26 June 2014

Kenal Zakey, tahulah cerita 5 gerai roboh di Teluk Bahang!

Saya pun tak tahu, yang wakil pemuda PAS datang ke Komtar petang semalam untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai isu ini.

Saya sertai sidang media Lim Guan Eng serta pemimpin lain di Bilik Mesyuarat dekat tingkat 28.

Baru, sebentar tadi saya tahu, itupun daripada bos yang komen mengenai berita yang saya tulis semalam.

Kalau tak tahu hujung pangkal yang saya nak cerita di sini, klik entri Pulih semula satu gerai Teluk Bahang bukan sebab Melayu - TKM1

Sebenarnya bukan isu ini saja yang saya nak tulis.

Saya memang nak puji Abang Zaki, Ketua Pemuda PAS Teluk Bahang sebab ke depan dalam isu ini walaupun dimaklumkan anaknya di hospital.

Saya tahu bab ini pun selepas terbaca di laman Facebook sahabat Abang Zaki, namanya Abang Samad Alpacino.



Anak tempatan di sini pernah cakap semasa saya datang ke Teluk Bahang suatu masa dulu, "Kalau nak kenal PAS di sini, kena kenal Zakey dulu..."

Patut pemuda PAS negeri pun kena ada jiwa macam Abang Zaki.

Setuju?


Agama purba wujud kerana adanya kontrak sosial, apa kaitannya dengan hapus hutang lapuk?

SEJARAH panjang amalan hutang dan batal hutang lapuk ( bad debt ) dalam tamadun purba Mesopotamia & Mesir (tahun 3000 ~ 1000 S.M) dulu. ...

Disqus