Skip to main content

Posts

Showing posts from June 17, 2014

I.K.U.T perlu pasukan peguam untuk sayap barunya, syor Zolkifly bincang Jumaat ini

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOBGEORGE TOWN - I.K.U.T. atau Infaq Kebajikan Ummah Takaful MalaysiaMewakili Suara 20,000 Reverts Islam Pulau Pinang berhasrat mengembangkan sayapnya dengan penyertaan sukarelawan daripada pengamal undang-undang pula.Penasihat I.K.U.T., Zolkifly Md.Lazim dalam kenyataannya malam tadi memberitahu, syor itu wajar agar kes seumpama tuntutan jenazah Teoh Cheng Cheng yang dipolemikkan sampai ke Mahkamah Tinggi Shariah George Town baru-baru ini tidak berulang lagi."Jenazah saudara baru itu akhirnya ditetapkan bukan Islam disebabkan pasukan berwajib gagal mengetepikan beberapa keraguan yang dibangkitkan oleh wakil keluarga Teoh, seperti pertikaian pada proses keislamannya serta dokumentasi berwajib JAIPP."Di sinilah pentingnya peranan guaman serta perhatian berterusan untuk saudara baru yang masih hidup di negeri ini."Ini kerana, sesungguhnya tiada apa-apa lagi manfaat kepada Si Mati (termasuk yang sempat melafazkan syahadatain) melainkan tiga perkara, ia…