21 June 2014

[Kisah Benar] Jangan takut hadapi pemandu bas Mayangsari, jika anda dilayan ala samseng

SAYA ingat, mereka yang biasa menggunakan pengangkutan bas ekspres untuk pulang ke kampung pasti mempunyai pengalaman seperti yang akan saya sekeluarga kongsi petang ini.

Sebenarnya, pengalaman yang bakal saya cerita ini bukan pertama kali kami sekeluarga tempuhi.

Tak tahu lah, ini pengalaman kali ke berapa dah.

Dari era bas diuruskan oleh 'ulat tiket',  sampailah Putrajaya menubuhkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), mutu pengangkutan sama macam dulu...dunia ketiga!

Macam ini, isteri saya, Siti Hajjar Hassan ada program seharian di Rumah Media dekat Melaka.

Jadi, saya dan Insyirah dipikul meneman.

Kami naik bas Mayangsari dari Terminal Sementara Butterworth dan sepatutnya dijadualkan sampai di Melaka Sentral lewat waktu Subuh tadi.

Di Hentikan (R&R) Nilai, pemandu (mungkin Orang Kelantan sebab 'kecek kelate') kejut semua penumpang yang ada tiket ke Batu Pahat 'turun dan tukar bas'.

Dalam hati menang rasa mutu pelanggan Mayangsari macam 'sampah', tapi...

"Abang Bas, kami turun di Melaka Sentral ye," respons Siti Hajjar, sambil minta saya berwaspada, takut terlajak perjalanan.

Selepas menurunkan penumpang di Hentian Bas Ekspres Seremban, bas tersebut terus melencong ke Tangkak seterusnya ke Pekan Muar.

Saya mula sedar apabila bas Mayangsari yang kami naiki pagi tadi tidak masuk ke Lebuh raya AMJ, selepas menurunkan penumpang di Hentian Nilai.

Bas itu kemudiannya susur masuk melalui pintu tol Tangkak, (saya mula berasa) sudah tentu melencong ke Bandar Muar.

Jadi, saya minta penjelasan 'Abe Kelate' berkenaan.

"Saya sudah jerit tadi di R&R Nilai, siapa nak ke Batu Pahat, atau Melaka, turun di sini," kata pemandu bas berkenaan.

Co-Pilot bas Mayangsari (yang saya rasa orang Kedah sebab cakap 'pekat Utara') turut membuat penegasan sama.

Saya malas nak bertikam lidah, takut mengganggu perjalanan pula.

Sesampai di Bandar Muar, saya sekali lagi mempersoal hal sama dan abang bas tersebut turut berdalih macam tadi.

Co-Pilot, lebih sudu dari kuah, mungkin untuk menakut-nakutkan saya sekeluarga.

"Saya beli tiket untuk turun di Melaka. Jerit atau tak jerit, kalau bas tak ke Melaka Sentral, tetap salah," tegas saya, membunuh dalih kedua-dua mereka.

Tidak cukup dengan itu, saya turut berkongsi pengalaman saya dan Hajjar dilayan ala samseng di Pudu Sentral, menjelang musim Raya Puasa empat tahun lepas.

Saya jelaskan, saya ada pengalaman ambil gambar bas terbabit dan buat aduan kepada SPAD, akhirnya teruk pemilik syarikat bas tersebut 'kena' disebabkan aduan berantai saya.

Saya turut ambil gambar bas Mayangsari tersebut, pagi tadi. (Sebenarnya, saya nak hantar isyarat kepada mereka, kalau kaum pemandu bas kepung saya di Terminal Bas ala samseng macam di Pudu Sentral pun, saya tetap akan jelaskan mengenai hak saya)

Selepas semua itu, akhirnya co-pilot mula 'kendur bercakap'.

Manakala, pemandu tersebut bersetuju hantar dengan bas yang sama juga ke Melaka Sentral, walaupun penumpang kami bertiga sahaja.

Ini contoh pengalaman.

Kalau ada hak, nyatakan hak kita dengan penuh tertib.

In sha Allah pemandu bas berwajib akan faham dan kembali tunaikan hak kita secara betul.

Sekian.


ZAINULFAQAR YAACOB
Dewan Media MITC, Melaka | 2.23 petang

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus