23 June 2014

Jahat jika Tabung Perumahan Bumiputera PP nafi hak Melayu, respons Guan Eng

KETUA Menteri (tiga dari kiri) yang disertai Jagdeep Singh Deo (lima dari kiri), P. Kasthuriraani (dua dari kiri) dan Rosli Jaafar (empat dari kiri) pada sidang media di Galeri Jualan PDC, Bandar Cassia di sini, semalam.

Oleh: ZAiNULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Pelaksanaan Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang terus dipertikai gara-gara  membatalkan kelulusan pinjaman Siti Nur Shazreen Mohd. Jilani atas alasan wanita Melayu berkenaan bekerja dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Padang Lalang, Chong Eng.

Ketua Menteri, YAB Tuan Lim Guan Eng berkata, kes tersebut nyata bertentangan dengan prinsip demokrasi perumahan yang sepatutnya menjadi hak khusus Melayu dan Bumiputera, tanpa sentimen politik kepartian.

“Ini jahat jika beliau ditolak atas alasan politik, tetapi jika ditolak atas alasan keperluan tidak mengapa lah.

“Kalau ini benar-benar dilakukan, memang jahatlah kerana bertentangan dengan prinsip demokrasi perumahan,” ujar Guan Eng kepada wartawan semalam, selepas majlis perasmian pembukaan Galeri Jualan 520 unit rumah mampu milik berkualiti di Taman Cassia di sini.

Manakala, Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo dalam reaksi spontan menyatakan komitmen untuk berbincang dengan Bahagian Perumahan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) supaya peruntukan RM500 juta yang diperuntukan di bawah skim pinjaman itu turut memberi manfaat terbanyak kepada Melayu serta Bumiputera di negeri ini.

“Alasan yang diberikan kepadanya memang langsung tidak dapat diterima. Jika dia layak, sepatutnya pinjaman itu tidak ditarik balik kepadanya.

“Saya minta beliau (Siti Nur Shazreen) segera menemui saya, dan membantu saya supaya saya dapat menulis surat kepada ICU JPM mengenai kes ini sesegera mungkin, agar mereka yang layak mohon dapat pinjaman ini,” ujar Jagdeep, sambil meminta penama berkenaan bertemunya di pejabat.

Ahli Parlimen Batu Kawan, P. Kasthuriraani, Soon Lip Chee (Ahli Dewan Undangan Negeri Jawi), Micheal Tan Cheong Eng (Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai, MPSP) dan Datuk Rosli Jaafar (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, PDC) turut menyertai sidang media tersebut.


SITI Nur Shazreen Mohd. Jilani (kiri) bersama-sama Chong Eng (kanan) menunjukkan surat kelulusan pinjaman perumahan yang dikeluarkan oleh ICU JPM pada sidang media di sini baru-baru ini. | Foto: Buletin Mutiara

Terdahulu, Siti Nur Shazreen dalam pendedahannya kepada wartawan memberitahu, punca kelulusan pinjaman tersebut ditarik balik adalah kerana beliau bekerja dengan Chong Eng.

Semasa dihubungi oleh pihak Bank Persatuan, Siti Nur Shazreen memberitahu rumah rumah kos rendah bernilai RM42,000 dekat Sanctuary Court yang beliau mahu miliki itu adalah di bawah Kerajaan Negeri.

Sedangkan, katanya lagi, skim pinjaman Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang hanya boleh pada rumah kos rendah serta kos sederhana rendah yang dibina oleh agensi Kerajaan Pusat sahaja, iaitu JKP (Jawatankuasa Penyertaan Bumiputa Pulau Pinang), PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) dan UDA (Lembaga Kemajuan Bandar).

“Kalau macam itu, tak perlulah ICU JPM (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) meletakkan pinjaman ini sebagai Tabung Pinjaman Bumiputera Pulau Pinang,” kata Siti Nur Shazreen pada satu sidang media bersama-sama Chong Eng.

Chong Eng dalam reaksi spontan berkata, hak Siti Nur Shazreen sepatutnya tidak dinafikan oleh Kerajaan Pusat memandangkan wanita berkenaan adalah berbangsa Melayu serta berstatus Bumiputera.

“Walaupun beliau (Siti Nur Shazreen) bekerja dengan ADUN DAP sekalipun, beliau tetap Bumiputera,” tegas Chong Eng yang juga Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang merangkap ADUN Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kumpulan Sasar Perumahan dan Hartanah Bumiputera Pulau Pinang bagi skim pinjaman yang dipertikai tersebut.


INILAH surat kelulusan pinjaman Tabung Perumahan Bumiputera Pulau Pinang yang diterima oleh Siri Nur Shazreen Mohd. Jilani, sebelum menerima panggilan penarikan balik kelulusan tersebut baru-baru ini.

Vivix untuk 'Budak Dari Syurga'...

Semalam mak telefon kata terima kasih tolongn belikan Vivix. Adik dah jarang demam. Kalau period pun, adik dah tak demam. Alhamdulillah 

Dulu, tiap-tiap bulan adik sakit, nak kena dipapah ke bilik air. 

Makan, hanya boleh makan susu+oat sampai mak, saya, kakak dan adik bongsu saya yang comel-comel selalu susah hati.

Bila tengok saya cergas bertenaga walaupun dah banyak kali kena kimoterapi, mak tanya rahsia. Nak bagi adik, katanya. Terus saya cadangkan Vivix.

Adik anak istimewa, Vivix lebih mudah. Satu camca setiap malam sebelum tidoq. Tak yah makan banyak-banyak pil.

Banyak perbezaan dapat dilihat. Adik jarang demam. Adik dah tak pucat. Adik tak cepat penat. Muka kemerah-merahan.

Hajjar Hassan - 0182349882
Kakak Mumtazah Yang Paling Jelita. Hihi!


Kenali 10 pulau paling indah di dunia

Menjadi sekutu isteri, Siti Hajjar Hassan tidak dapat tidak turut berkongsi impian.

Salah satu impian kami yang mahu dicapai pada hujung tahun depan adalah mengerjakan Umrah. In sha Allah.

Tak salah menggenggam impian dengan usaha yang jitu serta doa berterusan ke hadrat Ilahi.

Negarawan hebat dari Indonesia, Bapak Sokarno pernah memberi pedoman, "gantungkanlah impianmu setinggilangit. Jika Engkau jatuh, Engkau akan jatuh di antara bintang-bintang."

Di dunia ini, sebenarnya ada 10 pulau tercantik yang perlu kita semua tahu kerana ia mampu membina impian bagi kita yang tidak pernah mencipta vision board kita.


1. Pulau Maldives
Secara geografinya, 'syurga tropika' ini terletak di Laut Laccadive dekat Barat Daya Sri Lanka, dan dikenali sebagai Republik Maldives.

Air lautnya cukup jernih, sampai boleh nampak hidupan laut menari-nari di dasarnya. Tak rugi berselam skuba di sini, kerana kita akan menikmati beribu spisis ikan cantik serta terumbu karang indah di perut laut.

Sebenarnya, pulau paling cantik ini bukan sahaja menjadi destinasi pilihan personaliti tanah air terutama mereka yang mahu mengabadikan kenangan cinta asmara.

Malah, kaki pancing yang ekstrem pun banyak yang menyimpan impian untuk ke Pulau Maldives.

Ramai yang tidak tahu, Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Al-Fadhil Ustaz Nasruddin Hasan At-Tantawi (bekas Ketua Pemuda PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Temerloh kini) merupakan ahli politik dakwah yang kaki pancing.

Dan, ramai mungkin belum tahu, minat yang mendalam dalam memancing telah membawa Tuan Guru Presiden sampai ke Maldives.

Dua aktivis PAS Selangor, "Abang Azlan Jan" serta Tuan Idzham Hashim yang juga kaki pancing mungkin boleh berkongsi pengalaman indah ini, untuk kita yang mengimpikan melancong ke Pulau Maldives.

Dalam grup Jutawan Shaklee kami, "Mama Cerry" antara yang pernah merealisasikan impian ke Pulau Maldives.

INi gambar Touch 2 Success Shaklee di Rumah Media, Melaka yang kami sertai pada  21 Jun lepas.


SiTi HAJAR HASSAN
0182349882
Shaklee Independent Distributer (SID) - 1090868

ZAiNULFAQAR YAACOB
0194241583


BERSAMBUNG ESOK PADA DETIK 9.11 PAGI Di BLOG INI

Saifuddin Nasution kena sabotaj lagi!

Saifuddin Nasution sendiri telahpun menafikan ura-ura menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR demi memberi laluan kepada Azmin Ali.

Berikut adalah ucapan palsu untuk sabotaj Saifuddin, seperti di bawah:

Kenyataan Media
22 Jun 2014

Penarikan Diri Dari Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR Dan Sokongan Penuh Terhadap YB Azmin Ali

Perkembangan terkini pemilihan PKR semakin menghampiri pengakhiran dan berdasarkan keputusan terkini jumlah undi, YB Azmin Ali terus mendahului dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden parti.

Atas faktor kesibukan dan atas atas sebab terbeban dalam mengikuti pengajian di Oxford, England, maka saya merasakan bahawa saya tidak mampu lagi untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam pertandingan ini.

Oleh sebab itu dengan ini saya ingin mengumumkan penarikan diri dari pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR dan menyeru semua ahli PKR yang akan mengundi dalam pemilihan semula di beberapa cabang lagi pada minggu depan supaya memberikan sokongan kepada YB Azmin Ali.

Dato' Saifuddin Nasution Ismail

Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus