Skip to main content

Posts

Showing posts from June 22, 2014

Bandar Cassia tawar 520 rumah mampu milik berkualiti sekarang - Guan Eng

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB
BATU KAWAN - Tempahan 520 unit rumah mampu milik rakyat berkualiti Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh dibuat sekarang untuk kediaman Fasa 1 Taman Cassia di sini bagi mereka yang layak, walaupun Perlembagaan jelas menyebut tanggungjawab itu sebenarnya di bawah SenaraiPersekutuan.
Justeru, Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng mengalu-alukan semua pihak mengunjungi Galeri Jualan seliaan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi melihat contoh rumah mampu milik idaman masing-masing.
Tambah beliau, kediaman berkeluasan lantai 800 kaki persegi ditawarkan pada harga RM72,500 seunit, RM168,000 bagi kediaman keluasan lantai 900 kaki persegi, dan RM220,000 bagi keluasan lantai 1,000 kaki persegi.
"Kalau kita lihat flat-flat rumah awam HDB (Lembaga Pembangunan Perumahan, Singapura) yang dibina di Singapura sekarang pun, kita akan percaya kualitinya lebih (bermutu) daripada rumah mampu milik yang dibina di negara kita sebelum ini.
"Kerajaan Negeri telahpun …

Selitkan info bahaya denggi dalam tazkirah Ramadan - Exco Kesihatan

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

BERAPIT - Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin mensyorkan info risiko wabak denggi turut diselitkan dalam slot tazkirah Ihya' Ramadan sepanjang sambutan bulan ibadah di masjid nanti.

Menurut, Dr. Afif, inisiatif ini wajar memandangkan musim kemarau yang dijangka sepanjang bulan Ramadan ini adalah berpotensi untuk pembiakan nyamuk aedes di kediaman masing-masing.

"Kalau boleh, dalam tazkirah pada bulan Ramadan di masjid dan di surau nanti, turut disebut mengenai bahaya denggi kerana risiko nyamuk aedes membiak lebih tinggi pada musim kering," ujar Dr. Afif, sambil memberitahu bahawa tiga direkodkan mati akibat denggi bagi tahun tahun ini.

Dr. Afif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya berkata demikian petang tadi, dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri, di perkarangan Masjid Tengah Jalan Berapit di sini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap Ketua…

Tonjol Melayu lawan YTL demi keliru rakyat, respons Anwar isu 'Projek 3A'

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
PERMATANG PAUH - Jangan kelirukan rakyat kononnya Melayu menentang YTL Power dalam rancangan pemajuan 'Projek 3A' di Johor sahaja, apabila Majlis Perundingan Melayu (MPM) dalam syornya kepada Pusat supaya mengamanahkan keseluruhan projek itu kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Ahli Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nasihatnya mensyorkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mendedahkan serta menstrukturkan semula kesemua perjanjian konsesi stesen janakuasa bebas (IPP) yang didakwa lebih menguntungkan kroni tertentu.

Kata Anwar lagi, kroni kesemua projek IPP di tanah air ini sejak era 1980-an sebenarnya ada daripada kalangan Melayu, Cina atau India.
"Jangan kelirukan rakyat kononnya ada perjuang untuk membetulkan satu-satu isu ini sahaja, ini bukan isu Melayu lawan YTL.
"Tetapi, tidak berani dedah dan struktur perjanjian IPP lain, tidak berani banteras unsur rasuah dalam projek UiTM babit kroni mereka," u…