association (PHA).

Angka itu menunjukkan sektor Pulau Pinang menyumbang kira-kira 60 peratus pada sektor perubatan negara.

Sebelum itu, Penolong Pengurus Besar ZPP, Mohd. Khairi Ghazali mengsyorkan program khusus kepada golongan wanita yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Kami Prihatin dengan kerjasama Pusat Rawatan & Perubatan Islam (PUSRAPI) itu turut membabitkan golongan asnaf terpilih.

"Saya berharap program seumpama ini turut membabitkan golongan asnaf terpiloh," ujar Mohd Khairi

Manakala, Pakar Perubatan Islam PUSRAPI, Ustazah Azlina Zubir pula menyampai penerangan berhubung keistimewaan rawatan Islam, serta beberapa demontrasi perubatan berwajib.

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus