Skip to main content

Posts

Showing posts from June 18, 2014

KN lancar Tabung Usahawan Tani Muda, Agrofest 2014 serentak

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
SEBERANG JAYA - Tabung Usahawan Tani Muda baru dilancarkan serentak dengan majlis perasmian pembukaan Agrofest Pulau Pinang 2014, yang disempurnakan oleh Yang Di-Pertuan Negeri, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Hajah Majimor Shariff.
Exco Pertanian Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin dalam ucapannya berharap, skim mikrokredit yang menawarkan pinjaman maksimum hingga RM5,000 tersebut dapat memberi manfaat kepada kaum tani, peladang, penternak dan nelayan.
“Kerajaan Negeri percaya program ini (Tabung Usahawan Tani Muda) dapat memberi galakan kepada para pengusaha, terutamanya golongan muda untuk meningkatkan pendapat mereka,” ujar Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohd. Rashid Hasnon turut berucap pada majlis tersebut, mewakili Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng.
Exco Hal Ehwal…

Tiga kes mati akibat denggi sejak awal tahun ini – Dr. Afif Bahardin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB 
GEORGE TOWN – Exco Pertanian Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin meminta seluruh warga Pulau Pinang supaya terus mengambil langkah pencegahan wabak denggi, memandangkan tiga kematian telahpun direkodkan pada tahun ini, berbanding satu kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.
“Saya ingin mengingatkan masyarakat supaya terus mengambil langkah pencegahan seperti,” kata Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam kenyataannya di sini baru-baru ini.
Menurut beliau, 835 kes denggi direkodkan sejak bukan Januari hingga 14 Jun lepas, berbanding 531 kes dalam tempoh sama pada tahun lepas.
Angka itu, katanya, menunjukkan peningkatan 174.7 peratus.
Menurut Dr. Afif, empat lokasi di kenal pasti sebagai kawasan wabak terkawal di George Town, iaitu Jalan C. Y. Choy, Lorong Kulit dan Pangsapuri Harmoni Jalan Kennedy, serta Taman Seri Impian dekat Daerah Seberang Perai Tengah.
Dalam perkembangan sama, beliau turut…

ZPP sasar RM4.3 juta kutipan, zakat fitrah RM7 seorang - Mohd. Salleh

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
BERTAM - Zakat Pulau Pinang (ZPP) mensasarkan kutipan berwajib bagi tahun ini adalah sebanyak RM4.3 juta daripada kira-kira 580,000 umat Islam di negeri ini, dengan kadar fitrah RM7 seorang.
Atas maksud itu, Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, ZPP memberi tauliah kepada seramai 1,688 amil untuk memungut zakat fikrah bermula bulan Ramadan tahun ini.
"Kiraan sebenar RM6.76, dikenakan fitrah RM7 dengan alasan dilebihkan sedikit dari kadar asal berdasarkan bab 'ihtiat' (lebih selamat)," ujar Mohd. Salleh, yang juga Ahli Lembaga Pengarah ZPP di sini pada pagi.
Tambah Mohd. Salleh, seramai 9,156 orang layak menerima sumbangan hari raya nanti, iaitu 740 di bawah asnaf fakir dan 8,416 di bawah asnaf miskin.
Bercakap pada sidang media sama, Pengurus Besar ZPP, Dr. Azman Abdul Somat memberitahu, pihaknya mensasarkan kutipan RM90.5 juta, meliputi zakat fitrah dan zakat perniagaan.
Dalam perk…